Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel misteri

🔥🔥SAKA KELUARGA SUAMI ANCAM ISTERI🔥🔥 | JOHOR

Sepasang suami isteri alami kehidupan yang tidak tenteram dek kerana sikap ibu suami yang ingin anak lelakinya itu tunduk dengan segala arahan dan permintaannya. Permintaan tersebut ada kaitan dengan gangguan saka yang ada pada ibunya. Saka tersebut telah meracuni hati dan fikiran ibunya untuk tundukkan semua ahli keluarga supaya saka tersebut dapat kawal keluarga ini. Isteri pasangan ini menjadi sasaran saka keluarga tersebut kerana setiap sihir yang dibuat saka kepada suaminya, isteri menyerap segala sihir itu tanpa ia sedar. Ini bukan kelebihan tetapi itu tanda tubuh isteri lemah dan bahaya pada dirinya. Sebab itulah saka meracuni fikiran dan hati ibu suami untuk membenci dan buat segala tekanan pada hati dan jiwa suami isteri tersebut sehinggakan suami merasakan segala usaha untuk menjaga ibu bagai menatang minyak yang penuh dibalas dengan caci maki dan hinaan. Pelbagai penampakan dan gangguan sejak akhir-akhir ini kata mereka. Sebelum rawatan ini pun dijalankan, mereka ...

🔥🔥TAPAK RUMAH BERKELIARAN DENGAN MAKHLUK HALUS🔥🔥 | JOHOR

Ramai antara kita yang tidak sedar kebanyakan gangguan dan sakit misteri yang di alami datang dari dalam rumah dan persekitarannya. Ramai yang percaya pergi tempat perawat akan pulih walhal rumah bersarang dengan gangguan makhluk halus akan menyebabkan gangguan datang semula. Ada yang pulih ketika di tempat perawat tetapi bila pulang ke rumah akan alami gangguan semula. Sakit gangguan makhluk halus tidak boleh lari dari proses pemulihan rumah sekali. Ini bukan sakit klinikal tapi sakit yang perlu di uruskan sekali pada tempat tinggal dan persekitarannya. Pernah ada pesakit yang pergi ke tempat perawat tetapi ketika pulang ke rumah pesakit mengilai dan alami kerasukan sekali lagi. Ini kerana rumah tidak dipulihkan sekali dan tidak di pagar supaya makhluk halus tidak menyusup masuk ke dalam rumah. Inilah antara kelemahan manusia dalam memahami sifat dan tindak tanduk serangan makhluk halus terhadap manusia. Kita sepatutnya lebih bijak menangani tipu dayanya. Rawatan kali ini ...

🔥🔥DIHIMPIT JIN ASYIK GADIS ALAMI MINOR STROKE🔥🔥 | JOHOR

Pendapat mengatakan 'aku tak ganggu dia, dia tak ganggu aku'. Itu merupakan pandangan yang salah kerana jin (kufur), syaitan dan iblis tidak akan berhenti ganggu manusia sehingga kiamat. Itulah janji mereka kepada Allah pada mula-mula manusia dicipta. Sekiranya anda alami simptom gangguan jangan abaikan perkara tersebut sesungguhnya gangguan jin, syaitan dan iblis mampu mencacatkan dan melumpuhkan tubuh manusia. Matlama t mereka supaya manusia tidak boleh solat dan menyesatkan hati dari jalan Allah.  Kes kali ini seorang gadis alami minor stroke selepas beberapa tahun alami gangguan jin asyik sejak dia masuk IPT dan gangguan bermula di asrama tersebut. Jin asyik adalah istilah bagi jin yang asalnya tidak bertuan, berkeliaran yang suka kepada seseorang manusia dan berkeinginan memiliki manusia tersebut walhal mereka berbeza alam. Bila jin tersebut tidak sedar diri menjadikan mangsa terbeban dari segi fizikal sehingga mengalami minor stroke kerana fitrah...

