Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel rawatan buang penunggu

🔥🔥MISTERI PENUNGGU KERETA TERPAKAI🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Kisah kali ini berkaitan dengan kereta terpakai. Pada awalnya Ustazah Ita sangka pesakit ada membeli kereta terpakai yang menjadi gangguan kepadanya ketika memandu tapi selepas proses penerangan didapati pesakit jurujual kereta terpakai. Sejarah bagi setiap kereta terpakai memang tidak banyak kita ketahui bila kita membeli. Kita hanya perlu pastikan kereta tidak pernah alami kemalangan sudah cukup memadai. Namun bila a da perkara yang diluar jangkauan kita seperti keberadaan makhluk halus dalam kenderaan tersebut itu memang tidak boleh dielakkan. Perlu usaha untuk pulihkan dari gangguan.  Pesakit merupakan seorang penjual kereta terpakai dan dia tidak membeli kereta terpakai namun alami gangguan bila memandu kereta sendiri. Pesakit akan rasa sesak nafas dan terasa ada sesuatu yang mencekek batang lehernya. Beberapa kali keretanya tersadai gara-gara gangguan tersebut. Gangguan tersebut ikut pesakit balik selepas mencuba beberapa kereta terpakai untuk dijual. ...