Langkau ke kandungan utama

🔥🔥JIN BERGETAR DENGAR RUQYAH | JEJAK ALAM MISTIK🔥🔥

 *atau klik link ini untuk tonton rakaman: https://youtu.be/fBb3uV4hPQg

Sihir yang berkaitan dengan rumahtangga kerap Ustaz Nas terima dalam rawatan. Ada yang masih baru dan lama. Kalau kes dah teruk sampai cerai berai dan duduk berasingan itu memang susah dan makan masa sikit itu pun dengan izin Allah.

Kes ini juga berkaitan dengan sihir rumahtangga namun apabila Ustaz Nas scan keputusannya sama-samar untuk ketahui siapakah yang menyihir namun secara kasarnya dia di sihir oleh orang terdekatnya antara kawan-kawan dan sedara mara atau adik bradik. Sihir ini juga sudah lama. Wallahu'alam.

Pesakit sebelum ini mengatakan simptom sihir ada banyak pada isterinya. Telah banyak tempat berubat tapi masih tetap tiada perubahan. Semasa bertemu dengan Ustaz Nas keputusannya berbeza.. Penyihir menyihir suami dan isteri pula hanya kena tempias sihir suami.

Semasa pesakit diruqyah, tubuhnya menunjukan tidak balas dan yang paling ketara tangan kirinya bergetar seolah-olah menggigil. Maka ternyata sihir tersebut memang dituju pada suaminya. Tetapi yang menghairankan Ustaz Nas ialah kenapa kali ini samar-samar gambaran penyihirnya.

Selepas beberapa minit merawat pesakit, Ustaz Nas mendapat alamat bahawa mungkin penyihir hanya buat sekali, mungkin penyihir sudah taubat atau penyihir sudah mati.. Wallahu'alam. Biarlah urusan ini diserahkan pada Allah. Semoga ada hikmah disebalik semua ini.

Ustaz Nas doakan semoga hubungan pesakit dengan isteri kembali terjalin semula seperti sedia kala atau lebih baik dari mula-mula bercinta. Lebih mesra dan bahagia.. Amin..

Ikhlas,
Admin.

👉🏻Untuk dapatkan rawatan dengan Ustaz Nas sila hubungi di talian 0127152321 (whatsapp).

#rawatanislam #sihir #rawatansyafaat #rawatanalternatif #gangguanmakhlukhalus #jejakalammistik #ustaznas  #rumahtangga #suamiisteri #jodoh

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...