Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jejak mistik

🔥🔥RUMAH DI TINGGALKAN KERANA PENGHUNI ALAMI PELBAGAI GANGGUAN🔥🔥 | JOHOR

Kesan gangguan pada diri seseorang mampu memberikan tekanan dan trauma yang amat buruk sekali sehingga mampu membawa kepada kematian. Kesan fizikal dan mental memberikan impak yang besar terhadap sesebuah keluarga samada kepada yang kecil atau dewasa apatah lagi membawa kematian kepada salah seorang ahli keluarga. Kematian ibu yang dikasihi disebabkan oleh gangguan memberikan tamparan yang besar kepada ahli keluarga ini. Bingung dengan keadaan ini mereka berusaha juga memulihkan gangguan yang menghantui keluarga ini walau setelah kematian ibu. Semasa hayat ibu, mereka berusaha juga berubat di merata tempat tetapi tidak memberikan kesan kepada gangguan tersebut malah gangguan semakin menjadi-jadi dan melampaui batas. Sehinggalah kesannya membawa kepada kematian. Rata-rata perawat mengatakan disebabkan gangguan sihir yang dihantar namun tidak diketahui oleh siapa. Namun pemeriksaan Team Jejak Alam Mistik mendapati mereka alami gangguan dari saka keturunan. Itu adalah punca u...

🔥🔥SAKA NENEK TUA DAH TUA NAK MELAWAN🔥🔥 | JOHOR

Seorang suami menceritakan berkenaan gangguan yang dialami oleh isterinya sejak bertahun-tahun lamanya. Pada mulanya Isteri kerap alami kegatalan pada bahagian tangan kanan. Tangan yang gatal itu macam tiada sebab ia gatal tapi tetap rasa gatal. Tiada penyakit kulit walau sudah buat pemeriksaan kesihatan di klinik. Isterinya pun di bawa ke tempat rawatan islam untuk dapatkan rawatan. Selepas di bawa ke tempat perawat pulihnya hanya pada waktu yang sementara. Seminggu kemudian akan alami semula rasa gatal tersebut. Berulang-ulang ke tempat perawat hasilnya tetap sama. Perawat hanya kata gangguan biasa. Akhirnya mereka pasrah dan putus asa. Sehinggalah mereka mendapat zuriat yang ketiga, gangguan semakin menjadi-jadi. Tangan semakin gatal-gatal, anak semakin menangis setiap malam, isteri mula melihat kelibat nenek tua dan isteri juga mulai alami pendarahan tanpa sebab pada bahagian dubur. Bila mereka alami gangguan teruk itu, mereka terpaksa juga cari perawat untuk dapa...

🔥🔥SANGKAAN JIN BAIK DALAM RUMAH HANYA TIPU DAYA🔥🔥 | JOHOR

Ramai diantara kita yang bergelar manusia mudah di manipulasi terutama oleh golongan jin supaya menerima kehadiran mereka dikalangan manusia sehingga dianggap kawan, sahabat, saudara dan keluarga. Walhal kehadiran jin dikalangan manusia banyak mendatangkan keburukan malah menambah dosa-dosa sehingga meminta pertolongan dan mengharap sesuatu selain dari Allah. Itu telah jatuh syirik kepada Allah. Firman Allah SWT : وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا Maksudnya : "Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan."(Surah al-Jin: ayat 6) Hukum meminta pertolongan, meminta sesuatu, bersahabat, dijadikan khadam, orang suruhan, dijadikan saudara dan seumpama dengannya adalah haram. Rawatan kali ini banyak memberikan iktibar dan pengajaran terutama kepercayaan dan keyakinan kita kepa...

HUKUM MEMINTA PERTOLONGAN DARI JIN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah sekalian, Firman Allah SWT : وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا   Maksudnya : "Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan."(Surah al-Jin: ayat 6) Ini merupakan isyarat bahawa satu kepercayaan yang lumrah dalam masyarakat jahiliah dan masih terus hingga ke zaman ini di dalam berbagai  masyarakat, iaitu kepercayaan yang menganggap makhluk jin itu mempunyai kuasa di atas alam bumi dan manusia, mempunyai qudrat kuasa mendatangkan manfaat dan mudarat dan meng...

