Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel rahsia

🔥🔥TANDA-TANDA DI SIHIR🔥🔥

Sihir merupakan satu tindakan dan usaha yang bersifat dengki, iri hati dan mencapai hajat dengan mohon bantuan dengan perantaraan dari golongan jin, syaitan dan iblis. TANDA DISIHIR 1) Suka pada seseorang secara tiba-tiba. 2) Kerap mimpi seseorang dan sebut-sebut nama orang itu sehingga hatinya benar-benar terpaut yang teramat sangat. 3) Bertelagah antara suami isteri kerana orang ketiga. 4) Berlaku perceraian walau hati masih sayang dan keliru. 5) Jiwa kosong dan tiada perasaan. 6) Abai tanggungjawab dalam rumahtangga. 7) Wajah tiada seri. 8) Lupa pada keluarga. 9) Terlalu tunduk pada permintaan seseorang. 10) Bawah mata hitam kelihatan seolah-olah seperti lebam. 11) Tidak solat terutama solat Jumaat. 12) Marah-marah dan maki hamun walau dia bukan orang seperti itu. 13) Tidak menjaga kebersihan diri. 14) Sentiasa menyalahkan orang lain. 15) Produktiviti pekerjaan jatuh mendadak. 16) Terlalu kerap dan sentiasa ingin bersama dengan seseorang. 17) Lupa pada ora...

🔥🔥WAFAK JADI PUNCA GANGGUAN MAKHLUK HALUS? 🔥🔥

Isu wafak ini mungkin ada yang tak setuju dengan pandangan saya ini tapi apa yang akan saya tulis ini berdasarkan 100% pengalaman saya dalam bidang rawatan. Maaf jika ada yang tersinggung namun inilah hakikat yang ingin saya kongsikan.  Wafak atau Rajah merupakan sebahagian ilmu hikmah atau ilmu batin. Pengamal wafak ni mengambil dari potongan ayat-ayat Al-Qur'an. Kemudian mereka meletakkan ayat-ayat itu dalam wafak atau rajah yang biasanya berbentuk Piramid, Selipar Nabi Muhammad (katanya) dan ada kalanya berbentuk manusia, jin bertanduk, naga, pedang dan bermacam2 lagi. Pada hikmah dan pandangan saya kenapa perlu ayat-ayat suci Al-Qur'an diletakkan dalam bentuk wafak. Contoh.. Kenapa ayat suci Al-Qur'an perlu diletak dalam bentuk selipar nabi sedangkan kesucian ayat-ayat Al-Qur'an perlu dijunjung dan bukan tarafnya pada kaki. Jadi ini menunjukkan satu taktik tipu daya syaitan dan iblis pada umat Islam untuk menghina martabat dan kesucian Islam...

Gangguan SAKA Silat

🔥🔥SAKA BERPINDAH KEPADA ADIK SELEPAS KEMATIAN KAKAK🔥🔥 Bunyinya agak menakutkan bila gangguan SAKA menjadi punca kematian kakak pesakit ini dan kemudian saka tersebut memilih adiknya pula. Memang benar bila tubuh seseorang tidak kuat untuk menampung gangguan makhluk halus terutama kategori saka ianya sangat merbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian. Tandanya ialah bila seseorang itu sakit secara tiba-tiba dan terus terlantar tanpa sebab. Kebiasaannya pesakit tiada sejarah penyakit. Pesakit seolah-olah mengalami stroke secara tiba-tiba dan terus terlantar. Dalam beberapa minggu pesakit terus meninggal dunia. Inilah hakikat yang sebenarnya memang berlaku dalam masyarakat kita terutama orang melayu. Setelah di selidik rupa-rupanya keturunannya ada yang menjadi guru silat semasa dulu dan kemungkinan besar ada menggunakan pendamping dalam ilmu persilatannya itu. Dalam persilatan yang mengambil pendamping kebiasaanya akan diberikan makanan terutama pada asap kemenyan pada tubuh dan ke...

🔐🔓ILMU KENAL DIRI⌛⏳

Ramai yang ingin tahu apakah ilmu yang saya amalkan dalam perubatan Islam yang saya bawa. Bagaimana ilmu yang saya fahami dan pelajari boleh berkebolehan menjadi perawat. Mempelajari ilmu Islam sebenarnya tidak terhad atau terbatas. Ianya sangat luas kerana Allah menciptakan langit dan bumi seluas-luasnya begitu juga alam semesta. Tiada had, tiada batasnya. Melihat sesuatu bukan hanya menilai secara luaran yang unsurnya adalah terbatas hanya pada pandangan mata. Ianya lebih dari itu. Untuk melihat selain luaran kita memerlukan satu pandangan melalui jiwa, rasa dan roh. Sebagai contoh, kita melihat gunung yang berdiri teguh dan kukuh. Itu pada sudut pandangan pada mata namun bila dipandang melalui jiwa, rasa dan roh dapati tiada apa yang kuat dan kukuhnya gunung itu selain dengan keizinan dari Allah S.W.T semata-mata. Dengan contoh diatas ternyata Allah yang mencipta segala langit dan bumi juga semesta alam termasuk diri anak adam. Rahsia Allah ada tertanam dalam diri anak ad...