Langkau ke kandungan utama

🔥🔥TANDA-TANDA DI SIHIR🔥🔥

Sihir merupakan satu tindakan dan usaha yang bersifat dengki, iri hati dan mencapai hajat dengan mohon bantuan dengan perantaraan dari golongan jin, syaitan dan iblis.


TANDA DISIHIR
1) Suka pada seseorang secara tiba-tiba.
2) Kerap mimpi seseorang dan sebut-sebut nama orang itu sehingga hatinya benar-benar terpaut yang teramat sangat.
3) Bertelagah antara suami isteri kerana orang ketiga.
4) Berlaku perceraian walau hati masih sayang dan keliru.
5) Jiwa kosong dan tiada perasaan.
6) Abai tanggungjawab dalam rumahtangga.
7) Wajah tiada seri.
8) Lupa pada keluarga.
9) Terlalu tunduk pada permintaan seseorang.
10) Bawah mata hitam kelihatan seolah-olah seperti lebam.
11) Tidak solat terutama solat Jumaat.
12) Marah-marah dan maki hamun walau dia bukan orang seperti itu.
13) Tidak menjaga kebersihan diri.
14) Sentiasa menyalahkan orang lain.
15) Produktiviti pekerjaan jatuh mendadak.
16) Terlalu kerap dan sentiasa ingin bersama dengan seseorang.
17) Lupa pada orang sekeliling.
18) Hanya berada dalam dunianya sahaja.
19) Bisa-bisa bahagian tubuh terutama perut.
20) Dari seorang baik berubah menjadi kasar secara mendadak.
21) Sentiasa sebut perkataan *tolong* tapi orang tak faham apa yang dimaksudkan.
22) Badan kurus dan berat badan turun mendadak.
23) Kedaan diri yang tidak terurus.
24) Fizikal kelihatan lemah walau sihat.
25) Berkeadaan runsing dan sasau.
26) Tidur berasingan antara suami isteri.
27) Bayi @ anak sentiasa menangis tanpa sebab dan menangis seperti dipukul.
28) Menyimpan sesuatu barang dengan penuh sayang keterlaluan.
29) Kerap sakit-sakit.
30) Keadaan diri yang sekejap ok, sekejap tidak.
31) Meracau bila melihat susuk makhluk yang mengerikan.
32) Terasa dikejar sesuatu yang menakutkan. 


JENIS-JENIS SIHIR
1) Sihir Pemisah Rumahtangga.
2) Sihir Pengasih @ Guna-guna.
3) Sihir Tipu Pandangan.
4) Sihir Racun @ Santau.
5) Sihir Kelesuan Badan.
6) Sihir Penghalang.
7) Sihir Penyakit.

BANTUAN RAWATAN
Bagi sesiapa sahaja yang mengalami kes seperti ini, insyaallah Ustaz Nas dan team JEJAK ALAM MISTIK akan bantu.

👉untuk dapatkan rawatan dengan Ustaz Nas sila hubungi di talian 0127152321 (whatsapp).

#rawatanjarakjauh #rawatanislam #rawatansyafaat #gangguanmakhlukhalus #jejakalammistik #ustaznas #perubatanislam #pusatperubatanislam #sihir #tandasihir

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...