🔥🔥ADIK AUTISM TAPI GANGGUAN DATANG DARI AKAK🔥🔥 | KUALA LUMPUR

Kebiasaannya pesakit yang sakit itu perlu di rawat tetapi orang yang sihat sebenarnya itu yang sakit dan perlu dirawat kerana gangguan bersembunyi dalam tubuhnya. Bunyi agak pelik tapi Itulah yang terjadi pada kisah kali ini pada sebuah keluarga. Pada mulanya Ustaz Nas dipanggil untuk merawat anak Autism yang dikatakan menjadi semakin hyperaktif sejak kebelakangan ini. Pelbagai usaha dan rawatan namun masih belum menampakan pengurangan. Setibanya di rumah mereka rupanya gangguan tersebut bersembunyi dalam tubuh akaknya. Adiknya menjadi semakin hyper disebabkan persekitarannya semakin banyak gangguan makhluk halus. Pada mulanya akaknya menangis kemudian mengigil ketakutan walhal Ustaz Nas dan Ustazah Ita belum memulakan rawatan. Baru buat persiapan untuk memulakan rawatan. Sebab itu buat rawatan di rumah pesakit lebih baik daripada ke tempat perawat. Gangguan utama adalah saka dari keturunannya tapi disebabkan ada saka tersebut maka banyaklah gangguan makhluk halus yang lain aka...

RAWATAN PEMULIHAN DARI GANGGUAN MAKHLUK HALUS, SAKIT MISTERI DAN SIHIR.

⚠️Senarai Gangguan Mistik 1) Saka keturunan. 2) Terasa diperhati ketika bersendiri. 3) Sihir. 4) Lebam-lebam tanpa sebab. 5) Mimpi seram, pelik dan yang berulang-ulang. 6) Sakit misteri. 7) Berdebar tanpa sebab. 8) Sukar tidur malam. 9) Dengar bisikan/suara. 10) Gangguan dalam rumah. Dan lain-lain berkaitan mistik & misteri. 🔴Disini Ustaz Nas telah menyediakan beberapa kaedah rawatan seperti berikut. ✅Pilihan Kaedah Rawatan. Terdapat 3 kaedah yang disediakan. 1) Guna produk Ustaz Nas iaitu Bio Syafaat yg telah didoakan untuk kesembuhan bagi segala penyakit termasuk gangguan makhluk halus dan sihir. 2) Temujanji rawatan dengan Ustaz Nas tapi kaedah rawatan ini ke rumah pesakit sahaja dan rumah dipagar skali. 3) Rawatan Jarak Jauh kaedah ini  tidak bertemu dengan perawat secara berdepan yang biasanya sebab lokasi jauh. Boleh pilih salah satu kaedah rawatan berdasarkan kemampuan. Insyaallah Allah permudahkan segala urusan setiap hamba-hambanya. Aamiinn....

🔥🔥DISANGKA ADA LAPAN SAKA RUPANYA SATU SAKA SAHAJA🔥🔥 | SELANGOR

Ustaz Nas mendapat panggilan seorang wanita meminta untuk memulihkan adik perempuannya dari gangguan saka. Gangguan itu menyebabkan adiknya kelihatan pucat dan nafas tercungap-cungap bagaikan dalam keadaan nazak. Saka tersebut dikatakan tidak mahu dipisahkan dan akan membawa adiknya mati bersamanya kalau dipaksa keluar dari tubuh. Keadaan itu semakin membimbangkan ahli keluarganya. Ustaz Nas juga diberitahu bahawa ada perawat yang merawat sebelum ini mengatakan adiknya ada gangguan lapan saka dalam tubuhnya. Kenyataan itu membuatkan Ustaz Nas terkejut dan anggap ini cabaran paling besar. Pelbagai juga usaha untuk pulihkan adiknya sebelum ini namun menemui jalan buntu. Ada yang menarik diri disaat akhir dan ada yang dikatakan telah di serang saka tersebut sebelum rawatan. Melihat situasi itu keluarganya bertambah bingung. Pesakit semakin lemah sehingga tidak makan selama 3 hari. Sehinggalah mereka diberitahu berkenaan rawatan oleh Ustaz Nas yang boleh merawat buang saka. Maka ...

