Langkau ke kandungan utama

🔥🔥ILMU ISIM TAK DIBUANG JADI GANGGUAN JIWA🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Sebelum ini Ustaz Nas pernah hadapi pesakit gila isim yang ketika itu pesakit seorang lelaki muda umur dalam lingkungan awal 20an. Tapi Ustaz Nas tidak mahu teruskan rawatan itu kerana untuk merawat pesakit yang gila isim perlukan beradu tenaga.

Ustaz Nas tidak mahu bertempur dihadapan keluarganya. Keluarga mana yang mahu anaknya ditumbuk atau bergelut sehingga boleh menyebabkan risiko lain yang lebih bahaya pada orang sekeliling. 

Pesakit kali ini juga alami gangguan isim dari ilmu persilatan namun pesakit sudah tua dan tenaga yang sudah kurang. Jadi bolehlah dikawal tanpa mendatangkan risiko yang lebih bahaya. Sebelum datang pun Ustaz Nas tidak tahu pesakit alami isim cuma tahu berkaitan dengan saka sahaja.

Semasa rawatan pesakit sudah mula membentak bentak anaknya supaya disuruh hantar keluar rumah namun anak berkeras mahu ayahnya dirawat. Pelbagai provokasi secara fizikal dan psikologi digunakan oleh pesakit kepada anak-anaknya, Ustaz Nas dan Ustazah Ita supaya elak dirawat.

Semasa pemeriksaan diluar rumah, terakam jari makhluk halus yang dipanggil MAWAS. Pada ketika itu team Jejak Alam Mistik tidak perasan tetapi setelah proses editing baru perasan rakaman tersebut. Penampakan jari mawas tersebut sangat jelas dan bagaikan bermain-main dengan cahaya lampu kamera. Jelas jari yang besar dan tangan yang berbulu.

Diakhir rawatan, menantu pesakit pula alami gangguan. Ustaz Nas terus buat rawatan padanya dan gangguan tersebut berada di tangan kanannya. Tangan bergerak sendiri bila diruqyah dan kekuatan bukan datang dari kekuatan manusia. Berhempas pulas Ustaz Nas tarik gangguan tersebut keluar dari tubuh pesakit.

Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video rawatan pada kisah ini.

Tonton rakaman video ini:


🔴Selepas tonton jangan lupa SUBSCRIBE Channel Ustaz Nas ini dan tekan 🔔 di YouTube untuk dapatkan notifications video-video terbaru akan datang.
🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...