Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel halau syaitan

🔥🔥"DEPAN KAABAH PUN AKU TAK AKAN KELUAR"🔥🔥| JEJAK ALAM MISTIK

Itulah ungkapan jin-jin kufur dan takbur dalam tubuh seorang pesakit wanita setelah beberapa kali ibu dan suaminya mencari perawat Islam (Ustaz) termasuk yang tersohor dari tanah air dan Mekah ketika umrah untuk pulihkan pesakit dari gangguan SAKA. Mendengar cerita itu dari suami pesakit, Ustaz Nas tersentak. Adakah mampu beliau pulihkan pesakit walhal semua perawat yang terbaik gagal pulihkan sepenuhnya pesakit dari Saka tersebut. Siapalah Ustaz Nas berbanding dengan perawat-perawat tersebut. Ustaz Nas tak boleh berpatah balik bila telah menjejakkan kaki ke rumah pesakit sebelum mencuba. Pelbagai perkara bermain difikiran Ustaz Nas samada mampu atau tidak. Berdasarkan cerita suaminya, ini bukan calang-calang Saka. Kali ini pasti menjanjikan sesuatu cabaran yang besar dan berbeza kepada Ustaz Nas dan team Jejak Alam Mistik. Hanya berbekalkan harapan, doa dan keyakinan kepada Allah, Ustaz Nas meneruskan rawatan ini dan cuba berdepan Saka tersebut. Rawatan Hat...

🔥🔥PONTIANAK DARI TEMPAT KERJA IKUT BALIK KE RUMAH🔥🔥

Seorang pesakit perempuan bersama suaminya datang berjumpa Ustaz Nas untuk mendapatkan rawatan selepas alami gangguan sehingga separuh tubuhnya sebelah kiri seolah-olah seperti stroke. Tangan dan kakinya sebelah kiri berat untuk bergerak tapi deria rasa masih ada. Seolah-olah lemah dan tak bermaya. Sebelum ini juga pesakit dapat mimpi berkaitan rambut sebanyak 2 kali tapi pesakit anggap itu hanya mainan tidur walhal mimpi ad alah 'hint' bagi sesuatu perkara yang terjadi pada diri kita. 2 minggu alami gangguan ini yang bimbang semakin teruk, suami iktiar cara Islam kerana yakin isterinya bukan alami sakit klinikal. Rawatan. Semasa Ustazah Ita scan, memang terdapat gangguan makhluk halus jenis Pontianak sedang menempel tubuh sebelah kirinya. Kemudian Ustaz Nas melakukan rawatan dengan menarik gangguan tersebut keluar dari tubuh. Setelah proses menarik keluar dijalankan, alhamdulillah pesakit mulai rasa ringan pada bahagian yang terkena gangguan tersebut....