🔥🔥SAKA JELMAAN EMAK MENCARI WARIS🔥🔥 | JOHOR

Seorang ibu telah meninggal dunia menyebabkan keadaan waris (anak-anak) menjadi haru biru. Bukan disebabkan kematiannya tetapi disebabkan saka peninggalannya. Diceritakan ketika ibunya meninggal bermacam-macam penampakkan dan gangguan yang dialami waris antaranya jelmaan arwah ibunya datang tetapi ia hadir secara berkembar. Satu kelihatan sakit seperti mana keadaan ibunya yang sakit ketika hayatnya dan satu lagi kelihatan sihat berdiri. Kehadiran jelmaan arwah yg sihat itu juga memberitahu bahawa dia menjaga arwah ketika hayatnya tetapi kini arwah dah tiada maka dia kena cari pengganti. Selepas diteliti oleh Ustaz Nas dan Ustazah Ita disahkan bahawa jelmaan ibunya yang sihat itu adalah saka dari ibunya. Saka tersebut datang dari turun temurun keturunan sebelah arwah ibunya. Semasa hayatnya kemungkinan ibunya tahu bahawa dia ada saka tapi tidak diberitahu kepada anak-anaknya. Bila tidak diberitahu inilah yang menjadikan keluarga haru biru. Masing-masing bingung dengan kedaan dan...

🔥🔥JIN SAKA GENGGAM TANGAN USTAZ NAS KETIKA RAWATAN🔥🔥 | SINGAPURA

Sepasangan suami isteri alami gangguan mistik sejak beberapa bulan yang lalu. Ketika pemeriksaan (scan) didapati isteri alami gangguan sihir dan suami alami gangguan saka keturunan yang tidak diketahuinya. Semasa suami menghantar isteri ke hospital, pihak hospital bingung dengan penyakit isterinya yang  alami sakit pada bahagian perut. Pelbagai kaedah pemeriksaan perubatan klinikal namun menemui jalan buntu. Setelah doktor mengesahkan tiada sakit pada isteri, suami hantar isteri buat rawatan secara Islam di beberapa tempat namun masih belum bertemu 'jodoh' dalam mengubati sakit isterinya itu. Gangguan sihir yang dialami oleh isteri agak pelik kerana sihir tersebut berkafan dan diikat dengan simpulan yang pelik. Ikatan kain tersebut telah dipastikan terletak pada bahagian perut isteri kata Ustazah Ita. Suaminya pula alami gangguan saka kerana mudah panas baran dan sering bertelagah sesama mereka. Semasa di hospital juga suami terakam 1 foto bersama isterinya kelihatan ad...

Cara Menghilangkan sihir di kawasan perniagaan.

Perkongsian surah-surah dan kaedahnya oleh Ustaz Nas. Berguna kepada semua termasuk untuk rumah juga. Saksikan perkongsiannya disini:

🔥🔥ADUHH!! PANAS.. PANAS.. PANAS🔥🔥 | JOHOR

Rintihan seorang pesakit wanita yang alami gangguan saka dalam tubuhnya sehingga terasa panas sangat. Wanita ini telah lama alami gangguan tetapi baru-baru ini sahaja dia alami situasi yang agak teruk. Apabila seseorang kerap mengabaikan gangguan yang dialami, lambat laun seseorang itu akan alami gangguan yang lebih teruk sehingga tahap meracau. Sebelum ini pesakit sudah lama alami lebam-lebam di kaki. Lebam tersebut tidak sakit tetapi ada miliki 2 mata bekas taring. Itu tanda gangguan makhluk halus telah hisap darah. Makhluk halus yang telah suka pada darah seseorang tersebut ia akan terus menghisap sehingga boleh alami kekurangan darah dalam badan. Ini terbukti apabila pesakit alami kemalangan dirumah. Kakinya terbelah besar namun tiada darah yang keluar. Hanya isi daging sahaja yang kelihatan. Sejak dari itu pesakit mulai alami lemah tubuh badan dan sentiasa meracau kerap pada waktu malam. Melihat situasi itu anak pesakit mulai bimbang dan syak ibunya alami gangguan makhluk ...

