Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel penjejak alam mistik

🔥🔥DIBERIKAN SAKA B**I SENYAP-SENYAP🔥🔥 | JOHOR

Pelbagai cara orang untuk buang saka dari tubuh atau keturunannya samada susah atau senang tapi kebiasaannya ramai di kalangan mereka memilih cara yang senang. Tidak semua orang berkeupayaan atau berdaya untuk membuang saka samada dari keturunannya atau asalnya dia ambil kemudian nak buang bila sudah tidak diperlukan. Rawatan kali ini pesakit merupakan mangsa kepada orang yang ingin buang saka dari dirinya kepada orang lain. Lebih menyedihkan orang tersebut pesakit kenal dan rapat. Orang tersebut buat cara mudah untuk buang saka dengan cara senyap-senyap pindahkan sakanya kepada pesakit ini tanpa pengetahuannya melalui makanan yang diberikan setiap hari. Pada asalnya pesakit tidak mengetahui perkara tersebut sehinggalah dia jatuh sakit. Pihak hospital pun tidak tahu penyakitnya. Akhirnya dia bertemu dengan Ustaz Naz untuk mendapatkan rawatan itu pun diperkenalkan oleh sahabat suaminya. Semasa rawatan Ustazah Ita tidak tahu gangguan apa yang mengganggu sehinggalah di akhir r...

🔥🔥PENAMPAKAN WAJAH-WAJAH MAKHLUK HALUS🔥🔥 | JOHOR

Kehadiran Team Jejak Alam Mistik di sambut baik oleh tuan rumah ketika kami tiba tepat pada waktu selepas maghrib seperti yang di janjikan. Rawatan selepas maghrib telah diminta oleh keluarga tersebut mungkin mereka semua baru pulang dari tempat kerja. Walaubagaimana sebenarnya rawatan pada waktu malam adalah waktu yang terbaik untuk buat rawatan untuk buang gangguan makhluk halus. Waktu siang boleh buat rawatan tapi frekuensi yang di hasilkan dari makhluk halus sangat rendah. Bila frekuensi tinggi mudah untuk perawat mengesan kehadiran dan kewujudan makhluk halus pada sesuatu tempat. Semasa di rumah pesakit ini, Ustaz Nas mulakan proses penerangan sebelum memulakan rawatan namun Ustaz Nas sedar gangguan tersebut telah berada di dalam tubuh pesakit terutama pada bahagian muka. Terlihat tindak balas pada kulit muka mulai kemerahan, mata pun kemerahan dan pergerakan tubuh pesakit telah dibaca oleh Ustaz Nas. Pesakit ke 2 juga alami gangguan yang sama iaitu anak pesakit. Ma...

🔥🔥SAKA KELUARGA SUAMI ANCAM ISTERI🔥🔥 | JOHOR

Sepasang suami isteri alami kehidupan yang tidak tenteram dek kerana sikap ibu suami yang ingin anak lelakinya itu tunduk dengan segala arahan dan permintaannya. Permintaan tersebut ada kaitan dengan gangguan saka yang ada pada ibunya. Saka tersebut telah meracuni hati dan fikiran ibunya untuk tundukkan semua ahli keluarga supaya saka tersebut dapat kawal keluarga ini. Isteri pasangan ini menjadi sasaran saka keluarga tersebut kerana setiap sihir yang dibuat saka kepada suaminya, isteri menyerap segala sihir itu tanpa ia sedar. Ini bukan kelebihan tetapi itu tanda tubuh isteri lemah dan bahaya pada dirinya. Sebab itulah saka meracuni fikiran dan hati ibu suami untuk membenci dan buat segala tekanan pada hati dan jiwa suami isteri tersebut sehinggakan suami merasakan segala usaha untuk menjaga ibu bagai menatang minyak yang penuh dibalas dengan caci maki dan hinaan. Pelbagai penampakan dan gangguan sejak akhir-akhir ini kata mereka. Sebelum rawatan ini pun dijalankan, mereka ...