🔥🔥TERBEBAN DENGAN PEMILIK PELARIS DULU🔥🔥 | SELANGOR

Di Malaysia sihir dan pelaris sangat sinonim sekali dalam perniagaan samada yang Islam atau bukan Islam. Masing-masing hadapi masalah yang sama cuma bezanya kuat atau tidak pemilik perniagaan tersebut untuk bertahan lama. Berbeza dengan kes kali ini, peniaga ini mudah kena gangguan sihir dikedainya disebabkan penyewa permis peniaga dulu meninggalkan pelarisnya begitu sahaja walau sudah berpindah atau tidak berniaga lagi. Peniaga ini adalah penyewa baru dan tidak mengetahui perkara tersebut sehinggalah perkara ini didedahkan oleh team Jejak Alam Mistik ketika dipanggil untuk pulihkan kedainya. Perniaga dulu menggunakan pelaris tulang anjing untuk melariskan kedainya. Perkara syirik ini tidak diketahui samada bekas penyewa tersebut adalah Islam atau tidak. Apabila penyewa tersebut tidak lagi menyewa, penyewa baru menjadi mangsa dan terbeban dengan pelaris tersebut. Ini menjadikan penyewa baru terdedahkan dengan ancaman sihir samada secara langsung atau tidak. ...

🔥🔥MENENTANG HASUTAN BISIKAN SYAITAN🔥🔥 | TERENGGANU

Setiap pesakit yang alami gangguan jin, syaitan dan iblis berlainan tindak balasnya. Ada yang hanya mendengar bisikan, penampakan kelibat, gangguan ketika tidur dan yang paling popular histeria dan kerasukan. Pesakit kali ini menjadi mangsa bagi gangguan untuk menyesatkan akidahnya kepada Allah S.W.T dengan cara menyamar jadi orang alim dan cuba menghasutnya ke jalan yang salah. Pesakit rajin beramal ibadah kepada Allah sebelum alami gangguan ini namun kerajinan dan ketekunannya menjadi ujian baginya sehingga alami gangguan tindak balas diluar kawal. Apakah tindak balas luar kawalnya? Tidak dapat diceritakan melalui text. Silalah tonton video rakaman rawatan ini untuk gambaran yang lebih jelas. Dibilik pesakit penuh dengan tulisan pendidikan Islam seperti selawat, cara wuduk, cara doa dan lain-lain lagi. Diberitahu pesakit lakukan semua itu bagi memudahkan dia ingat dan amalkan dengan betul dan tidak terikut dengan bisikan syaitan yang suruhnya ubah bacaan dan c...

🔥🔥MERUNGKAI IKATAN SIHIR🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Tidak semua perkara mistik dapat dirungkai dan difahami. Semua bergantung kepada keizinan Allah jua semata-mata. Ada kes senang dirungkai dan ada sesetengah tiada petunjuk. Walau apa pun team JAM dan Ustaz Nas tetap menjalankan rawatan kepada pesakit yang sangat berharap dibantu. Pesakit kali ini dari Singapura yang hadapi gangguan sihir yang agak sukar dirungkai apa jenis sihir dan tujuan sihir tersebut. Sudah bertahun pesakit hadapi sihir tersebut sehingga semangatnya hilang dan rasa dirinya kosong. Terdapat juga saka tetapi saka tersebut tidak menjadi masalah utama kepada pesakit. Namun saka tersebut juga dipisahkan dari diri pesakit supaya tidak menjadi asbab gangguan lain ganggu pesakit. Semasa proses rawatan Ustazah Ita ada terhidu bau kapur barus. Bau tersebut ada kaitan dengan gangguan ini. Tanda gangguan berada diluar tubuh pesakit. Ini memudahkan proses pembersihan nanti. Semasa proses pembersihan, Ustazah ita juga terdengar bunyi suara anak ayam. Bunyi ...

🔥🔥MISTERI PENUNGGU KERETA TERPAKAI🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Kisah kali ini berkaitan dengan kereta terpakai. Pada awalnya Ustazah Ita sangka pesakit ada membeli kereta terpakai yang menjadi gangguan kepadanya ketika memandu tapi selepas proses penerangan didapati pesakit jurujual kereta terpakai. Sejarah bagi setiap kereta terpakai memang tidak banyak kita ketahui bila kita membeli. Kita hanya perlu pastikan kereta tidak pernah alami kemalangan sudah cukup memadai. Namun bila a da perkara yang diluar jangkauan kita seperti keberadaan makhluk halus dalam kenderaan tersebut itu memang tidak boleh dielakkan. Perlu usaha untuk pulihkan dari gangguan.  Pesakit merupakan seorang penjual kereta terpakai dan dia tidak membeli kereta terpakai namun alami gangguan bila memandu kereta sendiri. Pesakit akan rasa sesak nafas dan terasa ada sesuatu yang mencekek batang lehernya. Beberapa kali keretanya tersadai gara-gara gangguan tersebut. Gangguan tersebut ikut pesakit balik selepas mencuba beberapa kereta terpakai untuk dijual. ...

