Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jejak

🔥🔥JIN BERGETAR DENGAR RUQYAH | JEJAK ALAM MISTIK🔥🔥

 *atau klik link ini untuk tonton rakaman: https://youtu.be/fBb3uV4hPQg Sihir yang berkaitan dengan rumahtangga kerap Ustaz Nas terima dalam rawatan. Ada yang masih baru dan lama. Kalau kes dah teruk sampai cerai berai dan duduk berasingan itu memang susah dan makan masa sikit itu pun dengan izin Allah. Kes ini juga berkaitan dengan sihir rumahtangga namun apabila Ustaz Nas scan keputusannya sama-samar untuk ketahui siapakah yang menyihir namun secara kasarnya dia di sihir oleh orang terdekatnya antara kawan-kawan dan sedara mara atau adik bradik. Sihir ini juga sudah lama. Wallahu'alam. Pesakit sebelum ini mengatakan simptom sihir ada banyak pada isterinya. Telah banyak tempat berubat tapi masih tetap tiada perubahan. Semasa bertemu dengan Ustaz Nas keputusannya berbeza.. Penyihir menyihir suami dan isteri pula hanya kena tempias sihir suami. Semasa pesakit diruqyah, tubuhnya menunjukan tidak balas dan yang paling ketara tangan kirinya bergetar seolah-olah menggigil. Maka tern...

Gangguan SAKA Silat

🔥🔥SAKA BERPINDAH KEPADA ADIK SELEPAS KEMATIAN KAKAK🔥🔥 Bunyinya agak menakutkan bila gangguan SAKA menjadi punca kematian kakak pesakit ini dan kemudian saka tersebut memilih adiknya pula. Memang benar bila tubuh seseorang tidak kuat untuk menampung gangguan makhluk halus terutama kategori saka ianya sangat merbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian. Tandanya ialah bila seseorang itu sakit secara tiba-tiba dan terus terlantar tanpa sebab. Kebiasaannya pesakit tiada sejarah penyakit. Pesakit seolah-olah mengalami stroke secara tiba-tiba dan terus terlantar. Dalam beberapa minggu pesakit terus meninggal dunia. Inilah hakikat yang sebenarnya memang berlaku dalam masyarakat kita terutama orang melayu. Setelah di selidik rupa-rupanya keturunannya ada yang menjadi guru silat semasa dulu dan kemungkinan besar ada menggunakan pendamping dalam ilmu persilatannya itu. Dalam persilatan yang mengambil pendamping kebiasaanya akan diberikan makanan terutama pada asap kemenyan pada tubuh dan ke...

🔥🔥PERUBAHAN JIN SELEPAS DIISLAMKAN🔥🔥

🔥 🔥 PERUBAHAN JIN SELEPAS DIISLAMKAN 🔥 🔥 Banyak cerita atau kisah berkenaan Jin yang diislamkan namun pernahkan anda terfikir bagaimana perubahan rupa, wajah, penampilan Jin selepas diislamkan? Ini sedikit kisah dari pengalaman saya sendiri ketika jin diislamkan untuk dikongsi bersama supaya keimanan kita kepada Allah S.W.T akan lebih mantap dan bertambah yakin. Semasa saya menjadi juruvideo untuk satu rakaman program berkaitan makhluk ghaib ini, entiti ditarik masuk ke dalam tubuh sukarelawan supaya boleh berinteraksi. Ketika makhluk ghaib masuk dan mula berinteraksi, makhluk ghaib tersebut telah ditawarkan untuk memeluk agama Islam selepas dia mengaku dia dari golongan jin kafir. Selepas di tarbiah beberapa minit, jin tersebut mula berminat untuk masuk Islam. Selepas diislamkan, jin tersebut terus keluar selepas diarahkan ke Masjidil Haram untuk menuntut ilmu Islam dengan lebih mendalam disana dengan golongan jin Islam. Seketika kemudian sukarelawan mer...