🔥🔥TAPAK RUMAH BERKELIARAN DENGAN MAKHLUK HALUS🔥🔥 | JOHOR

Ramai antara kita yang tidak sedar kebanyakan gangguan dan sakit misteri yang di alami datang dari dalam rumah dan persekitarannya. Ramai yang percaya pergi tempat perawat akan pulih walhal rumah bersarang dengan gangguan makhluk halus akan menyebabkan gangguan datang semula. Ada yang pulih ketika di tempat perawat tetapi bila pulang ke rumah akan alami gangguan semula. Sakit gangguan makhluk halus tidak boleh lari dari proses pemulihan rumah sekali. Ini bukan sakit klinikal tapi sakit yang perlu di uruskan sekali pada tempat tinggal dan persekitarannya. Pernah ada pesakit yang pergi ke tempat perawat tetapi ketika pulang ke rumah pesakit mengilai dan alami kerasukan sekali lagi. Ini kerana rumah tidak dipulihkan sekali dan tidak di pagar supaya makhluk halus tidak menyusup masuk ke dalam rumah. Inilah antara kelemahan manusia dalam memahami sifat dan tindak tanduk serangan makhluk halus terhadap manusia. Kita sepatutnya lebih bijak menangani tipu dayanya. Rawatan kali ini ...

🔥🔥SAKA NENEK TUA DAH TUA NAK MELAWAN🔥🔥 | JOHOR

Seorang suami menceritakan berkenaan gangguan yang dialami oleh isterinya sejak bertahun-tahun lamanya. Pada mulanya Isteri kerap alami kegatalan pada bahagian tangan kanan. Tangan yang gatal itu macam tiada sebab ia gatal tapi tetap rasa gatal. Tiada penyakit kulit walau sudah buat pemeriksaan kesihatan di klinik. Isterinya pun di bawa ke tempat rawatan islam untuk dapatkan rawatan. Selepas di bawa ke tempat perawat pulihnya hanya pada waktu yang sementara. Seminggu kemudian akan alami semula rasa gatal tersebut. Berulang-ulang ke tempat perawat hasilnya tetap sama. Perawat hanya kata gangguan biasa. Akhirnya mereka pasrah dan putus asa. Sehinggalah mereka mendapat zuriat yang ketiga, gangguan semakin menjadi-jadi. Tangan semakin gatal-gatal, anak semakin menangis setiap malam, isteri mula melihat kelibat nenek tua dan isteri juga mulai alami pendarahan tanpa sebab pada bahagian dubur. Bila mereka alami gangguan teruk itu, mereka terpaksa juga cari perawat untuk dapa...

🔥🔥DISANGKA ADA LAPAN SAKA RUPANYA SATU SAKA SAHAJA🔥🔥 | SELANGOR

Ustaz Nas mendapat panggilan seorang wanita meminta untuk memulihkan adik perempuannya dari gangguan saka. Gangguan itu menyebabkan adiknya kelihatan pucat dan nafas tercungap-cungap bagaikan dalam keadaan nazak. Saka tersebut dikatakan tidak mahu dipisahkan dan akan membawa adiknya mati bersamanya kalau dipaksa keluar dari tubuh. Keadaan itu semakin membimbangkan ahli keluarganya. Ustaz Nas juga diberitahu bahawa ada perawat yang merawat sebelum ini mengatakan adiknya ada gangguan lapan saka dalam tubuhnya. Kenyataan itu membuatkan Ustaz Nas terkejut dan anggap ini cabaran paling besar. Pelbagai juga usaha untuk pulihkan adiknya sebelum ini namun menemui jalan buntu. Ada yang menarik diri disaat akhir dan ada yang dikatakan telah di serang saka tersebut sebelum rawatan. Melihat situasi itu keluarganya bertambah bingung. Pesakit semakin lemah sehingga tidak makan selama 3 hari. Sehinggalah mereka diberitahu berkenaan rawatan oleh Ustaz Nas yang boleh merawat buang saka. Maka ...

