🔥🔥SAKA BERPINDAH KEPADA ADIK SELEPAS KEMATIAN KAKAK🔥🔥 Bunyinya agak menakutkan bila gangguan SAKA menjadi punca kematian kakak pesakit ini dan kemudian saka tersebut memilih adiknya pula. Memang benar bila tubuh seseorang tidak kuat untuk menampung gangguan makhluk halus terutama kategori saka ianya sangat merbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian. Tandanya ialah bila seseorang itu sakit secara tiba-tiba dan terus terlantar tanpa sebab. Kebiasaannya pesakit tiada sejarah penyakit. Pesakit seolah-olah mengalami stroke secara tiba-tiba dan terus terlantar. Dalam beberapa minggu pesakit terus meninggal dunia. Inilah hakikat yang sebenarnya memang berlaku dalam masyarakat kita terutama orang melayu. Setelah di selidik rupa-rupanya keturunannya ada yang menjadi guru silat semasa dulu dan kemungkinan besar ada menggunakan pendamping dalam ilmu persilatannya itu. Dalam persilatan yang mengambil pendamping kebiasaanya akan diberikan makanan terutama pada asap kemenyan pada tubuh dan ke...