Langkau ke kandungan utama

SALAM PERKENALAN


Assalamualaikum

Salam ukhuwah kepada semua follower Jejak Alam Mistik (JAM) yang dikasihi dan disayangi Allah S.W.T.

Blog ini di bina atas dasar memberikan pemahaman kepada masyarakat bahawa manusia di alam ini tidak bersendirian tetapi terdapat juga alam lain yang Allah ciptakan.

Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia dan semua makhluk diciptakan hanya untuk tunduk dan bersujud kepadaNya semata-mata.

Tiada makhluk pun yang kuat melainkan kekuatan itu datang dari keizinan Allah dan Allah tempat kita meminta pertolongan.

Oleh itu blog ini mengumpul koleksi pengalaman dan perjalanan saya sebagai perawat yang dikongsi kepada masyarakat ketika berhadapan dengan makhluk halus yang mengganggu manusia.

Blog ini juga masyarakat boleh menjadikan rujukan bagi mendapatkan ilmu berkaitan rawatan Islam dan makhluk halus yang mungkin membantu pemahaman yang lebih mendalam.

Blog ini tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan masyarakat tetapi malah ia mengandungi pelbagai ilmu yang bermanfaat untuk membentengi diri kita dari diganggu oleh kelompok jin dan syaitan.

Akhir kalam, saya berharap agar blog ini memberikan manfaat. Page ini merupakan platform panduan dan amalan tapi bukan untuk dijadikan pergantungan dan perlindungan. Sebagai manusia kita hanya mampu berusaha dan meminta supaya usaha kita dibantu dan hajat kita dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Selebihnya, Allah jualah tempat kita berserah.

Wassalam.

Ikhlas,
Ustaz Nazri Salleh
Pengasas Jejak Alam Mistik (JAM)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...