Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel perkongsian ilmu

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

⚠️⚠️MALAS MENCARI ILMU PUNCA MUDAH KENA GANGGUAN⚠️⚠️

Ada sebahagian besar kita mungkin tertanya-tanya kenapa ramai umat Islam mudah kena gangguan seperti sihir dan makhluk halus. Ada beberapa kategori berdasar pemerhatian dan pengalaman saya. Golongan Tidak Percaya Mereka dalam golongan ini sangat memandang rendah dengan perkara yang berkaitan makhluk halus atau benda-benda mistik dan ghaib. Logik akal adalah pegangan mereka. Tanpa logik akal mereka memperlekeh dan merendah-rendahkan hal tersebut. Kebanyakkan golongan ini tidak pernah alami pengalaman mistik dan kalau pernah pun mereka hanya anggap gangguan akal atau emosi sahaja. Golongan Pentaksub Mereka dalam golongan ini terlalu ghairah untuk mendapatkan pelbagai ilmu-ilmu kehebatan batin yang ingin dipandang tinggi oleh masyarakat terhadapnya. Mereka sangat takjub dengan ilmu-ilmu mistik dan ghaib. Disebabkan keghairahan mereka ini, mereka tidak sedar bahawa mereka bakal menghadapi risiko gangguan makhluk halus dan mudah diserang dengan sihir. Golongan Beriman Mereka dal...