🔥🔥ADUHH!! PANAS.. PANAS.. PANAS🔥🔥 | JOHOR

Rintihan seorang pesakit wanita yang alami gangguan saka dalam tubuhnya sehingga terasa panas sangat. Wanita ini telah lama alami gangguan tetapi baru-baru ini sahaja dia alami situasi yang agak teruk. Apabila seseorang kerap mengabaikan gangguan yang dialami, lambat laun seseorang itu akan alami gangguan yang lebih teruk sehingga tahap meracau. Sebelum ini pesakit sudah lama alami lebam-lebam di kaki. Lebam tersebut tidak sakit tetapi ada miliki 2 mata bekas taring. Itu tanda gangguan makhluk halus telah hisap darah. Makhluk halus yang telah suka pada darah seseorang tersebut ia akan terus menghisap sehingga boleh alami kekurangan darah dalam badan. Ini terbukti apabila pesakit alami kemalangan dirumah. Kakinya terbelah besar namun tiada darah yang keluar. Hanya isi daging sahaja yang kelihatan. Sejak dari itu pesakit mulai alami lemah tubuh badan dan sentiasa meracau kerap pada waktu malam. Melihat situasi itu anak pesakit mulai bimbang dan syak ibunya alami gangguan makhluk ...

RAWATAN PEMULIHAN DARI GANGGUAN MISTIK DAN SIHIR.

👉🏻Senarai Gangguan Mistik 1) Saka keturunan. 2) Terasa diperhati ketika bersendiri. 3) Pendamping. 4) Lebam-lebam tanpa sebab. 5) Mimpi seram, pelik dan yang berulang-ulang. 6) Sakit misteri. 7) Berdebar tanpa sebab. 8) Sukar tidur malam. 9) Dengar bisikan/suara. 10) Lihat kelibat makhluk halus. Dan lain-lain berkaitan mistik & misteri. 🔴Disini Ustaz Nas telah menyediakan beberapa kaedah rawatan seperti berikut. ✅Pilihan Kaedah Rawatan. Terdapat 3 kaedah yang disediakan. 👉🏻Guna produk Ustaz Nas iaitu Bio Syafaat yg telah didoakan untuk kesembuhan bagi segala penyakit termasuk gangguan makhluk halus dan sihir. 👉🏻Temujanji rawatan dengan Ustaz Nas tapi kaedah rawatan ini ke rumah pesakit sahaja dan rumah dipagar skali. 👉🏻Rawatan Jarak Jauh kaedah ini  tidak bertemu dengan perawat secara berdepan yang biasanya sebab lokasi jauh. Boleh pilih salah satu kaedah rawatan berdasarkan kemampuan. Insyaallah Allah permudahkan segala urusan setiap hamba-h...

🔥🔥AMUKKAN GANGGUAN DALAM RUMAH MENYERAH DIRI🔥🔥 | SELANGOR

Kes kali ini agak mencabar apabila Ustaz Nas diberitahu ada gangguan dalam rumah yang sangat berat sehingga ramai perawat sebelum ini yang menyerah diri, gagal, sakit dan meninggal dunia. Subhanallah. Dikatakan merata perawat cuba pulihkan rumah dan keluarga tersebut namun ramai yang tidak mampu teruskan. Malah ada yang dikatakan ditolak oleh makhluk halus sehingga jatuh berguling dibuatnya. Dikatakan juga ada perawat yang mendiamkan diri dan tidak dapat dihubungi. Ustaz Nas juga diberitahu ada perawat yang duduk terdiam dan kaku bila dicabar oleh makhluk halus tersebut. Melihat keadaan itu keluarga tersebut tidak meneruskan rawatan. Allahuakbar.. Hebat sungguh cabaran ini bisik hati Ustaz Nas. Sebelum sampai ke rumah pesakit, pelbagai jangkaan yang terbayang dalam benak fikiran Ustaz dan team JAM. Siapalah Ustaz Nas kalau dah ramai perawat sebelum ini mencuba gagal malah ada yang meninggal dunia. Kebanyakan perawat sebelum ini berpengalaman dan lebih lama dalam bidang rawatan Is...