🔥🔥ROH BUDAK KASIHANKAN PESAKIT KERANA DISIHIR🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Jarang kita ketahui bahawa ada roh yang tidak diangkat ke langit ada dikalangan budak-budak. Kadang-kadang terfikir juga budak-budak ada buat dosa ke? Mustahil kerana mereka belum akil baligh. Apa pun hanya Allah sahaja yang tahu rahsianya. Pesakit kali ini alami gangguan sihir selama setengah tahun. Pesakit alami gangguan pada bahagian perut terutama pada bahagian salur najisnya. Pesakit alami sukar kawal b uang air besar dan kecil. Badan juga semakin kurus dan lemah seluruh anggota badan. Pelbagai usaha sebelum ini isterinya dapatkan rawatan dari pelbagai perawat namun masih belum temui kesembuhan. Sungguh kuat semangat mereka menempuhi segala dugaan ini. Hanya mereka sahaja yang tahu. Semasa pemeriksaan rumah memang terdapat kehadiran makhluk halus seperti Pontianak berkeliaran dan diberitahu juga anak-anak pesakit melihat susuk tubuh Pontianak berlegar-legar dibilik tidur waktu malam. Ustazah Ita juga dapat kenal pasti ada satu roh kanak-kanak juga berada dalam...

🔥🔥PENAMPAKAN PONTIANAK KENDONG BAYI🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Seorang pesakit lelaki alami gangguan sihir yang dipercayai disihir oleh jin penjaga rumah pada pemilik rumah asal. Pesakit merupakan pemilik baru rumah tersebut setelah dibeli. Kemungkinan pemilik asal ada buat pagar rumah menggunakan cara bomoh dan bila pemilik baru masuk, jin tersebut anggap pemilik baru sebagai musuh walhal pemilik asal terlupa tentang hal itu atau dia anggap tidak memberi mudarat kepada orang lai n.  Pesakit datang ke rumah Ustaz Nas pada awalnya setelah diberitahu oleh kawannya. Namun Ustaz Nas tidak buat rawatan dirumah tapi rawatan hanya dirumah pesakit sahaja. Pesakit perlu buat temujanji awal sebelum dapatkan rawatan kerana Ustaz Nas terikat dengan jadual yang padat. Semasa dirumah keluarga pesakit untuk buat rawatan, pesakit mula menunjukkan tindakbalas muntahkan semua sihir yang sebelum ini membelenggu dirinya selama ini. Semasa rawatan juga keluar seekor pelesit saiz kecil keluar dari tempat pesakit. Pelesit memang ada kaitan den...

🔥🔥DISIHIR SAKA JIRAN KERANA IRIHATI🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Pada asalnya hubungan antara jiran dengan keluarga pesakit sangat baik tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini perubahan sikap jirannya semakin menjadi-jadi sehingga kerap berlaku pertengkaran. Mulanya pesakit tidak mahu menuduh sesiapa pun tetapi setelah Ustazah Ita scan ternyata ini semua angkara saka milik jirannya tetapi pesakit tidak tahu apa sebab punca menjadikan jirannya itu sangat membencinya. Ustaz Nas minta Ustazah Ita buat proses Meraga Sukma untuk bertanya kepada saka tersebut sebab apa puncanya. Ustaz Nas sangat tidak suka dengan sikap irihati sehingga membawa kepada perbuatan sihir. Setelah proses Meraga Sukma, Ustazah Ita mengatakan puncanya ialah kerana irihati kepada pesakit dan pasangan kerana bahagia. Allahuakbar... Hanya kerana itu boleh terjadi perbuatan sihir terhadap pesakit dan keluarganya. Itulah sikap saka yang suka sangat melaga-lagakan manusia sehingga menghasut untuk melakukan perbuatan sihir sesama manusia. Betapa jahat dan...

