Langkau ke kandungan utama

🔥🔥DENDAM ULAR🔥🔥

Kisah ini terjadi pada 8 Januari 2018 dalam waktu 12 tghari. Saya dapat panggilan dari seorang lelaki india yang mengatakan anaknya yang berumur 28 tahun alami gangguan pada bahagian perut. Gangguan tersebut dirasakan seolah-olah bergerak-gerak dalam keadaan berpintal-pintal dan bergulung-gulung tanpa henti.

Melihat keadaan itu anaknya sentiasa mengadu sakit yang amat sangat sehingga berkeadaan tidak tentu hala menahan sakit. Ayah mana yang mampu bertahan melihat anaknya berkeadaan bergitu ditambah pula isterinya sudah lama meninggal dunia dan si ayah sahajalah yang menjaga 2 anak lelakinya sejak dari itu. Pihak hospital pun buntu sehingga dos ubat paling tinggi pun tidak mampu mengurangkan rasa sakit.

Setelah itu saya terus ke hospital pakar swasta KPJ di Kluang, Johor untuk merawat anak lelaki tersebut. Beberapa air botol minuman saya bekalkan dan sebotol minyak wangi yang semua itu telah diruqyah yang bertujuan untuk mengeluarkan gangguan dan memagar diri.

Berdasarkan pengalaman, ini adalah gangguan dari Jin Ular. Beberapa kali saya usaha mengeluarkan dengan teknik tarik dan rentap pada bahagian perut pesakit selepas membaca ayat-ayat ruqyah namun rasa sakit pesakit mula kurang tapi beransur kembali sakit dalam beberapa minit.

Saya cuba juga dengan memecahkan sarang gangguan tersebut pada tubuh pesakit. Respon pesakit agak baik bila mula mengeluarkan lendir muntah putih dan berbuih. Itu tanda sarang gangguan tersebut mulai keluar sikit demi sedikit. Saya cuba usaha lagi beberapa kali, Alhamdulillah agak banyak muntah yang dikeluarkan.

Namun sakit tersebut masih ada. Saya mohon bantuan akak saya untuk scan pesakit menggunakan kebolehannya dengan bantuan saya membaca ayat ruqyah supaya mohon pada Allah S.W.T mencari kepala Jin Ular tersebut. Alhamdulillah berhasil mencari dan sy tangkap kepala ular tersebut menarik menarik secara berantai dan kemudian sy masukkan dalam plastik supaya gangguan tidak menyusup masuk lagi ke dalam tubuh pesakit. Lihat pada gambar yang saya ambil sendiri. Kelihatan jelas kepala ULAR TEDUNG sedang mengembang.

Beberapa kali teknik tersebut saya praktikan dan alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T ianya mula menampakkan hasil yang baik. Tiada lagi rasa sakit pada bahagian perut pesakit. Kemudian plastik tersebut dicampakkan ke sungai.

MEMBONGKAR GANGGU JIN ULAR TEDUNG

Kisahnya terjadi pada awal tahun lepas bulan Januari 2017. Pesakit telah terlihat berdekatan dengan ular tedung jantan dan betina sedang mengawan di tepi rumahnya. Disebabkan terlalu takut dan bimbang kalau ular tersebut masuk rumah, pesakit telah memanggil orang yang berani untuk halau atau menangkap ular tersebut.


Namun orang yang berani itu telah membunuh kedua-dua ular tersebut dan memenggal kepalanya. Disebabkan itulah gangguan ular berlaku.

KATA AKHIR

Semoga pesakit pulih seperti sediakala dan boleh kembali bekerja seperti biasa. Mari kita doakan bersama kepada hamba Allah ini.

P/s:Saya hanya insan kerdil dan hamba Allah yang lemah. Yang baik datang dr Allah, yang kurang itu datang dari diri saya sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...