Langkau ke kandungan utama

🔥🔥KERIS BERDIRI WALAU HANYA SEKADAR HIASAN🔥🔥

Barang hiasan yang bermata tajam atau tumpul seperti keris mudah dijadikan rumah oleh makhluk halus. Jadi barang-barang seperti ini perlu di balut atau di kapan terlebih dahulu supaya dijauhkan dari gangguan makhluk halus oleh ustaz-ustaz yang mahir.

Saya percaya ramai yang suka simpan barang-barang lama termasuk keris, pedang, parang, tombak, tongkat, kacip, barangan tembaga, pakaian dan lain-lain berisiko didampingi oleh makhluk halus.

Permis atau rumah yang ada gangguan makhluk halus akan memasuki pada barang-barang tersebut untuk bersembunyi, mencari tuan baru dan bersarang selain bersarang pada penjuru rumah.

Ada juga kes yang makhluk halus bersarang pada barang kemas yang diperturunkan dari generasi ke generasi sehingga menjadi gangguan pada si pemakai. Itu juga boleh jadi saka pada si penerima atau pemakainya.

Sekiranya anda pemilik butik andaman yang banyak simpan keris sebagai hiasan pada pengantin silalah buat pemeriksaan kerana jika ada gangguan, kedai akan mengalami gangguan dan mudah di sihir perniagaannya.

Pengantin pun boleh kena gangguan juga antaranya susah dapat zuriat kerana semasa pengantin lelaki sarungkan keris pada bahagian perutnya jin akan menyelinap masuk pada perutnya dan semasa bersetubuh jin akan masuk pula pada rahim isterinya. Disitulah jin akan bersarang dan ganggu pasangan tersebut. Ini antara sebab kenapa terlalu banyak kes cerai yang berlaku pada orang melayu kerana ia turut ganggu emosi seperti cepat marah, cemburu, suka gaduh, malas solat dan lain-lain.

Musuh nyata ini akan melakukan pelbagai cara untuk merosakkan manusia jadi kita sebagai hamba Allah perlulah sentiasa mohon doa semoga dijauhkan dari segala gangguan ini.

Semoga pembongkaran ini dapat membuka mata kita semua untuk lebih berhati-hati dalam menyimpan barang-barang seperti ini. Disebabkan ada gangguan makhluk halus pada keris ini, anak saya pun mampu mendirikan keris tersebut. Subhanallah.

Semasa saya kapan keris-keris ini, terlihat juga kelibat seekor harimau belang melintasi depan permis. Ternyata itulah salah satu gangguan yang mengganggu sebelum ini dalam permis tersebut. Permis ini juga ada tanda-tanda disihir melalui lakaran petunjuk dari Allah S.W.T maka makin banyaklah makhluk halus berada dalam permis tersebut sehingga mengganggu pekerja disitu.

PROSES PEMAGARAN
Saya mulakan proses pemagaran dengan menyembur air yang telah didoakan pada setiap penjuru premis tersebut. Setelah dipagar barulah rasa aura yang panas tadi bertukar menjadi sejuk. Ini menandakan gangguan makhluk halus telah keluar. Semasa pemagaran hampir selesai, seorang pekerja alami berat pada bahagian bahunya. Saya mula tarik keluar jin yang berpaut pada bahunya. Alhamdulillah pekerja rasa lega setelah ditarik keluar gangguan tersebut.

Semoga permis tersebut pulih dari segala gangguan makhluk halus termasuk sihir. Allah sentiasa membantu hambanya jika kita sentiasa doa kepadanya sepanjang masa. Jangan putus asa kerana ada hikmah disetiap yang terjadi. Wallahuaklam.

Ikhlas,
Ustaz Nas.

👉untuk mendapatkan rawatan dari Ustaz Nas sila hubungi di talian 0127152321 (whatsapp)

#gangguanmakhlukhalus #rawatanislam #gangguansihir #ustaznas #jejakalammistik

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...