🔥🔥WARIS BINGUNG MEWARISI RUMAH BERPUAKA🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Tiada pilihan lain bila pewaris diamanahkan mewarisi harta pusaka berupa rumah yang dihantui oleh pelbagai gangguan saka dan sihir sejak bertahun-tahun. Itulah ujian besar yang dihadapi pesakit menjalani kehidupan yang penuh menguji ketahanan hati. Pelbagai tekanan yang ditanggung demi memegang amanah yang berat ini. Arwah bapanya pernah berpesan disaat akhir hanyatnya supaya 'cari orang yang pandai dan pulihkan rumah'. Pada ketika itu waris kurang memahami apakah yang dimaksudkan. Setelah arwah bapanya meninggal dunia, baru waris tahu apa yang dimaksudkannya itu setelah menghadapi sendiri ujian gangguan saka beserta sihir pada rumah tersebut. Semasa pemeriksaan menggunakan Meter EMF menunjukkan peningkatan yang tinggi pada bilik pesakit. Dikatakan ada satu Saka yang besar bertongkat. Tongkat itu merupakan satu tanda bahawa ia berkuasa mengawal keluarga tersebut. Selagi tongkat itu dipegang, tiada peluang untuk memutuskan perjanjian Saka tersebut pada ke...

🔥🔥POKOK DITEBANG JIN BERSARANG DALAM RUMAH🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Semasa ketibaan Ustaz Nas ke sebuah rumah kelihatan bersih dan terjaga. Tiada tanda-tanda menunjukkan rumah tersebut ada gangguan makhluk halus yang teruk. Kebiasaannya rumah yang ada gangguan, keadaan rumah mesti tidak berkemas dan tidak terurus. Lain pula kali ini. Tuan rumah memberitahu anaknya yang masih belajar disebuah kolej alami gangguan sehingga menyebabkan dia seperti terkejut-kejut dan sawan. Semasa Ustazah scan memang ada gangguan makhluk halus jin yang hitam dan besar dampingi anaknya.  Selain itu akak tuan rumah yang duduk rumah berasingan dalam tanah yang sama juga alami gangguan. Ustazah Ita mendapati ada gangguan dari tapak rumah. Setiap hari merasakan tidak selesa tidur dibiliknya dan pinggang sentiasa rasa panas dan tidak selesa. Semasa pemeriksaan menggunakan Meter EMF menunjukkan peningkatan yang sangat tinggi. Ini menunjukkan rumah pertama terlalu banyak keberadaan makhluk halus dalam rumahnya. Ini amat mengejutkan Ustaz Nas dan Ustazah ...

🔥🔥PERTEMBUNGAN BUKU DENGAN RUAS🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Seorang nenek tua alami tubuh badan yang tidak bermaya selepas menjalani sedikit pembedahan ibu jari kaki berkaitan dengan sakit kencing manis. Kemudian dalam beberapa hari keluar lendir. Anak lelakinya yang sudah berkahwin ini syak ibunya itu alami gangguan misteri. Ibunya kerap bercakap seorang diri bagaikan ada seseorang disebelahnya. Selepas pembedahan kecil itu ibunya sihat tapi kalau ikut logik akal pembedahan terse but tidak ganggu sistem dalam badan. Semakin lama ibunya semakin lemah dan kini terlantar tanpa apa-apa simptom sakit lain selain kencing manis.  Menantu perempuan pesakit juga alami gangguan sejak menjaganya. Merasakan ada seseorang tidur bersamanya walhal suaminya masih belum balik dari kerja. Malah wajah suaminya kerap menjelma dirumah walau suaminya masih tiada dirumah. Selain itu isteri anak lelaki pesakit ini kerap melihat kelibat nenek kebayan dan wanita depan rumah. Kadang-kadang nampak suasana meriah depan rumah walau tiada apa-apa...