🔥🔥BUANG SAKI BAKI KESAN SIHIR🔥🔥 | SELANGOR

Pesakit kali ini mengalami gangguan kesan sihir dan saka dari perbuatan arwah suaminya dulu. Arwah suaminya pernah ambil ilmu pengasih dan mangsa ilmu pengasih berdendam kemudian di hantar sihir untuk binasakan semua ahli keluarganya. Saka yang dialami pesakit datang dari amalan yang diambil oleh arwah suaminya dulu. Pesakit dan anak-anak terpaksa menanggung perbuatan arwah dulu hingga kini. Bukan niat untuk memburukkan si mati tetapi ini sebagai pengajaran kepada masyarakat diluar sana. Inilah kesan bila ambil sesuatu ilmu atau apa-apa azimat yang menyekutukan Allah, keluarga dan anak-anak jadi mangsa. Dengan pendedahan ini diharap sesiapa yang ada ambil ilmu atau simpan azimat untuk pelbagai tujuan yang menyekutukan Allah, silalah bertaubat dengan segera sebelum ilmu dan azimat tersebut makan diri kamu sendiri. Inilah kesan teruk yang mendalam kepada keluarga sehingga menganggu emosi kerana mereka terpaksa menjalani kehidupan yang sukar. Sentiasa sakit, rezeki terhalang, emos...

RAWATAN PEMULIHAN DARI GANGGUAN MISTIK DAN SIHIR.

👉🏻Senarai Gangguan Mistik 1) Saka keturunan. 2) Terasa diperhati ketika bersendiri. 3) Pendamping. 4) Lebam-lebam tanpa sebab. 5) Mimpi seram, pelik dan yang berulang-ulang. 6) Sakit misteri. 7) Berdebar tanpa sebab. 8) Sukar tidur malam. 9) Dengar bisikan/suara. 10) Lihat kelibat makhluk halus. Dan lain-lain berkaitan mistik & misteri. 🔴Disini Ustaz Nas telah menyediakan beberapa kaedah rawatan seperti berikut. ✅Pilihan Kaedah Rawatan. Terdapat 3 kaedah yang disediakan. 👉🏻Guna produk Ustaz Nas iaitu Bio Syafaat yg telah didoakan untuk kesembuhan bagi segala penyakit termasuk gangguan makhluk halus dan sihir. 👉🏻Temujanji rawatan dengan Ustaz Nas tapi kaedah rawatan ini ke rumah pesakit sahaja dan rumah dipagar skali. 👉🏻Rawatan Jarak Jauh kaedah ini  tidak bertemu dengan perawat secara berdepan yang biasanya sebab lokasi jauh. Boleh pilih salah satu kaedah rawatan berdasarkan kemampuan. Insyaallah Allah permudahkan segala urusan setiap hamba-h...

🔥🔥MENGABAIKAN TANDA GANGGUAN PESAKIT TERLANTAR KAKU🔥🔥 | JOHOR

Seorang pesakit wanita tua sebelum ini alami tanda-tanda gangguan antaranya ditolak oleh sesuatu sehingga jatuh. Pesakit kerap alami gangguan ditolak tersebut beberapa kali tetapi pesakit tidak endahkan. Seperti yang diceritakan oleh anaknya pesakit juga alami sesuatu lendir didalam kepala. Selepas pemeriksaan hospital, doktor mengesahkan itu bukan pendarahan tetapi ada sesuatu lendir. Anak-anaknya menolak untuk dibedah kerana risiko yang tinggi. Pada pendapat Ustaz Nas, kadang kala sesuatu perkara itu terjadi kerana keberadaan makhluk halus didalam tubuh pesakit. Ada kes ternampak sesuatu pada hasil scan dari hospital penampakan sesuatu yang pihak hospital sendiri tidak mengenal pasti perkara tersebut. Sekiranya pihak hospital sendiri tidak kenalpasti sudah tentu itu adalah disebabkan oleh gangguan makhluk halus. Ini berdasarkan pengalaman Ustaz Nas dalam bidang rawatan secara Islam. Pesakit terlantar kaku kerana terlalu banyak makhluk halus yang duduk dalam tubuhnya. Keberada...

