Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia.
Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat.
Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih.
Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia.
Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir.
Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir.
Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dalam proses pemulihan dalam beberapa tempoh seperti mandi dan sebagainya.
Jika ada pesakit yang tidak muntah kebiasaannya itu adalah gangguan luaran yang belum lagi bersarang dalam tubuh pesakit. Pesakit perlu juga ikut saranan perawat dalam proses pemulihan dalam beberapa tempoh.
Semoga para pesakit saya sembuh seperti sediakala.. Aminn..
Ikhlas,
Ustaz Nas
Ustaz Nas
untuk mendapatkan rawatan dari Ustaz Nas sila hubungi ditalian 0127152321 (whatsapp).
#rawatanislam #rawatansyafaat #masalahgangguan #ustaznas #jejakalammistik #jam
Ulasan
Catat Ulasan