Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel persoalan

⚠️⚠️MALAS MENCARI ILMU PUNCA MUDAH KENA GANGGUAN⚠️⚠️

Ada sebahagian besar kita mungkin tertanya-tanya kenapa ramai umat Islam mudah kena gangguan seperti sihir dan makhluk halus. Ada beberapa kategori berdasar pemerhatian dan pengalaman saya. Golongan Tidak Percaya Mereka dalam golongan ini sangat memandang rendah dengan perkara yang berkaitan makhluk halus atau benda-benda mistik dan ghaib. Logik akal adalah pegangan mereka. Tanpa logik akal mereka memperlekeh dan merendah-rendahkan hal tersebut. Kebanyakkan golongan ini tidak pernah alami pengalaman mistik dan kalau pernah pun mereka hanya anggap gangguan akal atau emosi sahaja. Golongan Pentaksub Mereka dalam golongan ini terlalu ghairah untuk mendapatkan pelbagai ilmu-ilmu kehebatan batin yang ingin dipandang tinggi oleh masyarakat terhadapnya. Mereka sangat takjub dengan ilmu-ilmu mistik dan ghaib. Disebabkan keghairahan mereka ini, mereka tidak sedar bahawa mereka bakal menghadapi risiko gangguan makhluk halus dan mudah diserang dengan sihir. Golongan Beriman Mereka dal...

HUKUM MEMINTA PERTOLONGAN DARI JIN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah sekalian, Firman Allah SWT : وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا   Maksudnya : "Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan."(Surah al-Jin: ayat 6) Ini merupakan isyarat bahawa satu kepercayaan yang lumrah dalam masyarakat jahiliah dan masih terus hingga ke zaman ini di dalam berbagai  masyarakat, iaitu kepercayaan yang menganggap makhluk jin itu mempunyai kuasa di atas alam bumi dan manusia, mempunyai qudrat kuasa mendatangkan manfaat dan mudarat dan meng...

🔥🔥WAFAK JADI PUNCA GANGGUAN MAKHLUK HALUS? 🔥🔥

Isu wafak ini mungkin ada yang tak setuju dengan pandangan saya ini tapi apa yang akan saya tulis ini berdasarkan 100% pengalaman saya dalam bidang rawatan. Maaf jika ada yang tersinggung namun inilah hakikat yang ingin saya kongsikan.  Wafak atau Rajah merupakan sebahagian ilmu hikmah atau ilmu batin. Pengamal wafak ni mengambil dari potongan ayat-ayat Al-Qur'an. Kemudian mereka meletakkan ayat-ayat itu dalam wafak atau rajah yang biasanya berbentuk Piramid, Selipar Nabi Muhammad (katanya) dan ada kalanya berbentuk manusia, jin bertanduk, naga, pedang dan bermacam2 lagi. Pada hikmah dan pandangan saya kenapa perlu ayat-ayat suci Al-Qur'an diletakkan dalam bentuk wafak. Contoh.. Kenapa ayat suci Al-Qur'an perlu diletak dalam bentuk selipar nabi sedangkan kesucian ayat-ayat Al-Qur'an perlu dijunjung dan bukan tarafnya pada kaki. Jadi ini menunjukkan satu taktik tipu daya syaitan dan iblis pada umat Islam untuk menghina martabat dan kesucian Islam...

PUNCA GANGGUAN JIN DAN SYAITAN

Banyak sebab punca manusia dikacau dan diganggu jin dan syaitan, antaranya: 1) Jin mencintai manusia kerana jin juga mempunyai jantina iaitu jantan dan betina. 2) Tanpa manusia sedar telah menyakiti jin seperti curah air panas, terlanggar atau kencing tempatnya. 3) Ketika manusia sedang dikuasai perasaan terlalu marah. 4) Ketika manusia terlalu takutkan sesuatu. 5) Ketika lalai dan leka dari mengerjakan ibadat. 6) Ketika lalai dari mengingati Allah. 7) Mensyirikkan Allah. 8) Melakukan pelbagai Maksiat. 9) Diganggu sihir. 10) Pelihara anjing dalam rumah. 11) Ada loceng dalam rumah. 12) Gambar-gambar yang tidak dibenarkan oleh syarak. 13) Gantung atau simpan tangkal. 14) Keluar waktu maghrib. 15) Tidak baca doa perlindungan ketika masuk bilik air, tempat kotor dan bangunan/rumah kosong.  Semoga perkongsian ini memberikan manfaat dan panduan berguna pada semua. Ikhlas, Ustaz Nas

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum Salam ukhuwah kepada semua follower Jejak Alam Mistik (JAM) yang dikasihi dan disayangi Allah S.W.T. Blog ini di bina atas dasar memberikan pemahaman kepada masyarakat bahawa manusia di alam ini tidak bersendirian tetapi terdapat juga alam lain yang Allah ciptakan. Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia dan semua makhluk diciptakan hanya untuk tunduk dan bersujud kepadaNya semata-mata. Tiada makhluk pun yang kuat melainkan kekuatan itu datang dari keizinan Allah dan Allah tempat kita meminta pertolongan. Oleh itu blog ini mengumpul koleksi pengalaman dan perjalanan saya sebagai perawat yang dikongsi kepada masyarakat ketika berhadapan dengan makhluk halus yang mengganggu manusia. Blog ini juga masyarakat boleh menjadikan rujukan bagi mendapatkan ilmu berkaitan rawatan Islam dan makhluk halus yang mungkin membantu pemahaman yang lebih mendalam. Blog ini tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan masyarakat tetapi malah ia mengandu...