Seorang pesakit perempuan bersama suaminya datang berjumpa Ustaz Nas untuk mendapatkan rawatan selepas alami gangguan sehingga separuh tubuhnya sebelah kiri seolah-olah seperti stroke. Tangan dan kakinya sebelah kiri berat untuk bergerak tapi deria rasa masih ada. Seolah-olah lemah dan tak bermaya. Sebelum ini juga pesakit dapat mimpi berkaitan rambut sebanyak 2 kali tapi pesakit anggap itu hanya mainan tidur walhal mimpi ad alah 'hint' bagi sesuatu perkara yang terjadi pada diri kita. 2 minggu alami gangguan ini yang bimbang semakin teruk, suami iktiar cara Islam kerana yakin isterinya bukan alami sakit klinikal. Rawatan. Semasa Ustazah Ita scan, memang terdapat gangguan makhluk halus jenis Pontianak sedang menempel tubuh sebelah kirinya. Kemudian Ustaz Nas melakukan rawatan dengan menarik gangguan tersebut keluar dari tubuh. Setelah proses menarik keluar dijalankan, alhamdulillah pesakit mulai rasa ringan pada bahagian yang terkena gangguan tersebut....