Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel rakaman

🔥🔥JIN BERGETAR DENGAR RUQYAH | JEJAK ALAM MISTIK🔥🔥

 *atau klik link ini untuk tonton rakaman: https://youtu.be/fBb3uV4hPQg Sihir yang berkaitan dengan rumahtangga kerap Ustaz Nas terima dalam rawatan. Ada yang masih baru dan lama. Kalau kes dah teruk sampai cerai berai dan duduk berasingan itu memang susah dan makan masa sikit itu pun dengan izin Allah. Kes ini juga berkaitan dengan sihir rumahtangga namun apabila Ustaz Nas scan keputusannya sama-samar untuk ketahui siapakah yang menyihir namun secara kasarnya dia di sihir oleh orang terdekatnya antara kawan-kawan dan sedara mara atau adik bradik. Sihir ini juga sudah lama. Wallahu'alam. Pesakit sebelum ini mengatakan simptom sihir ada banyak pada isterinya. Telah banyak tempat berubat tapi masih tetap tiada perubahan. Semasa bertemu dengan Ustaz Nas keputusannya berbeza.. Penyihir menyihir suami dan isteri pula hanya kena tempias sihir suami. Semasa pesakit diruqyah, tubuhnya menunjukan tidak balas dan yang paling ketara tangan kirinya bergetar seolah-olah menggigil. Maka tern...

Gangguan SAKA Silat

🔥🔥SAKA BERPINDAH KEPADA ADIK SELEPAS KEMATIAN KAKAK🔥🔥 Bunyinya agak menakutkan bila gangguan SAKA menjadi punca kematian kakak pesakit ini dan kemudian saka tersebut memilih adiknya pula. Memang benar bila tubuh seseorang tidak kuat untuk menampung gangguan makhluk halus terutama kategori saka ianya sangat merbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian. Tandanya ialah bila seseorang itu sakit secara tiba-tiba dan terus terlantar tanpa sebab. Kebiasaannya pesakit tiada sejarah penyakit. Pesakit seolah-olah mengalami stroke secara tiba-tiba dan terus terlantar. Dalam beberapa minggu pesakit terus meninggal dunia. Inilah hakikat yang sebenarnya memang berlaku dalam masyarakat kita terutama orang melayu. Setelah di selidik rupa-rupanya keturunannya ada yang menjadi guru silat semasa dulu dan kemungkinan besar ada menggunakan pendamping dalam ilmu persilatannya itu. Dalam persilatan yang mengambil pendamping kebiasaanya akan diberikan makanan terutama pada asap kemenyan pada tubuh dan ke...

RAKAMAN FILEM PENDEK

🎥 🎥 RAKAMAN FILEM PENDEK 🎬 🎬   Assalamualaikum kepada semua follower JAM semoga Allah S.W.T sentiasa memberi rahmat kepada kita. Untuk makluman semua saya akan terlibat dalam projek filem pendek yang di kelolakan oleh produksi house dari Johor Bahru. Jalan cerita berkaitan kisah seram dan suspen yang pengambarannya dijalankan di Kampung Lukut, Kota Tinggi selama seminggu. Saya terlibat dalam beberapa babak dan saya juga diminta menjaga semua crew dan pelakon sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini kerana banyak babak dilakukan pada waktu malam. Ini adalah peluang yang tidak akan saya lepaskan yang pastinya menjanjikan pengalaman yang cukup menarik untuk dikongsi bersama nanti. Semoga saya dan semua yang terlibat nanti akan mendapat kejayaan bersama.. Amin.. Ikhlas, Ustaz Nas 0127152321 (wasap)