Langkau ke kandungan utama

🔥🔥"DEPAN KAABAH PUN AKU TAK AKAN KELUAR"🔥🔥| JEJAK ALAM MISTIK


Itulah ungkapan jin-jin kufur dan takbur dalam tubuh seorang pesakit wanita setelah beberapa kali ibu dan suaminya mencari perawat Islam (Ustaz) termasuk yang tersohor dari tanah air dan Mekah ketika umrah untuk pulihkan pesakit dari gangguan SAKA.

Mendengar cerita itu dari suami pesakit, Ustaz Nas tersentak. Adakah mampu beliau pulihkan pesakit walhal semua perawat yang terbaik gagal pulihkan sepenuhnya pesakit dari Saka tersebut. Siapalah Ustaz Nas berbanding dengan perawat-perawat tersebut. Ustaz Nas tak boleh berpatah balik bila telah menjejakkan kaki ke rumah pesakit sebelum mencuba.

Pelbagai perkara bermain difikiran Ustaz Nas samada mampu atau tidak. Berdasarkan cerita suaminya, ini bukan calang-calang Saka. Kali ini pasti menjanjikan sesuatu cabaran yang besar dan berbeza kepada Ustaz Nas dan team Jejak Alam Mistik. Hanya berbekalkan harapan, doa dan keyakinan kepada Allah, Ustaz Nas meneruskan rawatan ini dan cuba berdepan Saka tersebut.

Rawatan
Hati berdebar memulakan rawatan kerana Ustaz Nas merasakan akan ada sesuatu yang besar akan berlaku. Saka dari badan pesakit mula berbicara sebelum ruqyah. 'mcm sama je dengan rawatan sebelum ni?' Ustaz Nas berkata 'Ya' sambil senyum. Dengan muka sombong Saka tersebut berkata 'tak payah la.. Buang masa je'.

Ustaz Nas memulakan ruqyah dan Saka tersebut tak merasakan apa-apa yang terkesan pada bacaan tersebut. Siap ikut lagi bacaan. Dasyat betul. Selesai bacaan Ustaz Nas 'offer' minum air doa yang telah dibacakan oleh Ustaz Nas namun di tolak Saka tersebut. Tahu pula takut nak minum.

Ustaz Nas meneruskan bacaan ayat panas kepada Saka tersebut namun masih sombong. Timbul perasaan amarah pada hati Ustaz Nas dan Ustaz Nas tahu perasaan amarah itu datang dari Allah S.W.T dan merasakan pertolongan Allah telah tiba. Satu perasaan pergerakkan tangan mencapai tongkat yang dibawa oleh Ustaz Nas yang berada di depannya dan kemudian tongkat itu ditusuk pada bahagian perut pesakit. Dengan tidak semena-mena Saka tersebut menjerit kepanasan.

Tongkat terus ditekan dan pesakit meronta-ronta dan saka menjerit-jerit. Itulah tanda amarah Allah kepada makhluk ciptaannya yang kufur dan takbur. Bagaikan bertemu buku dengan ruas. Ustaz Nas, Ustazah Ita dan anak lelaki Ustaz Nas bersama-sama menarik gangguan keluar dari tubuh pesakit. Tiada sikit waktu atau ruang untuk Saka tersebut 'bernafas'. Tiada tolak ansur. Rawatan diterus tanpa henti.

Selepas 3-4 jam bertarung, tarikkan terakhir dari Ustaz Nas berjaya menarik keluar sepenuhnya Saka tersebut. Semuanya dengan pertolongan Allah semata-mata. Semua pergerakkan adalah dari Allah. Tenaga dan kekuatan datang dari Allah. Semua yang dilakukan dengan izin Allah. Syukur Alhamdulillah. Memang benar, pertolongan Allah itu ada dan wujud. Allahuakbar!!!

Selesai Rawatan
Setelah memagar rumah, pesakit diminta mandi dengan wangian kasturi bagi memulihkan semangatnya. Semoga pesakit pulih dari gangguan dan peroleh kesihatan yang baik. Ucapan terima kasih tidak terhingga juga kepada suami pesakit kerana sepanjang rawatan beliau sangat memahami proses rawatan dan sangat baik melayani kami. Semoga Allah membalasnya dengan memberikan kehidupan yang lebih baik bersama isteri dan anak-anaknya. Aamiinn

Ikhlas,
Admin

*maaf tiada rakaman video dibenarkan ketika rawatan oleh pesakit sendiri bagi menjaga aibnya.

**Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...