Bukan semua orang mampu berdepan dengan makhluk halus yang pelbagai bentuk dan rupa yang mengerikan. Kadang kala kehadirannya depan mata dalam keadaan yang tidak diduga. Setiap tugasan adalah unik dan itulah cabaran bagi team Jejak Alam Mistik di setiap lokasi rawatan. Setiap lokasi berbeza dan ada juga terletak dilokasi yang sangat jauh dan terpencil. Tidak hairanlah ada generasi terdahulu ambil ilmu bersaka bagi melindungi rumah, tanah dan keluarga bagi menjamin kelangsungan hidup. Kisah kali ini berkaitan dengan gangguan Saka pada sebuah keluarga setelah ketua keluarga meninggal dunia. Ahli keluarga menjadi bingung apabila ada gangguan makhluk halus dalam keluarga. Sebelum ini mereka tidak diberitahu langsung tentang apa-apa gangguan atau adanya Saka dalam keluarga. Balu alami gangguan sehingga sukar untuk solat dan mengaji. Adakala rasa ditekan ketika tidur dan mimpi yang mistik. Disebabkan gangguan ini ingatannya mulai susut untuk mengingati bacaan Quran. D...