🔥🔥PENUNGGU TANAH GANGGU PENGHUNI RUMAH🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Rumah yang telah didirikan dikawasan lembah menjadi kawasan tersebut sangat keras kerana disitulah kebanyakan adalah kawasan penempatan makhluk halus tinggal. Sebelum mendirikan rumah atau penempatan perlulah dipindahkan penempatan makhluk halus tersebut kemudian dipagar tanah dan rumah tersebut. Proses ini membantu memberikan kedamaian antara kedua belah pihak pada masa akan datang. Itu pentingnya ilmu pengetahuan berkaitan dengan alam ghaib.  Ada juga sesetengah dari kita yang melanggar kawasan penempatan makhluk halus tanpa memikirkan risiko pada masa akan datang. Kebanyakan kini menjadi gangguan pada anak cucu bila menetap dikawasan tersebut. Apa yang dicerikan ini terjadi pada sebuah rumah yang didapati tiada proses yang sepatutnya dilakukan pada generasi awal. Makhluk halus tersebut juga cuba menyihir penghuni rumah supaya keluar dari kawasan tersebut. Pelbagai gangguan yang dialami sehingga sukar tidur malam, sesak nafas, ditindih dan penampakan keli...

🔥🔥DISAKAT JIN KETIKA KE MASJID DAN MISTERI KERONGSANG🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Seorang lelaki tua telah alami situasi disakat makhluk halus atau jin ketika ingin menunaikan solat subuh ketika membonceng motosikal. Pada mulanya dia bersiap awal sebelum azan untuk ke masjid menunaikan solat subuh. Dalam keadaan jalan kampung yang tidak sepanjang jalan ada lampu, hanya dengan cahaya balam motosikalnya sahaja menyuluh jalan ke masjid. Setibanya di persimpangan hampir ke kawasan masjid, tiba-tiba beliau ternampak sekumpulan anjing ditengah jalan sedang memerhatikan satu bayangan hitam rendah seperti anjing juga tapi tidak jelas apakah ia. Pada waktu itu tidak semena-mena bayangan makhluk tersebut seolah-olah ingin menerpanya dan anjing yang sedang memerhati bertempiaran lari. Dalam situasi panik, beliau terkejut sehingga motosikal yang ditunggangnya menjunam ke parit. Mujur air parit tidak dalam. Setelah beliau terjatuh ke parit bayangan makhluk tersebut terus hilang dari pandangan. Namun rasa sakit jatuh menyebabkan beliau tidak lagi larat...

🔥🔥PONTIANAK DARI TEMPAT KERJA IKUT BALIK KE RUMAH🔥🔥

Seorang pesakit perempuan bersama suaminya datang berjumpa Ustaz Nas untuk mendapatkan rawatan selepas alami gangguan sehingga separuh tubuhnya sebelah kiri seolah-olah seperti stroke. Tangan dan kakinya sebelah kiri berat untuk bergerak tapi deria rasa masih ada. Seolah-olah lemah dan tak bermaya. Sebelum ini juga pesakit dapat mimpi berkaitan rambut sebanyak 2 kali tapi pesakit anggap itu hanya mainan tidur walhal mimpi ad alah 'hint' bagi sesuatu perkara yang terjadi pada diri kita. 2 minggu alami gangguan ini yang bimbang semakin teruk, suami iktiar cara Islam kerana yakin isterinya bukan alami sakit klinikal. Rawatan. Semasa Ustazah Ita scan, memang terdapat gangguan makhluk halus jenis Pontianak sedang menempel tubuh sebelah kirinya. Kemudian Ustaz Nas melakukan rawatan dengan menarik gangguan tersebut keluar dari tubuh. Setelah proses menarik keluar dijalankan, alhamdulillah pesakit mulai rasa ringan pada bahagian yang terkena gangguan tersebut....

🔥🔥JIN BERGETAR DENGAR RUQYAH | JEJAK ALAM MISTIK🔥🔥

 *atau klik link ini untuk tonton rakaman: https://youtu.be/fBb3uV4hPQg Sihir yang berkaitan dengan rumahtangga kerap Ustaz Nas terima dalam rawatan. Ada yang masih baru dan lama. Kalau kes dah teruk sampai cerai berai dan duduk berasingan itu memang susah dan makan masa sikit itu pun dengan izin Allah. Kes ini juga berkaitan dengan sihir rumahtangga namun apabila Ustaz Nas scan keputusannya sama-samar untuk ketahui siapakah yang menyihir namun secara kasarnya dia di sihir oleh orang terdekatnya antara kawan-kawan dan sedara mara atau adik bradik. Sihir ini juga sudah lama. Wallahu'alam. Pesakit sebelum ini mengatakan simptom sihir ada banyak pada isterinya. Telah banyak tempat berubat tapi masih tetap tiada perubahan. Semasa bertemu dengan Ustaz Nas keputusannya berbeza.. Penyihir menyihir suami dan isteri pula hanya kena tempias sihir suami. Semasa pesakit diruqyah, tubuhnya menunjukan tidak balas dan yang paling ketara tangan kirinya bergetar seolah-olah menggigil. Maka tern...