BAJU JEJAK ALAM MISTIK (J.A.M)

👕 👕 BAJU JEJAK ALAM MISTIK (J.A.M) 👕 👕  Assalamualaikum kepada semua follower JAM semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat dariNya.. Aminn.. Disini saya REVIEW baju JAM secara rasmi yang akan dipakai oleh saya semasa rawatan dan aktiviti program berkaitan alam mistik. Disini juga saya buka untuk tempahan baju sekiranya ada yang berminat memiliki baju JAM ini sebagai kenangan, sokongan dan cenderahati. Jika berminat Whatsapp saya dengan text "Saya Berminat Beli Baju JAM" di talian 0127152321. Sokongan anda sangat saya hargai dan hasil jualan akan saya gunakan untuk pelbagai aktiviti yang akan dirancang pada masa hadapan. Ikhlas, Ustaz Nas 0127152321 (wasap)

MAKLUMAT SAYA UNTUK DIHUBUNGI

⚠ ⚠ PERHATIAN ⚠ ⚠ Ini adalah Call Card dari saya iaitu pengasas Jejak Alam Mistik supaya anda boleh simpan dan disebar-sebarkan kepada keluarga, sedara mara, kawan-kawan, rakan kerja, jiran-jiran dan sesiapa sahaja yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan alternatif secara Islam. Semoga sokongan murnia anda semua pada fardhu kifayah ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T. Ikhlas, Ustaz Nas 0127152321 (wasap)

BENTUK-BENTUK GANGGUAN JIN DAN SIHIR

Apa yang dinyatakan disini merupakan sebahagian dari bentuk-bentuk gangguan jin atau sihir. Adakalanya gangguan berlaku dengan sebab permainan sihir mereka yang mensyirikkan Allah S.W.T dan adakalanya berlaku oleh gangguan jin dan syaitan itu sendiri tanpa disuruh oleh mana-mana orang pun. 1) Kerasukan Ini berlaku dengan sebab jin atau syaitan masuk ke dalam jasad manusia dan menguasai seluruh gerak geri dan pemikirannya. 2) Histeria Pengidap histeria berpunca dari gangguan jin dan pengidap menjerit kerana melihat orang sekelilingnya berwajah menakutkan dan sebagainya. 3) Hantu Tindih Tindakan jin atau syaitan keatas orang yang sedang tidur dan mangsa akan rasa separuh sedar semasa ditindih seolah-olah semua sendi tidak mampu digerakkan atau terasa berat. Sering kali terasa di hempap ketika tidur berkeadaan terlungkup. 4) Sawan Gangguan datang secara tiba-tiba seperti anggotanya menjadi kejang, mulut berbuih-buih, menangis berpanjangan dan lain-lain. 5) Tangkal...

🔥🔥DENDAM ULAR🔥🔥

Kisah ini terjadi pada 8 Januari 2018 dalam waktu 12 tghari. Saya dapat panggilan dari seorang lelaki india yang mengatakan anaknya yang berumur 28 tahun alami gangguan pada bahagian perut. Gangguan tersebut dirasakan seolah-olah bergerak-gerak dalam keadaan berpintal-pintal dan bergulung-gulung tanpa henti. Melihat keadaan itu anaknya sentiasa mengadu sakit yang amat sangat sehingga berkeadaan tidak tentu hala menahan sakit. Ayah mana yang mampu bertahan melihat anaknya berkeadaan bergitu ditambah pula isterinya sudah lama meninggal dunia dan si ayah sahajalah yang menjaga 2 anak lelakinya sejak dari itu. Pihak hospital pun buntu sehingga dos ubat paling tinggi pun tidak mampu mengurangkan rasa sakit. Setelah itu saya terus ke hospital pakar swasta KPJ di Kluang, Johor untuk merawat anak lelaki tersebut. Beberapa air botol minuman saya bekalkan dan sebotol minyak wangi yang semua itu telah diruqyah yang bertujuan untuk mengeluarkan gangguan dan memagar diri. Berd...

