Seorang lelaki tua telah alami situasi disakat makhluk halus atau jin ketika ingin menunaikan solat subuh ketika membonceng motosikal. Pada mulanya dia bersiap awal sebelum azan untuk ke masjid menunaikan solat subuh. Dalam keadaan jalan kampung yang tidak sepanjang jalan ada lampu, hanya dengan cahaya balam motosikalnya sahaja menyuluh jalan ke masjid. Setibanya di persimpangan hampir ke kawasan masjid, tiba-tiba beliau ternampak sekumpulan anjing ditengah jalan sedang memerhatikan satu bayangan hitam rendah seperti anjing juga tapi tidak jelas apakah ia. Pada waktu itu tidak semena-mena bayangan makhluk tersebut seolah-olah ingin menerpanya dan anjing yang sedang memerhati bertempiaran lari. Dalam situasi panik, beliau terkejut sehingga motosikal yang ditunggangnya menjunam ke parit. Mujur air parit tidak dalam. Setelah beliau terjatuh ke parit bayangan makhluk tersebut terus hilang dari pandangan. Namun rasa sakit jatuh menyebabkan beliau tidak lagi larat...