Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gangguan sihir

🔥🔥RUMAH DI TINGGALKAN KERANA PENGHUNI ALAMI PELBAGAI GANGGUAN🔥🔥 | JOHOR

Kesan gangguan pada diri seseorang mampu memberikan tekanan dan trauma yang amat buruk sekali sehingga mampu membawa kepada kematian. Kesan fizikal dan mental memberikan impak yang besar terhadap sesebuah keluarga samada kepada yang kecil atau dewasa apatah lagi membawa kematian kepada salah seorang ahli keluarga. Kematian ibu yang dikasihi disebabkan oleh gangguan memberikan tamparan yang besar kepada ahli keluarga ini. Bingung dengan keadaan ini mereka berusaha juga memulihkan gangguan yang menghantui keluarga ini walau setelah kematian ibu. Semasa hayat ibu, mereka berusaha juga berubat di merata tempat tetapi tidak memberikan kesan kepada gangguan tersebut malah gangguan semakin menjadi-jadi dan melampaui batas. Sehinggalah kesannya membawa kepada kematian. Rata-rata perawat mengatakan disebabkan gangguan sihir yang dihantar namun tidak diketahui oleh siapa. Namun pemeriksaan Team Jejak Alam Mistik mendapati mereka alami gangguan dari saka keturunan. Itu adalah punca u...

🔥🔥SAKA KELUARGA SUAMI ANCAM ISTERI🔥🔥 | JOHOR

Sepasang suami isteri alami kehidupan yang tidak tenteram dek kerana sikap ibu suami yang ingin anak lelakinya itu tunduk dengan segala arahan dan permintaannya. Permintaan tersebut ada kaitan dengan gangguan saka yang ada pada ibunya. Saka tersebut telah meracuni hati dan fikiran ibunya untuk tundukkan semua ahli keluarga supaya saka tersebut dapat kawal keluarga ini. Isteri pasangan ini menjadi sasaran saka keluarga tersebut kerana setiap sihir yang dibuat saka kepada suaminya, isteri menyerap segala sihir itu tanpa ia sedar. Ini bukan kelebihan tetapi itu tanda tubuh isteri lemah dan bahaya pada dirinya. Sebab itulah saka meracuni fikiran dan hati ibu suami untuk membenci dan buat segala tekanan pada hati dan jiwa suami isteri tersebut sehinggakan suami merasakan segala usaha untuk menjaga ibu bagai menatang minyak yang penuh dibalas dengan caci maki dan hinaan. Pelbagai penampakan dan gangguan sejak akhir-akhir ini kata mereka. Sebelum rawatan ini pun dijalankan, mereka ...

🔥🔥SIHIR DI HANTAR KERANA TANAH PUSAKA🔥🔥 | JOHOR

Perebutan harta pusaka terutama tanah kerap kali kita dengar dan ada juga yang alami perkara bergini. Kadang kala ibu bapa tidak mewasiatkan secara bertulis kepada anak-anak dan lebih kepada lisan. Ada juga yang diwasiatkan secara bertulis tetapi ada sebahagian waris tidak mencapai kata sepakat. Perkara inilah yang menjadi duri dalam daging dalam masyarakat kita sejak lama dulu. Bila berlaku perebutan harta seperti ini ada yang sanggup buat secara halus iaitu dengan cara hantar sihir. Perbuatan ini sangat keji kerana sihir dihantar bukan setakat untuk menyakitkan tetapi sampai pada tahap membunuh. Perbuatan sihir sangat di tegah dalam Islam kerana perbuatan tersebut sangat berdosa malah menyekutukan Allah dari yang lain. Penyihir menyifatkan perbuatan mereka itu perlu demi membalas dendam atau nak dapatkan hak tetapi sebenarnya mereka menolak qada dan qadar dari Allah yang bahwasanya telah ditetapkan rezeki masing-masing sejak azali lagi. Inilah yang terjadi pada sebuah kelua...

RAWATAN PEMULIHAN DARI GANGGUAN MAKHLUK HALUS, SAKIT MISTERI DAN SIHIR.

⚠️Senarai Gangguan Mistik 1) Saka keturunan. 2) Terasa diperhati ketika bersendiri. 3) Sihir. 4) Lebam-lebam tanpa sebab. 5) Mimpi seram, pelik dan yang berulang-ulang. 6) Sakit misteri. 7) Berdebar tanpa sebab. 8) Sukar tidur malam. 9) Dengar bisikan/suara. 10) Gangguan dalam rumah. Dan lain-lain berkaitan mistik & misteri. 🔴Disini Ustaz Nas telah menyediakan beberapa kaedah rawatan seperti berikut. ✅Pilihan Kaedah Rawatan. Terdapat 3 kaedah yang disediakan. 1) Guna produk Ustaz Nas iaitu Bio Syafaat yg telah didoakan untuk kesembuhan bagi segala penyakit termasuk gangguan makhluk halus dan sihir. 2) Temujanji rawatan dengan Ustaz Nas tapi kaedah rawatan ini ke rumah pesakit sahaja dan rumah dipagar skali. 3) Rawatan Jarak Jauh kaedah ini  tidak bertemu dengan perawat secara berdepan yang biasanya sebab lokasi jauh. Boleh pilih salah satu kaedah rawatan berdasarkan kemampuan. Insyaallah Allah permudahkan segala urusan setiap hamba-hambanya. Aamiinn....

🔥🔥SIHIR PENDULUM?🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Diceritakan seorang pesakit ini telah dikenakan sihir pendulum sejak 8 tahun lamanya. Pelbagai perawat dan cara rawatan telah diikhtiarkan namun Allah masih belum temukan kesembuhan. Sebelum terkena sihir ini, pesakit menceritakan dia sedang berlari anak untuk ke keretanya di parking lot taman perumahan ketika waktu hujan renyai. Sedang menuju ke keretanya itu tiba-tiba dia terasa ada sesuatu yang menolaknya ke depan sehingga tersungku r jatuh dan berdarah pada bahagian bahu dan beberapa bahagian yang lain.  Pada ketika itu dia sangat pasti yang dia tidak tersadung apa-apa atau terlanggar sesuatu ketika berlari anak itu. Tiada apa-apa halangan dihadapan. Jalan juga tidak licin kerana hujan baru sahaja renyai-renyai. Selepas kejadian itulah dia alami komplikasi seperti sukar berjalan, sukar bercakap, sukar berdiri dan kaki lemah. Seperti alami simptom stroke tetapi tidak teruk. Pihak hospital juga buntu apakah sakit yang dialami dan pelbagai ujian telah dijala...