Langkau ke kandungan utama

🔥🔥PENAMPAKAN WAJAH-WAJAH MAKHLUK HALUS🔥🔥 | JOHOR


Kehadiran Team Jejak Alam Mistik di sambut baik oleh tuan rumah ketika kami tiba tepat pada waktu selepas maghrib seperti yang di janjikan.

Rawatan selepas maghrib telah diminta oleh keluarga tersebut mungkin mereka semua baru pulang dari tempat kerja.

Walaubagaimana sebenarnya rawatan pada waktu malam adalah waktu yang terbaik untuk buat rawatan untuk buang gangguan makhluk halus.

Waktu siang boleh buat rawatan tapi frekuensi yang di hasilkan dari makhluk halus sangat rendah. Bila frekuensi tinggi mudah untuk perawat mengesan kehadiran dan kewujudan makhluk halus pada sesuatu tempat.

Semasa di rumah pesakit ini, Ustaz Nas mulakan proses penerangan sebelum memulakan rawatan namun Ustaz Nas sedar gangguan tersebut telah berada di dalam tubuh pesakit terutama pada bahagian muka.

Terlihat tindak balas pada kulit muka mulai kemerahan, mata pun kemerahan dan pergerakan tubuh pesakit telah dibaca oleh Ustaz Nas.

Pesakit ke 2 juga alami gangguan yang sama iaitu anak pesakit. Makhluk halus tersebut tidak mahu bercakap dan tidak respon setiap soalan yang diberikan.

Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video rawatan pada kisah ini.

Tonton rakaman video di sini:
https://youtu.be/MP0W5XdEOVU


🔴Selepas tonton jangan lupa 'SUBSCRIBE' 'LIKE' & 'SHARE' channel 'JEJAK ALAM MISTIK' ini dan tekan 🔔 untuk dapatkan notifikasi video-video terbaru akan datang.

🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut  www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

⚠️Anda terlepas tonton video rawatan lain sebelum ini? Ada banyak video dan kisah rawatan yang boleh didapati di website Jejak Alam Mistik disini:
www.jejakalammistik.blogspot.com

#jejakalammistik #rawatanislam #ustaznas

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

🔥🔥WAFAK JADI PUNCA GANGGUAN MAKHLUK HALUS? 🔥🔥

Isu wafak ini mungkin ada yang tak setuju dengan pandangan saya ini tapi apa yang akan saya tulis ini berdasarkan 100% pengalaman saya dalam bidang rawatan. Maaf jika ada yang tersinggung namun inilah hakikat yang ingin saya kongsikan.  Wafak atau Rajah merupakan sebahagian ilmu hikmah atau ilmu batin. Pengamal wafak ni mengambil dari potongan ayat-ayat Al-Qur'an. Kemudian mereka meletakkan ayat-ayat itu dalam wafak atau rajah yang biasanya berbentuk Piramid, Selipar Nabi Muhammad (katanya) dan ada kalanya berbentuk manusia, jin bertanduk, naga, pedang dan bermacam2 lagi. Pada hikmah dan pandangan saya kenapa perlu ayat-ayat suci Al-Qur'an diletakkan dalam bentuk wafak. Contoh.. Kenapa ayat suci Al-Qur'an perlu diletak dalam bentuk selipar nabi sedangkan kesucian ayat-ayat Al-Qur'an perlu dijunjung dan bukan tarafnya pada kaki. Jadi ini menunjukkan satu taktik tipu daya syaitan dan iblis pada umat Islam untuk menghina martabat dan kesucian Islam...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...