Sebelum ini Ustaz Nas pernah hadapi pesakit gila isim yang ketika itu pesakit seorang lelaki muda umur dalam lingkungan awal 20an. Tapi Ustaz Nas tidak mahu teruskan rawatan itu kerana untuk merawat pesakit yang gila isim perlukan beradu tenaga. Ustaz Nas tidak mahu bertempur dihadapan keluarganya. Keluarga mana yang mahu anaknya ditumbuk atau bergelut sehingga boleh menyebabkan risiko lain yang lebih bahaya pa da orang sekeliling. Pesakit kali ini juga alami gangguan isim dari ilmu persilatan namun pesakit sudah tua dan tenaga yang sudah kurang. Jadi bolehlah dikawal tanpa mendatangkan risiko yang lebih bahaya. Sebelum datang pun Ustaz Nas tidak tahu pesakit alami isim cuma tahu berkaitan dengan saka sahaja. Semasa rawatan pesakit sudah mula membentak bentak anaknya supaya disuruh hantar keluar rumah namun anak berkeras mahu ayahnya dirawat. Pelbagai provokasi secara fizikal dan psikologi digunakan oleh pesakit kepada anak-anaknya, Ustaz Nas dan Ustazah It...