Langkau ke kandungan utama

🔥🔥JIN SAKA MENCARI WARIS SELEPAS INDUK TIADA🔥🔥 | JOHOR


Perjalanan Ustaz Nas dan team Jejak Alam Mistik ke rumah waris pusaka keturunan yang miliki saka harimau dan bunian di ganggu dengan melencongkan penunjuk arah dalam sistem Waze.

Gangguan pada sistem waze ini difahamkan untuk melengah-lengahkan kedatangan Ustaz Nas ke rumah pesakit dan cuba melemahkan semangat team Jejak Alam Mistik.

Walau apa jua rintangan alhamdulillah dengan izin Allah mampu di harungi dengan selamat dan tenang. Mujur gangguan tidak melibatkan kenderaan yang dinaiki yang sebelum ini tayar kereta pernah pecah ketika perjalanan ke rumah pesakit.

Gangguan pesakit ini bukan biasa-biasa kerana melibatkan saka harimau dan penjaga harimau tersebut yang umum mengetahui saka jenis ini amat berat dan payah untuk dipulihkan.

Selain gangguan saka harimau, rumah pusaka tersebut juga miliki laluan bunian. Waris pernah minta perawat yang sebelum ini untuk pulihkan rumah dari laluan bunian tapi tidak berjaya dilakukan menurut ceritanya. Keberadaan laluan bunian ini menjadi tarikan gangguan lain untuk berkunjung ke rumah tersebut. Ini akan menyebabkan gangguan semakin berat pada rumah ini.

Cabaran ini bukan senang dan amat berat untuk Ustaz Nas pikul. Silap langkah ancaman nyawa sendiri dalam bahaya. Terdapat juga barang dalam rumah yang menjadi gangguan telah dikeluarkan dan di buang setelah dikafankan.

Kaedah rawatan Ustaz Nas untuk rawatan kali ini ada sedikit berbeza dari biasa kerana sebelum rawatan Ustaz Nas minta petunjuk dari Allah untuk mendapatkan cara terbaik untuk rawatan kali ini.

Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video rawatan pada kisah ini.

Tonton rakaman video di sini:
https://youtu.be/DsQaJDfWuwI


🔴Selepas tonton jangan lupa 'SUBSCRIBE' 'LIKE' & 'SHARE' channel 'JEJAK ALAM MISTIK' ini dan tekan 🔔 untuk dapatkan notifikasi video-video terbaru akan datang.

🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut  www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

⚠️Anda terlepas tonton video rawatan lain sebelum ini? Ada banyak video dan kisah rawatan yang boleh didapati di website Jejak Alam Mistik disini:
www.jejakalammistik.blogspot.com

#jejakalammistik #rawatanislam #ustaznas

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

🔥🔥WAFAK JADI PUNCA GANGGUAN MAKHLUK HALUS? 🔥🔥

Isu wafak ini mungkin ada yang tak setuju dengan pandangan saya ini tapi apa yang akan saya tulis ini berdasarkan 100% pengalaman saya dalam bidang rawatan. Maaf jika ada yang tersinggung namun inilah hakikat yang ingin saya kongsikan.  Wafak atau Rajah merupakan sebahagian ilmu hikmah atau ilmu batin. Pengamal wafak ni mengambil dari potongan ayat-ayat Al-Qur'an. Kemudian mereka meletakkan ayat-ayat itu dalam wafak atau rajah yang biasanya berbentuk Piramid, Selipar Nabi Muhammad (katanya) dan ada kalanya berbentuk manusia, jin bertanduk, naga, pedang dan bermacam2 lagi. Pada hikmah dan pandangan saya kenapa perlu ayat-ayat suci Al-Qur'an diletakkan dalam bentuk wafak. Contoh.. Kenapa ayat suci Al-Qur'an perlu diletak dalam bentuk selipar nabi sedangkan kesucian ayat-ayat Al-Qur'an perlu dijunjung dan bukan tarafnya pada kaki. Jadi ini menunjukkan satu taktik tipu daya syaitan dan iblis pada umat Islam untuk menghina martabat dan kesucian Islam...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...