🔥🔥DIHIMPIT JIN ASYIK GADIS ALAMI MINOR STROKE🔥🔥 | JOHOR

Pendapat mengatakan 'aku tak ganggu dia, dia tak ganggu aku'. Itu merupakan pandangan yang salah kerana jin (kufur), syaitan dan iblis tidak akan berhenti ganggu manusia sehingga kiamat. Itulah janji mereka kepada Allah pada mula-mula manusia dicipta. Sekiranya anda alami simptom gangguan jangan abaikan perkara tersebut sesungguhnya gangguan jin, syaitan dan iblis mampu mencacatkan dan melumpuhkan tubuh manusia. Matlama t mereka supaya manusia tidak boleh solat dan menyesatkan hati dari jalan Allah.  Kes kali ini seorang gadis alami minor stroke selepas beberapa tahun alami gangguan jin asyik sejak dia masuk IPT dan gangguan bermula di asrama tersebut. Jin asyik adalah istilah bagi jin yang asalnya tidak bertuan, berkeliaran yang suka kepada seseorang manusia dan berkeinginan memiliki manusia tersebut walhal mereka berbeza alam. Bila jin tersebut tidak sedar diri menjadikan mangsa terbeban dari segi fizikal sehingga mengalami minor stroke kerana fitrah...

🔥🔥TERBEBAN DENGAN PEMILIK PELARIS DULU🔥🔥 | SELANGOR

Di Malaysia sihir dan pelaris sangat sinonim sekali dalam perniagaan samada yang Islam atau bukan Islam. Masing-masing hadapi masalah yang sama cuma bezanya kuat atau tidak pemilik perniagaan tersebut untuk bertahan lama. Berbeza dengan kes kali ini, peniaga ini mudah kena gangguan sihir dikedainya disebabkan penyewa permis peniaga dulu meninggalkan pelarisnya begitu sahaja walau sudah berpindah atau tidak berniaga lagi. Peniaga ini adalah penyewa baru dan tidak mengetahui perkara tersebut sehinggalah perkara ini didedahkan oleh team Jejak Alam Mistik ketika dipanggil untuk pulihkan kedainya. Perniaga dulu menggunakan pelaris tulang anjing untuk melariskan kedainya. Perkara syirik ini tidak diketahui samada bekas penyewa tersebut adalah Islam atau tidak. Apabila penyewa tersebut tidak lagi menyewa, penyewa baru menjadi mangsa dan terbeban dengan pelaris tersebut. Ini menjadikan penyewa baru terdedahkan dengan ancaman sihir samada secara langsung atau tidak. ...

🔥🔥MENENTANG HASUTAN BISIKAN SYAITAN🔥🔥 | TERENGGANU

Setiap pesakit yang alami gangguan jin, syaitan dan iblis berlainan tindak balasnya. Ada yang hanya mendengar bisikan, penampakan kelibat, gangguan ketika tidur dan yang paling popular histeria dan kerasukan. Pesakit kali ini menjadi mangsa bagi gangguan untuk menyesatkan akidahnya kepada Allah S.W.T dengan cara menyamar jadi orang alim dan cuba menghasutnya ke jalan yang salah. Pesakit rajin beramal ibadah kepada Allah sebelum alami gangguan ini namun kerajinan dan ketekunannya menjadi ujian baginya sehingga alami gangguan tindak balas diluar kawal. Apakah tindak balas luar kawalnya? Tidak dapat diceritakan melalui text. Silalah tonton video rakaman rawatan ini untuk gambaran yang lebih jelas. Dibilik pesakit penuh dengan tulisan pendidikan Islam seperti selawat, cara wuduk, cara doa dan lain-lain lagi. Diberitahu pesakit lakukan semua itu bagi memudahkan dia ingat dan amalkan dengan betul dan tidak terikut dengan bisikan syaitan yang suruhnya ubah bacaan dan c...

