Langkau ke kandungan utama

Rawatan Pertama Pada 4 Januari 2018

Rawatan pertama saya adalah pada 4 Januari 2018.

Rawatan Sesi Pertama


Pesakit adalah seorang kanak-kanak berumur 12 tahun bersama keluarganya yang datang ke rumah saya. Ayahnya hubungi saya untuk mendapatkan rawatan kerana anaknya sering meracau. Semasa saya membuat pemeriksaaan (scan) secara bacaan ruqyah, pesakit berkeadaan tidak tentu hala sentiasa alami perasaan gelisah, risau, bimbang, takut, mahu menangis dan pelbagai lagi.

Jika lihat pada video di atas kita dapat lihat pesakit sekejap duduk dan sekejap berdiri. Adakalanya dia pusing tawaf disekitar ruangan disitu. Saya faham itu adalah gangguan yang berada di dalam tubuh badannya. Makhluk dalam badan pesakit tahu yang dia akan dipisahkan dari tubuh badan pesakit.

Selepas membuat pemeriksaan saya dapati gangguan tersebut adalah gangguan Saka keturunan dan rawatan tidak boleh dijalankan di tempat perawat tetapi kena buat rawatan dirumah pesakit kerana Saka keturunan sudah bersarang di rumahnya. Jadi rumahnya perlu dibersihkan dan dipagar supaya pesakit boleh istiqomah dengan rawatan pemulihan ini.

Rawatan Sesi Ke 2




Rawatan sesi ke 2 dijalankan dirumah pesakit. Selepas semua keperluan seperti air minuman, garam dan lada hitam, saya mulakan rawatan dan pemagaran rumah pesakit.

Semua ahli keluarga perlu di periksa sekali kalau-kalau jin juga membuat sarang dalam tubuh ahli keluarga yang lain. Jin Saka boleh merosakkan juga tubuh badan anggota badan ahli keluarga yang lain sehingga kadang-kadang boleh mencetuskan pergaduhan, benci membenci, iri hati, perceraian dan macam-macam boleh terjadi.

Sekiranya ada ahli keluarga yang tidak mahu diperiksa, dibimbangi dia akan merasa rumah terlalu panas bagi dirinya selepas dipagar jika ada gangguan dalam tubuh. Begitulah cara rawatan yang saya jalankan.

Rawatan Sesi Ke 3 (Akhir)



Ini adalah sesi rawatan yang terakhir kerana Jin Saka memang sangat aktif pada waktu malam. Jadi pesakit mula alami gangguan yang kuat sebelah malam selepas rumah dipagar. Jin Saka tersebut bagaikan marah bila pesakit dapatkan rawatan dari perawat.

Saya menerima panggilan dari ahli keluarga pesakit dan saya bergegas ke rumah pesakit. Jin Saka sangat licik kerana dia boleh menyorok dimana-mana bahagian sendi pesakit namun dangan pengalaman yang ada, Allah telah membantu saya dan proses menarik Jin tersebut dalam boleh berjaya dilakukan kerana sifat Jin Saka ni adalah jenis yang degil. Jadi jalan terbaik masukkan jin ini ke dalam botol supaya pesakit boleh istiqomah dalam proses pemulihan bagi menutup laluan masuk jin.

Sila lihat gambar dan terdapat gambaran jelas keberadaan Jin Saka beserta kunco-kunconya. Botol ini kemudiannya dibuang di sungai supaya ia pergi jauh dari pesakit. Nasib jin dalam botol ini saya berserah kepada Allah S.W.T

p/s:pada 12/1/2018 ayah pesakit call saya ucap terima kasih kerana anaknya semakin pulih dan tak sabar nak mulakan sesi persekolah selepas hampir 2 minggu tidak bersekolah. Alhamdulillah..yang baik datang dari Allah, yang kurang datang dari diri saya sendiri.

Ikhlas,
Ustaz Nas
0127152321 (wasap)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

🔥🔥WAFAK JADI PUNCA GANGGUAN MAKHLUK HALUS? 🔥🔥

Isu wafak ini mungkin ada yang tak setuju dengan pandangan saya ini tapi apa yang akan saya tulis ini berdasarkan 100% pengalaman saya dalam bidang rawatan. Maaf jika ada yang tersinggung namun inilah hakikat yang ingin saya kongsikan.  Wafak atau Rajah merupakan sebahagian ilmu hikmah atau ilmu batin. Pengamal wafak ni mengambil dari potongan ayat-ayat Al-Qur'an. Kemudian mereka meletakkan ayat-ayat itu dalam wafak atau rajah yang biasanya berbentuk Piramid, Selipar Nabi Muhammad (katanya) dan ada kalanya berbentuk manusia, jin bertanduk, naga, pedang dan bermacam2 lagi. Pada hikmah dan pandangan saya kenapa perlu ayat-ayat suci Al-Qur'an diletakkan dalam bentuk wafak. Contoh.. Kenapa ayat suci Al-Qur'an perlu diletak dalam bentuk selipar nabi sedangkan kesucian ayat-ayat Al-Qur'an perlu dijunjung dan bukan tarafnya pada kaki. Jadi ini menunjukkan satu taktik tipu daya syaitan dan iblis pada umat Islam untuk menghina martabat dan kesucian Islam...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...