🔥🔥TANDA-TANDA DI SIHIR🔥🔥

Sihir merupakan satu tindakan dan usaha yang bersifat dengki, iri hati dan mencapai hajat dengan mohon bantuan dengan perantaraan dari golongan jin, syaitan dan iblis. TANDA DISIHIR 1) Suka pada seseorang secara tiba-tiba. 2) Kerap mimpi seseorang dan sebut-sebut nama orang itu sehingga hatinya benar-benar terpaut yang teramat sangat. 3) Bertelagah antara suami isteri kerana orang ketiga. 4) Berlaku perceraian walau hati masih sayang dan keliru. 5) Jiwa kosong dan tiada perasaan. 6) Abai tanggungjawab dalam rumahtangga. 7) Wajah tiada seri. 8) Lupa pada keluarga. 9) Terlalu tunduk pada permintaan seseorang. 10) Bawah mata hitam kelihatan seolah-olah seperti lebam. 11) Tidak solat terutama solat Jumaat. 12) Marah-marah dan maki hamun walau dia bukan orang seperti itu. 13) Tidak menjaga kebersihan diri. 14) Sentiasa menyalahkan orang lain. 15) Produktiviti pekerjaan jatuh mendadak. 16) Terlalu kerap dan sentiasa ingin bersama dengan seseorang. 17) Lupa pada ora...

🔥🔥WAFAK JADI PUNCA GANGGUAN MAKHLUK HALUS? 🔥🔥

Isu wafak ini mungkin ada yang tak setuju dengan pandangan saya ini tapi apa yang akan saya tulis ini berdasarkan 100% pengalaman saya dalam bidang rawatan. Maaf jika ada yang tersinggung namun inilah hakikat yang ingin saya kongsikan.  Wafak atau Rajah merupakan sebahagian ilmu hikmah atau ilmu batin. Pengamal wafak ni mengambil dari potongan ayat-ayat Al-Qur'an. Kemudian mereka meletakkan ayat-ayat itu dalam wafak atau rajah yang biasanya berbentuk Piramid, Selipar Nabi Muhammad (katanya) dan ada kalanya berbentuk manusia, jin bertanduk, naga, pedang dan bermacam2 lagi. Pada hikmah dan pandangan saya kenapa perlu ayat-ayat suci Al-Qur'an diletakkan dalam bentuk wafak. Contoh.. Kenapa ayat suci Al-Qur'an perlu diletak dalam bentuk selipar nabi sedangkan kesucian ayat-ayat Al-Qur'an perlu dijunjung dan bukan tarafnya pada kaki. Jadi ini menunjukkan satu taktik tipu daya syaitan dan iblis pada umat Islam untuk menghina martabat dan kesucian Islam...

Gangguan SAKA Silat

🔥🔥SAKA BERPINDAH KEPADA ADIK SELEPAS KEMATIAN KAKAK🔥🔥 Bunyinya agak menakutkan bila gangguan SAKA menjadi punca kematian kakak pesakit ini dan kemudian saka tersebut memilih adiknya pula. Memang benar bila tubuh seseorang tidak kuat untuk menampung gangguan makhluk halus terutama kategori saka ianya sangat merbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian. Tandanya ialah bila seseorang itu sakit secara tiba-tiba dan terus terlantar tanpa sebab. Kebiasaannya pesakit tiada sejarah penyakit. Pesakit seolah-olah mengalami stroke secara tiba-tiba dan terus terlantar. Dalam beberapa minggu pesakit terus meninggal dunia. Inilah hakikat yang sebenarnya memang berlaku dalam masyarakat kita terutama orang melayu. Setelah di selidik rupa-rupanya keturunannya ada yang menjadi guru silat semasa dulu dan kemungkinan besar ada menggunakan pendamping dalam ilmu persilatannya itu. Dalam persilatan yang mengambil pendamping kebiasaanya akan diberikan makanan terutama pada asap kemenyan pada tubuh dan ke...