Langkau ke kandungan utama

🔥🔥SIHIR PENDULUM?🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Diceritakan seorang pesakit ini telah dikenakan sihir pendulum sejak 8 tahun lamanya. Pelbagai perawat dan cara rawatan telah diikhtiarkan namun Allah masih belum temukan kesembuhan.

Sebelum terkena sihir ini, pesakit menceritakan dia sedang berlari anak untuk ke keretanya di parking lot taman perumahan ketika waktu hujan renyai. Sedang menuju ke keretanya itu tiba-tiba dia terasa ada sesuatu yang menolaknya ke depan sehingga tersungkur jatuh dan berdarah pada bahagian bahu dan beberapa bahagian yang lain. 

Pada ketika itu dia sangat pasti yang dia tidak tersadung apa-apa atau terlanggar sesuatu ketika berlari anak itu. Tiada apa-apa halangan dihadapan. Jalan juga tidak licin kerana hujan baru sahaja renyai-renyai.

Selepas kejadian itulah dia alami komplikasi seperti sukar berjalan, sukar bercakap, sukar berdiri dan kaki lemah. Seperti alami simptom stroke tetapi tidak teruk. Pihak hospital juga buntu apakah sakit yang dialami dan pelbagai ujian telah dijalankan namun keputusannya masih tiada apa-apa.

Selepas dari itu pesakit juga mencuba rawatan tradisional dan secara Islam dimerata tempat termasuk di Malaysia dan Singapura namun masih belum dapat kesembuhan. Ada perawat yang mengatakan dia dikenakan sihir pendulum. Jin sihir tiada pada tubuh tetapi disihir menggunakan patung dan digantung di sesuatu lokasi.

Sejak dari itu dia yakin yang dia disihir dan berusaha mencari perawat walau makan masa bertahun. Dia yakin akan menemui seseorang yang mampu membongkar misteri itu. Lalu Ustaz Nas dan team Jejak Alam Mistik dipanggil untuk membuat pemeriksaan dan rawatan. Semoga usaha ini memberikan jalan kesembuhan selamanya dengan izin Allah.

Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video rawatan pada kisah ini.

Tonton rakaman video ini:


🔴Selepas tonton jangan lupa SUBSCRIBE Channel Ustaz Nas ini dan tekan 🔔 di YouTube untuk dapatkan notifications video-video terbaru akan datang.
🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

🔥🔥WAFAK JADI PUNCA GANGGUAN MAKHLUK HALUS? 🔥🔥

Isu wafak ini mungkin ada yang tak setuju dengan pandangan saya ini tapi apa yang akan saya tulis ini berdasarkan 100% pengalaman saya dalam bidang rawatan. Maaf jika ada yang tersinggung namun inilah hakikat yang ingin saya kongsikan.  Wafak atau Rajah merupakan sebahagian ilmu hikmah atau ilmu batin. Pengamal wafak ni mengambil dari potongan ayat-ayat Al-Qur'an. Kemudian mereka meletakkan ayat-ayat itu dalam wafak atau rajah yang biasanya berbentuk Piramid, Selipar Nabi Muhammad (katanya) dan ada kalanya berbentuk manusia, jin bertanduk, naga, pedang dan bermacam2 lagi. Pada hikmah dan pandangan saya kenapa perlu ayat-ayat suci Al-Qur'an diletakkan dalam bentuk wafak. Contoh.. Kenapa ayat suci Al-Qur'an perlu diletak dalam bentuk selipar nabi sedangkan kesucian ayat-ayat Al-Qur'an perlu dijunjung dan bukan tarafnya pada kaki. Jadi ini menunjukkan satu taktik tipu daya syaitan dan iblis pada umat Islam untuk menghina martabat dan kesucian Islam...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...