Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel alam ghaib

🔥🔥JIN SAKA MENCARI WARIS SELEPAS INDUK TIADA🔥🔥 | JOHOR

Perjalanan Ustaz Nas dan team Jejak Alam Mistik ke rumah waris pusaka keturunan yang miliki saka harimau dan bunian di ganggu dengan melencongkan penunjuk arah dalam sistem Waze. Gangguan pada sistem waze ini difahamkan untuk melengah-lengahkan kedatangan Ustaz Nas ke rumah pesakit dan cuba melemahkan semangat team Jejak Alam Mistik. Walau apa jua rintangan alhamdulillah dengan izin Allah mampu di harungi dengan selamat dan tenang. Mujur gangguan tidak melibatkan kenderaan yang dinaiki yang sebelum ini tayar kereta pernah pecah ketika perjalanan ke rumah pesakit. Gangguan pesakit ini bukan biasa-biasa kerana melibatkan saka harimau dan penjaga harimau tersebut yang umum mengetahui saka jenis ini amat berat dan payah untuk dipulihkan. Selain gangguan saka harimau, rumah pusaka tersebut juga miliki laluan bunian. Waris pernah minta perawat yang sebelum ini untuk pulihkan rumah dari laluan bunian tapi tidak berjaya dilakukan menurut ceritanya. Keberadaan laluan bunian ini menja...

🔥🔥SAKA NENEK TUA DAH TUA NAK MELAWAN🔥🔥 | JOHOR

Seorang suami menceritakan berkenaan gangguan yang dialami oleh isterinya sejak bertahun-tahun lamanya. Pada mulanya Isteri kerap alami kegatalan pada bahagian tangan kanan. Tangan yang gatal itu macam tiada sebab ia gatal tapi tetap rasa gatal. Tiada penyakit kulit walau sudah buat pemeriksaan kesihatan di klinik. Isterinya pun di bawa ke tempat rawatan islam untuk dapatkan rawatan. Selepas di bawa ke tempat perawat pulihnya hanya pada waktu yang sementara. Seminggu kemudian akan alami semula rasa gatal tersebut. Berulang-ulang ke tempat perawat hasilnya tetap sama. Perawat hanya kata gangguan biasa. Akhirnya mereka pasrah dan putus asa. Sehinggalah mereka mendapat zuriat yang ketiga, gangguan semakin menjadi-jadi. Tangan semakin gatal-gatal, anak semakin menangis setiap malam, isteri mula melihat kelibat nenek tua dan isteri juga mulai alami pendarahan tanpa sebab pada bahagian dubur. Bila mereka alami gangguan teruk itu, mereka terpaksa juga cari perawat untuk dapa...

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

🔥🔥DIHIMPIT JIN ASYIK GADIS ALAMI MINOR STROKE🔥🔥 | JOHOR

Pendapat mengatakan 'aku tak ganggu dia, dia tak ganggu aku'. Itu merupakan pandangan yang salah kerana jin (kufur), syaitan dan iblis tidak akan berhenti ganggu manusia sehingga kiamat. Itulah janji mereka kepada Allah pada mula-mula manusia dicipta. Sekiranya anda alami simptom gangguan jangan abaikan perkara tersebut sesungguhnya gangguan jin, syaitan dan iblis mampu mencacatkan dan melumpuhkan tubuh manusia. Matlama t mereka supaya manusia tidak boleh solat dan menyesatkan hati dari jalan Allah.  Kes kali ini seorang gadis alami minor stroke selepas beberapa tahun alami gangguan jin asyik sejak dia masuk IPT dan gangguan bermula di asrama tersebut. Jin asyik adalah istilah bagi jin yang asalnya tidak bertuan, berkeliaran yang suka kepada seseorang manusia dan berkeinginan memiliki manusia tersebut walhal mereka berbeza alam. Bila jin tersebut tidak sedar diri menjadikan mangsa terbeban dari segi fizikal sehingga mengalami minor stroke kerana fitrah...

🔥🔥TERBEBAN DENGAN PEMILIK PELARIS DULU🔥🔥 | SELANGOR

Di Malaysia sihir dan pelaris sangat sinonim sekali dalam perniagaan samada yang Islam atau bukan Islam. Masing-masing hadapi masalah yang sama cuma bezanya kuat atau tidak pemilik perniagaan tersebut untuk bertahan lama. Berbeza dengan kes kali ini, peniaga ini mudah kena gangguan sihir dikedainya disebabkan penyewa permis peniaga dulu meninggalkan pelarisnya begitu sahaja walau sudah berpindah atau tidak berniaga lagi. Peniaga ini adalah penyewa baru dan tidak mengetahui perkara tersebut sehinggalah perkara ini didedahkan oleh team Jejak Alam Mistik ketika dipanggil untuk pulihkan kedainya. Perniaga dulu menggunakan pelaris tulang anjing untuk melariskan kedainya. Perkara syirik ini tidak diketahui samada bekas penyewa tersebut adalah Islam atau tidak. Apabila penyewa tersebut tidak lagi menyewa, penyewa baru menjadi mangsa dan terbeban dengan pelaris tersebut. Ini menjadikan penyewa baru terdedahkan dengan ancaman sihir samada secara langsung atau tidak. ...