🔥🔥SIAPA YANG MENGINTAI?!🔥🔥 | JOHOR

Berikut rakaman pemeriksaan rumah seorang nenek tua yang alami gangguan rumah juga sukar tidur kerana sering diganggu terutama waktu malam. Nenek tua tersebut tidak alami simptom gangguan dalam diri hanya alami sakit-sakit ringan dan biasa sahaja. Rakaman rawatan tidak disertakan kerana tiada gangguan berat yang dialami. Cukup sekadar rakaman pemeriksaan rumah dan menunjukkan penampakan pada rakaman video sahaja. Ini bukti bahawa kita tidak berseorangan dalam alam ini dan kita berkongsi dengan makhluk halus yang hanya dipisahkan secara lahiriah sahaja. Allah menciptakan manusia dan jin hanya untuk beribadah kepadaNYA. Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video pemeriksaan pada kisah ini. Tonton rakaman video ini: 🔴Selepas tonton jangan lupa 'SUBSCRIBE' 'LIKE' & 'SHARE' CHANNEL 'JEJAK ALAM MISTIK' ini dan tekan 🔔 untuk dapatkan notifications video-video terbaru akan datang. 🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz N...

🔥🔥AMUKKAN GANGGUAN DALAM RUMAH MENYERAH DIRI🔥🔥 | SELANGOR

Kes kali ini agak mencabar apabila Ustaz Nas diberitahu ada gangguan dalam rumah yang sangat berat sehingga ramai perawat sebelum ini yang menyerah diri, gagal, sakit dan meninggal dunia. Subhanallah. Dikatakan merata perawat cuba pulihkan rumah dan keluarga tersebut namun ramai yang tidak mampu teruskan. Malah ada yang dikatakan ditolak oleh makhluk halus sehingga jatuh berguling dibuatnya. Dikatakan juga ada perawat yang mendiamkan diri dan tidak dapat dihubungi. Ustaz Nas juga diberitahu ada perawat yang duduk terdiam dan kaku bila dicabar oleh makhluk halus tersebut. Melihat keadaan itu keluarga tersebut tidak meneruskan rawatan. Allahuakbar.. Hebat sungguh cabaran ini bisik hati Ustaz Nas. Sebelum sampai ke rumah pesakit, pelbagai jangkaan yang terbayang dalam benak fikiran Ustaz dan team JAM. Siapalah Ustaz Nas kalau dah ramai perawat sebelum ini mencuba gagal malah ada yang meninggal dunia. Kebanyakan perawat sebelum ini berpengalaman dan lebih lama dalam bidang rawatan Is...

🔥🔥DIHIMPIT JIN ASYIK GADIS ALAMI MINOR STROKE🔥🔥 | JOHOR

Pendapat mengatakan 'aku tak ganggu dia, dia tak ganggu aku'. Itu merupakan pandangan yang salah kerana jin (kufur), syaitan dan iblis tidak akan berhenti ganggu manusia sehingga kiamat. Itulah janji mereka kepada Allah pada mula-mula manusia dicipta. Sekiranya anda alami simptom gangguan jangan abaikan perkara tersebut sesungguhnya gangguan jin, syaitan dan iblis mampu mencacatkan dan melumpuhkan tubuh manusia. Matlama t mereka supaya manusia tidak boleh solat dan menyesatkan hati dari jalan Allah.  Kes kali ini seorang gadis alami minor stroke selepas beberapa tahun alami gangguan jin asyik sejak dia masuk IPT dan gangguan bermula di asrama tersebut. Jin asyik adalah istilah bagi jin yang asalnya tidak bertuan, berkeliaran yang suka kepada seseorang manusia dan berkeinginan memiliki manusia tersebut walhal mereka berbeza alam. Bila jin tersebut tidak sedar diri menjadikan mangsa terbeban dari segi fizikal sehingga mengalami minor stroke kerana fitrah...