🔥🔥MERUNGKAI IKATAN SIHIR🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Tidak semua perkara mistik dapat dirungkai dan difahami. Semua bergantung kepada keizinan Allah jua semata-mata. Ada kes senang dirungkai dan ada sesetengah tiada petunjuk. Walau apa pun team JAM dan Ustaz Nas tetap menjalankan rawatan kepada pesakit yang sangat berharap dibantu. Pesakit kali ini dari Singapura yang hadapi gangguan sihir yang agak sukar dirungkai apa jenis sihir dan tujuan sihir tersebut. Sudah bertahun pesakit hadapi sihir tersebut sehingga semangatnya hilang dan rasa dirinya kosong. Terdapat juga saka tetapi saka tersebut tidak menjadi masalah utama kepada pesakit. Namun saka tersebut juga dipisahkan dari diri pesakit supaya tidak menjadi asbab gangguan lain ganggu pesakit. Semasa proses rawatan Ustazah Ita ada terhidu bau kapur barus. Bau tersebut ada kaitan dengan gangguan ini. Tanda gangguan berada diluar tubuh pesakit. Ini memudahkan proses pembersihan nanti. Semasa proses pembersihan, Ustazah ita juga terdengar bunyi suara anak ayam. Bunyi ...

🔥🔥MISTERI PENUNGGU KERETA TERPAKAI🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Kisah kali ini berkaitan dengan kereta terpakai. Pada awalnya Ustazah Ita sangka pesakit ada membeli kereta terpakai yang menjadi gangguan kepadanya ketika memandu tapi selepas proses penerangan didapati pesakit jurujual kereta terpakai. Sejarah bagi setiap kereta terpakai memang tidak banyak kita ketahui bila kita membeli. Kita hanya perlu pastikan kereta tidak pernah alami kemalangan sudah cukup memadai. Namun bila a da perkara yang diluar jangkauan kita seperti keberadaan makhluk halus dalam kenderaan tersebut itu memang tidak boleh dielakkan. Perlu usaha untuk pulihkan dari gangguan.  Pesakit merupakan seorang penjual kereta terpakai dan dia tidak membeli kereta terpakai namun alami gangguan bila memandu kereta sendiri. Pesakit akan rasa sesak nafas dan terasa ada sesuatu yang mencekek batang lehernya. Beberapa kali keretanya tersadai gara-gara gangguan tersebut. Gangguan tersebut ikut pesakit balik selepas mencuba beberapa kereta terpakai untuk dijual. ...

🔥🔥ROH BUDAK KASIHANKAN PESAKIT KERANA DISIHIR🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Jarang kita ketahui bahawa ada roh yang tidak diangkat ke langit ada dikalangan budak-budak. Kadang-kadang terfikir juga budak-budak ada buat dosa ke? Mustahil kerana mereka belum akil baligh. Apa pun hanya Allah sahaja yang tahu rahsianya. Pesakit kali ini alami gangguan sihir selama setengah tahun. Pesakit alami gangguan pada bahagian perut terutama pada bahagian salur najisnya. Pesakit alami sukar kawal b uang air besar dan kecil. Badan juga semakin kurus dan lemah seluruh anggota badan. Pelbagai usaha sebelum ini isterinya dapatkan rawatan dari pelbagai perawat namun masih belum temui kesembuhan. Sungguh kuat semangat mereka menempuhi segala dugaan ini. Hanya mereka sahaja yang tahu. Semasa pemeriksaan rumah memang terdapat kehadiran makhluk halus seperti Pontianak berkeliaran dan diberitahu juga anak-anak pesakit melihat susuk tubuh Pontianak berlegar-legar dibilik tidur waktu malam. Ustazah Ita juga dapat kenal pasti ada satu roh kanak-kanak juga berada dalam...