Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel perubatan islam ruqyah

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...

🔥🔥DIBERIKAN SAKA B**I SENYAP-SENYAP🔥🔥 | JOHOR

Pelbagai cara orang untuk buang saka dari tubuh atau keturunannya samada susah atau senang tapi kebiasaannya ramai di kalangan mereka memilih cara yang senang. Tidak semua orang berkeupayaan atau berdaya untuk membuang saka samada dari keturunannya atau asalnya dia ambil kemudian nak buang bila sudah tidak diperlukan. Rawatan kali ini pesakit merupakan mangsa kepada orang yang ingin buang saka dari dirinya kepada orang lain. Lebih menyedihkan orang tersebut pesakit kenal dan rapat. Orang tersebut buat cara mudah untuk buang saka dengan cara senyap-senyap pindahkan sakanya kepada pesakit ini tanpa pengetahuannya melalui makanan yang diberikan setiap hari. Pada asalnya pesakit tidak mengetahui perkara tersebut sehinggalah dia jatuh sakit. Pihak hospital pun tidak tahu penyakitnya. Akhirnya dia bertemu dengan Ustaz Naz untuk mendapatkan rawatan itu pun diperkenalkan oleh sahabat suaminya. Semasa rawatan Ustazah Ita tidak tahu gangguan apa yang mengganggu sehinggalah di akhir r...

🔥🔥RUMAH DI TINGGALKAN KERANA PENGHUNI ALAMI PELBAGAI GANGGUAN🔥🔥 | JOHOR

Kesan gangguan pada diri seseorang mampu memberikan tekanan dan trauma yang amat buruk sekali sehingga mampu membawa kepada kematian. Kesan fizikal dan mental memberikan impak yang besar terhadap sesebuah keluarga samada kepada yang kecil atau dewasa apatah lagi membawa kematian kepada salah seorang ahli keluarga. Kematian ibu yang dikasihi disebabkan oleh gangguan memberikan tamparan yang besar kepada ahli keluarga ini. Bingung dengan keadaan ini mereka berusaha juga memulihkan gangguan yang menghantui keluarga ini walau setelah kematian ibu. Semasa hayat ibu, mereka berusaha juga berubat di merata tempat tetapi tidak memberikan kesan kepada gangguan tersebut malah gangguan semakin menjadi-jadi dan melampaui batas. Sehinggalah kesannya membawa kepada kematian. Rata-rata perawat mengatakan disebabkan gangguan sihir yang dihantar namun tidak diketahui oleh siapa. Namun pemeriksaan Team Jejak Alam Mistik mendapati mereka alami gangguan dari saka keturunan. Itu adalah punca u...

🔥🔥ISTERI ALAMI GANGGUAN SUAMI SAKIT HATI🔥🔥 | KUALA LUMPUR

Sepasang suami isteri alami gangguan terutama kepada isterinya yang alami gangguan saka. Pelbagai usaha untuk buang saka tersebut tetapi masih belum diizinkan Allah lagi. Isterinya tidak pasti adakah keturunannya ada saka atau tidak namun dia pernah bermimpi kehadiran susuk makhluk berupa manusia tetapi berpakaian sampin dan tanjak. Gangguan saka ini menyebabkan hubungan suami isteri sikit tegang, hubungan rakan-rakan menjadi renggang dan sentiasa alami gangguan kesihatan kewanitaan. Tidak ramai perawat yang berkeupayaan dalam buang gangguan saka ini berdasarkan pengalaman Ustaz Nas. Namun pasangan ini tetap berusaha mencari perawat untuk buang gangguan tersebut yang ganggu. Gangguan ini menjadi beban kepada pasangan ini supaya ia tidak menjadi masalah yang besar pada kemudian hari. Sehingga pada ketika rawatan ini mereka belum lagi dikurniakan anak walau dah berkahwin selama 3 tahun. Ramai pesakit seperti ini yang Ustaz Nas jumpa yang masih belum dikurniakan anak walau su...

🔥🔥TAPAK RUMAH BERKELIARAN DENGAN MAKHLUK HALUS🔥🔥 | JOHOR

Ramai antara kita yang tidak sedar kebanyakan gangguan dan sakit misteri yang di alami datang dari dalam rumah dan persekitarannya. Ramai yang percaya pergi tempat perawat akan pulih walhal rumah bersarang dengan gangguan makhluk halus akan menyebabkan gangguan datang semula. Ada yang pulih ketika di tempat perawat tetapi bila pulang ke rumah akan alami gangguan semula. Sakit gangguan makhluk halus tidak boleh lari dari proses pemulihan rumah sekali. Ini bukan sakit klinikal tapi sakit yang perlu di uruskan sekali pada tempat tinggal dan persekitarannya. Pernah ada pesakit yang pergi ke tempat perawat tetapi ketika pulang ke rumah pesakit mengilai dan alami kerasukan sekali lagi. Ini kerana rumah tidak dipulihkan sekali dan tidak di pagar supaya makhluk halus tidak menyusup masuk ke dalam rumah. Inilah antara kelemahan manusia dalam memahami sifat dan tindak tanduk serangan makhluk halus terhadap manusia. Kita sepatutnya lebih bijak menangani tipu dayanya. Rawatan kali ini ...