🔥🔥TERBEBAN DENGAN PEMILIK PELARIS DULU🔥🔥 | SELANGOR

Di Malaysia sihir dan pelaris sangat sinonim sekali dalam perniagaan samada yang Islam atau bukan Islam. Masing-masing hadapi masalah yang sama cuma bezanya kuat atau tidak pemilik perniagaan tersebut untuk bertahan lama. Berbeza dengan kes kali ini, peniaga ini mudah kena gangguan sihir dikedainya disebabkan penyewa permis peniaga dulu meninggalkan pelarisnya begitu sahaja walau sudah berpindah atau tidak berniaga lagi. Peniaga ini adalah penyewa baru dan tidak mengetahui perkara tersebut sehinggalah perkara ini didedahkan oleh team Jejak Alam Mistik ketika dipanggil untuk pulihkan kedainya. Perniaga dulu menggunakan pelaris tulang anjing untuk melariskan kedainya. Perkara syirik ini tidak diketahui samada bekas penyewa tersebut adalah Islam atau tidak. Apabila penyewa tersebut tidak lagi menyewa, penyewa baru menjadi mangsa dan terbeban dengan pelaris tersebut. Ini menjadikan penyewa baru terdedahkan dengan ancaman sihir samada secara langsung atau tidak. ...

🔥🔥MENENTANG HASUTAN BISIKAN SYAITAN🔥🔥 | TERENGGANU

Setiap pesakit yang alami gangguan jin, syaitan dan iblis berlainan tindak balasnya. Ada yang hanya mendengar bisikan, penampakan kelibat, gangguan ketika tidur dan yang paling popular histeria dan kerasukan. Pesakit kali ini menjadi mangsa bagi gangguan untuk menyesatkan akidahnya kepada Allah S.W.T dengan cara menyamar jadi orang alim dan cuba menghasutnya ke jalan yang salah. Pesakit rajin beramal ibadah kepada Allah sebelum alami gangguan ini namun kerajinan dan ketekunannya menjadi ujian baginya sehingga alami gangguan tindak balas diluar kawal. Apakah tindak balas luar kawalnya? Tidak dapat diceritakan melalui text. Silalah tonton video rakaman rawatan ini untuk gambaran yang lebih jelas. Dibilik pesakit penuh dengan tulisan pendidikan Islam seperti selawat, cara wuduk, cara doa dan lain-lain lagi. Diberitahu pesakit lakukan semua itu bagi memudahkan dia ingat dan amalkan dengan betul dan tidak terikut dengan bisikan syaitan yang suruhnya ubah bacaan dan c...

🔥🔥MERUNGKAI IKATAN SIHIR🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Tidak semua perkara mistik dapat dirungkai dan difahami. Semua bergantung kepada keizinan Allah jua semata-mata. Ada kes senang dirungkai dan ada sesetengah tiada petunjuk. Walau apa pun team JAM dan Ustaz Nas tetap menjalankan rawatan kepada pesakit yang sangat berharap dibantu. Pesakit kali ini dari Singapura yang hadapi gangguan sihir yang agak sukar dirungkai apa jenis sihir dan tujuan sihir tersebut. Sudah bertahun pesakit hadapi sihir tersebut sehingga semangatnya hilang dan rasa dirinya kosong. Terdapat juga saka tetapi saka tersebut tidak menjadi masalah utama kepada pesakit. Namun saka tersebut juga dipisahkan dari diri pesakit supaya tidak menjadi asbab gangguan lain ganggu pesakit. Semasa proses rawatan Ustazah Ita ada terhidu bau kapur barus. Bau tersebut ada kaitan dengan gangguan ini. Tanda gangguan berada diluar tubuh pesakit. Ini memudahkan proses pembersihan nanti. Semasa proses pembersihan, Ustazah ita juga terdengar bunyi suara anak ayam. Bunyi ...