Rawatan Pertama Pada 4 Januari 2018

Rawatan pertama saya adalah pada 4 Januari 2018. Rawatan Sesi Pertama Pesakit adalah seorang kanak-kanak berumur 12 tahun bersama keluarganya yang datang ke rumah saya. Ayahnya hubungi saya untuk mendapatkan rawatan kerana anaknya sering meracau. Semasa saya membuat pemeriksaaan (scan) secara bacaan ruqyah, pesakit berkeadaan tidak tentu hala sentiasa alami perasaan gelisah, risau, bimbang, takut, mahu menangis dan pelbagai lagi. Jika lihat pada video di atas kita dapat lihat pesakit sekejap duduk dan sekejap berdiri. Adakalanya dia pusing tawaf disekitar ruangan disitu. Saya faham itu adalah gangguan yang berada di dalam tubuh badannya. Makhluk dalam badan pesakit tahu yang dia akan dipisahkan dari tubuh badan pesakit. Selepas membuat pemeriksaan saya dapati gangguan tersebut adalah gangguan Saka keturunan dan rawatan tidak boleh dijalankan di tempat perawat tetapi kena buat rawatan dirumah pesakit kerana Saka keturunan sudah bersarang di rumahnya. Jadi rumahnya perlu ...

4 JENIS GANGGUAN JIN

Terdapat 4 jenis gangguan Jin iaitu: 1) Gangguan Penuh Jin menguasai seluruh pusat-pusat deria melalui otak. Jin mengawal seluruh pancaindera manusia antaranya raut wajah berubah, berbual sendiri, muka pucat dan tingkah laku berubah dari biasa. 2) Gangguan Berjuzuk Ini adalah sebahagian dari gangguan penuh dimana jin yang menyerang itu menguasai juzuk-juzuk tertentu diri pesakit seperti menahan lidahnya, menguasai kedua-dua belah mata atau perut memulas. Ia pekak atau bisu dengan cara mengejut atau bahagiaan lengan dan kakinya kebas tetapi pesakit tidak dapat mengawalnya. 3) Gangguan Kekal Jin yang menyerang itu memasuki secara kekal ke dalam tubuh pesakit. Ini bermaksud jin langsung tidak mahu keluar dan pesakit mengalami sakit dan gangguan sepanjang masa. 4) Gangguan Imbasan Pesakit mengalami sakit dalam tempoh-tempoh tertentu. Adakalanya sakit pada waktu petang dan kadang-kadang pagi atau seminggu sekali atau sesekali. Saya nasihatkan pesakit supaya pe...

PUNCA GANGGUAN JIN DAN SYAITAN

Banyak sebab punca manusia dikacau dan diganggu jin dan syaitan, antaranya: 1) Jin mencintai manusia kerana jin juga mempunyai jantina iaitu jantan dan betina. 2) Tanpa manusia sedar telah menyakiti jin seperti curah air panas, terlanggar atau kencing tempatnya. 3) Ketika manusia sedang dikuasai perasaan terlalu marah. 4) Ketika manusia terlalu takutkan sesuatu. 5) Ketika lalai dan leka dari mengerjakan ibadat. 6) Ketika lalai dari mengingati Allah. 7) Mensyirikkan Allah. 8) Melakukan pelbagai Maksiat. 9) Diganggu sihir. 10) Pelihara anjing dalam rumah. 11) Ada loceng dalam rumah. 12) Gambar-gambar yang tidak dibenarkan oleh syarak. 13) Gantung atau simpan tangkal. 14) Keluar waktu maghrib. 15) Tidak baca doa perlindungan ketika masuk bilik air, tempat kotor dan bangunan/rumah kosong.  Semoga perkongsian ini memberikan manfaat dan panduan berguna pada semua. Ikhlas, Ustaz Nas

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum Salam ukhuwah kepada semua follower Jejak Alam Mistik (JAM) yang dikasihi dan disayangi Allah S.W.T. Blog ini di bina atas dasar memberikan pemahaman kepada masyarakat bahawa manusia di alam ini tidak bersendirian tetapi terdapat juga alam lain yang Allah ciptakan. Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia dan semua makhluk diciptakan hanya untuk tunduk dan bersujud kepadaNya semata-mata. Tiada makhluk pun yang kuat melainkan kekuatan itu datang dari keizinan Allah dan Allah tempat kita meminta pertolongan. Oleh itu blog ini mengumpul koleksi pengalaman dan perjalanan saya sebagai perawat yang dikongsi kepada masyarakat ketika berhadapan dengan makhluk halus yang mengganggu manusia. Blog ini juga masyarakat boleh menjadikan rujukan bagi mendapatkan ilmu berkaitan rawatan Islam dan makhluk halus yang mungkin membantu pemahaman yang lebih mendalam. Blog ini tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan masyarakat tetapi malah ia mengandu...