🔥🔥MENENTANG HASUTAN BISIKAN SYAITAN🔥🔥 | TERENGGANU

Setiap pesakit yang alami gangguan jin, syaitan dan iblis berlainan tindak balasnya. Ada yang hanya mendengar bisikan, penampakan kelibat, gangguan ketika tidur dan yang paling popular histeria dan kerasukan. Pesakit kali ini menjadi mangsa bagi gangguan untuk menyesatkan akidahnya kepada Allah S.W.T dengan cara menyamar jadi orang alim dan cuba menghasutnya ke jalan yang salah. Pesakit rajin beramal ibadah kepada Allah sebelum alami gangguan ini namun kerajinan dan ketekunannya menjadi ujian baginya sehingga alami gangguan tindak balas diluar kawal. Apakah tindak balas luar kawalnya? Tidak dapat diceritakan melalui text. Silalah tonton video rakaman rawatan ini untuk gambaran yang lebih jelas. Dibilik pesakit penuh dengan tulisan pendidikan Islam seperti selawat, cara wuduk, cara doa dan lain-lain lagi. Diberitahu pesakit lakukan semua itu bagi memudahkan dia ingat dan amalkan dengan betul dan tidak terikut dengan bisikan syaitan yang suruhnya ubah bacaan dan c...

🔥🔥MERUNGKAI IKATAN SIHIR🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Tidak semua perkara mistik dapat dirungkai dan difahami. Semua bergantung kepada keizinan Allah jua semata-mata. Ada kes senang dirungkai dan ada sesetengah tiada petunjuk. Walau apa pun team JAM dan Ustaz Nas tetap menjalankan rawatan kepada pesakit yang sangat berharap dibantu. Pesakit kali ini dari Singapura yang hadapi gangguan sihir yang agak sukar dirungkai apa jenis sihir dan tujuan sihir tersebut. Sudah bertahun pesakit hadapi sihir tersebut sehingga semangatnya hilang dan rasa dirinya kosong. Terdapat juga saka tetapi saka tersebut tidak menjadi masalah utama kepada pesakit. Namun saka tersebut juga dipisahkan dari diri pesakit supaya tidak menjadi asbab gangguan lain ganggu pesakit. Semasa proses rawatan Ustazah Ita ada terhidu bau kapur barus. Bau tersebut ada kaitan dengan gangguan ini. Tanda gangguan berada diluar tubuh pesakit. Ini memudahkan proses pembersihan nanti. Semasa proses pembersihan, Ustazah ita juga terdengar bunyi suara anak ayam. Bunyi ...

🔥🔥MISTERI PENUNGGU KERETA TERPAKAI🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Kisah kali ini berkaitan dengan kereta terpakai. Pada awalnya Ustazah Ita sangka pesakit ada membeli kereta terpakai yang menjadi gangguan kepadanya ketika memandu tapi selepas proses penerangan didapati pesakit jurujual kereta terpakai. Sejarah bagi setiap kereta terpakai memang tidak banyak kita ketahui bila kita membeli. Kita hanya perlu pastikan kereta tidak pernah alami kemalangan sudah cukup memadai. Namun bila a da perkara yang diluar jangkauan kita seperti keberadaan makhluk halus dalam kenderaan tersebut itu memang tidak boleh dielakkan. Perlu usaha untuk pulihkan dari gangguan.  Pesakit merupakan seorang penjual kereta terpakai dan dia tidak membeli kereta terpakai namun alami gangguan bila memandu kereta sendiri. Pesakit akan rasa sesak nafas dan terasa ada sesuatu yang mencekek batang lehernya. Beberapa kali keretanya tersadai gara-gara gangguan tersebut. Gangguan tersebut ikut pesakit balik selepas mencuba beberapa kereta terpakai untuk dijual. ...

🔥🔥ROH BUDAK KASIHANKAN PESAKIT KERANA DISIHIR🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Jarang kita ketahui bahawa ada roh yang tidak diangkat ke langit ada dikalangan budak-budak. Kadang-kadang terfikir juga budak-budak ada buat dosa ke? Mustahil kerana mereka belum akil baligh. Apa pun hanya Allah sahaja yang tahu rahsianya. Pesakit kali ini alami gangguan sihir selama setengah tahun. Pesakit alami gangguan pada bahagian perut terutama pada bahagian salur najisnya. Pesakit alami sukar kawal b uang air besar dan kecil. Badan juga semakin kurus dan lemah seluruh anggota badan. Pelbagai usaha sebelum ini isterinya dapatkan rawatan dari pelbagai perawat namun masih belum temui kesembuhan. Sungguh kuat semangat mereka menempuhi segala dugaan ini. Hanya mereka sahaja yang tahu. Semasa pemeriksaan rumah memang terdapat kehadiran makhluk halus seperti Pontianak berkeliaran dan diberitahu juga anak-anak pesakit melihat susuk tubuh Pontianak berlegar-legar dibilik tidur waktu malam. Ustazah Ita juga dapat kenal pasti ada satu roh kanak-kanak juga berada dalam...