Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel rawatan buang sihir

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...

Cara Menghilangkan sihir di kawasan perniagaan.

Perkongsian surah-surah dan kaedahnya oleh Ustaz Nas. Berguna kepada semua termasuk untuk rumah juga. Saksikan perkongsiannya disini:

🔥🔥MERUNGKAI IKATAN SIHIR🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Tidak semua perkara mistik dapat dirungkai dan difahami. Semua bergantung kepada keizinan Allah jua semata-mata. Ada kes senang dirungkai dan ada sesetengah tiada petunjuk. Walau apa pun team JAM dan Ustaz Nas tetap menjalankan rawatan kepada pesakit yang sangat berharap dibantu. Pesakit kali ini dari Singapura yang hadapi gangguan sihir yang agak sukar dirungkai apa jenis sihir dan tujuan sihir tersebut. Sudah bertahun pesakit hadapi sihir tersebut sehingga semangatnya hilang dan rasa dirinya kosong. Terdapat juga saka tetapi saka tersebut tidak menjadi masalah utama kepada pesakit. Namun saka tersebut juga dipisahkan dari diri pesakit supaya tidak menjadi asbab gangguan lain ganggu pesakit. Semasa proses rawatan Ustazah Ita ada terhidu bau kapur barus. Bau tersebut ada kaitan dengan gangguan ini. Tanda gangguan berada diluar tubuh pesakit. Ini memudahkan proses pembersihan nanti. Semasa proses pembersihan, Ustazah ita juga terdengar bunyi suara anak ayam. Bunyi ...

🔥🔥ROH BUDAK KASIHANKAN PESAKIT KERANA DISIHIR🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Jarang kita ketahui bahawa ada roh yang tidak diangkat ke langit ada dikalangan budak-budak. Kadang-kadang terfikir juga budak-budak ada buat dosa ke? Mustahil kerana mereka belum akil baligh. Apa pun hanya Allah sahaja yang tahu rahsianya. Pesakit kali ini alami gangguan sihir selama setengah tahun. Pesakit alami gangguan pada bahagian perut terutama pada bahagian salur najisnya. Pesakit alami sukar kawal b uang air besar dan kecil. Badan juga semakin kurus dan lemah seluruh anggota badan. Pelbagai usaha sebelum ini isterinya dapatkan rawatan dari pelbagai perawat namun masih belum temui kesembuhan. Sungguh kuat semangat mereka menempuhi segala dugaan ini. Hanya mereka sahaja yang tahu. Semasa pemeriksaan rumah memang terdapat kehadiran makhluk halus seperti Pontianak berkeliaran dan diberitahu juga anak-anak pesakit melihat susuk tubuh Pontianak berlegar-legar dibilik tidur waktu malam. Ustazah Ita juga dapat kenal pasti ada satu roh kanak-kanak juga berada dalam...

🔥🔥DISIHIR SAKA JIRAN KERANA IRIHATI🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Pada asalnya hubungan antara jiran dengan keluarga pesakit sangat baik tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini perubahan sikap jirannya semakin menjadi-jadi sehingga kerap berlaku pertengkaran. Mulanya pesakit tidak mahu menuduh sesiapa pun tetapi setelah Ustazah Ita scan ternyata ini semua angkara saka milik jirannya tetapi pesakit tidak tahu apa sebab punca menjadikan jirannya itu sangat membencinya. Ustaz Nas minta Ustazah Ita buat proses Meraga Sukma untuk bertanya kepada saka tersebut sebab apa puncanya. Ustaz Nas sangat tidak suka dengan sikap irihati sehingga membawa kepada perbuatan sihir. Setelah proses Meraga Sukma, Ustazah Ita mengatakan puncanya ialah kerana irihati kepada pesakit dan pasangan kerana bahagia. Allahuakbar... Hanya kerana itu boleh terjadi perbuatan sihir terhadap pesakit dan keluarganya. Itulah sikap saka yang suka sangat melaga-lagakan manusia sehingga menghasut untuk melakukan perbuatan sihir sesama manusia. Betapa jahat dan...

🔥🔥SIHIR PENDULUM?🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Diceritakan seorang pesakit ini telah dikenakan sihir pendulum sejak 8 tahun lamanya. Pelbagai perawat dan cara rawatan telah diikhtiarkan namun Allah masih belum temukan kesembuhan. Sebelum terkena sihir ini, pesakit menceritakan dia sedang berlari anak untuk ke keretanya di parking lot taman perumahan ketika waktu hujan renyai. Sedang menuju ke keretanya itu tiba-tiba dia terasa ada sesuatu yang menolaknya ke depan sehingga tersungku r jatuh dan berdarah pada bahagian bahu dan beberapa bahagian yang lain.  Pada ketika itu dia sangat pasti yang dia tidak tersadung apa-apa atau terlanggar sesuatu ketika berlari anak itu. Tiada apa-apa halangan dihadapan. Jalan juga tidak licin kerana hujan baru sahaja renyai-renyai. Selepas kejadian itulah dia alami komplikasi seperti sukar berjalan, sukar bercakap, sukar berdiri dan kaki lemah. Seperti alami simptom stroke tetapi tidak teruk. Pihak hospital juga buntu apakah sakit yang dialami dan pelbagai ujian telah dijala...

🔥🔥GANGGUAN SIHIR SUAMI HAMPIR DITIKAM🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Kes kali ini agak berat kerana melibatkan sihir pemisah yang menggunakan jin sihir bersayap. Seorang suami telah menjemput Ustaz Nas untuk merawat isterinya yang alami gangguan sihir sejak melahirkan anak ke 3 pada 6 bulan lepas. Setibanya ke rumah pesakit, saya dapati rumahnya sangat tidak terurus dek kerana gangguan pada isterinya yang tidak suka persekitaran yang bersih dan kemas. Malah dia akan meradang kalau di kemas. Suami pesakit juga pernah hampir ditikam dengan pisau dan sejak itu juga keadaannya bertambah membimbangkan. Situasi ini juga bahaya pada anak-anaknya dan ada yang masih bayi. Dari situ suami berusaha untuk pulihkan isterinya secara Islam. Rawatan Pesakit tidak mahu mengadap Ustaz Nas untuk dirawat dan dia enggan. Keadaan ini tidak boleh dipaksa namun perlu guna teknik menarik gangguan dalam tubuhnya secara jarak jauh dan secara batin. Jika pesakit dipaksa bimbang dia akan lebih agresif dan membahayakan. Mungkin juga akan berlaku kekecohan ya...