Langkau ke kandungan utama

🔥🔥AMUKKAN GANGGUAN DALAM RUMAH MENYERAH DIRI🔥🔥 | SELANGOR

Kes kali ini agak mencabar apabila Ustaz Nas diberitahu ada gangguan dalam rumah yang sangat berat sehingga ramai perawat sebelum ini yang menyerah diri, gagal, sakit dan meninggal dunia. Subhanallah.

Dikatakan merata perawat cuba pulihkan rumah dan keluarga tersebut namun ramai yang tidak mampu teruskan. Malah ada yang dikatakan ditolak oleh makhluk halus sehingga jatuh berguling dibuatnya. Dikatakan juga ada perawat yang mendiamkan diri dan tidak dapat dihubungi.

Ustaz Nas juga diberitahu ada perawat yang duduk terdiam dan kaku bila dicabar oleh makhluk halus tersebut. Melihat keadaan itu keluarga tersebut tidak meneruskan rawatan. Allahuakbar.. Hebat sungguh cabaran ini bisik hati Ustaz Nas.

Sebelum sampai ke rumah pesakit, pelbagai jangkaan yang terbayang dalam benak fikiran Ustaz dan team JAM. Siapalah Ustaz Nas kalau dah ramai perawat sebelum ini mencuba gagal malah ada yang meninggal dunia. Kebanyakan perawat sebelum ini berpengalaman dan lebih lama dalam bidang rawatan Islam berbanding Ustaz Nas.

Walau apa pun Ustaz Nas tetap hadapi cabaran ini dengan 100% tawakal kepada Allah. Ustaz Nas anggap inilah peperangan sebenar melawan musuh Islam. Tekad disematkan dalam diri. Semangat membara kian membakar.

Semasa proses rawatan Ustaz Nas macam tak percaya, semua gangguan tersebut menyerah diri. Masyaallah.. Hebatnya pertolongan Allah kepada hambanya. Inilah kebesaran Allah yang dapat dilihat.

Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video rawatan pada kisah ini.

Tonton rakaman video ini:

🔴Selepas tonton jangan lupa 'SUBSCRIBE' 'LIKE' & 'SHARE' CHANNEL 'JEJAK ALAM MISTIK' ini dan tekan 🔔 untuk dapatkan notifications video-video terbaru akan datang.

🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut  www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥WAFAK JADI PUNCA GANGGUAN MAKHLUK HALUS? 🔥🔥

Isu wafak ini mungkin ada yang tak setuju dengan pandangan saya ini tapi apa yang akan saya tulis ini berdasarkan 100% pengalaman saya dalam bidang rawatan. Maaf jika ada yang tersinggung namun inilah hakikat yang ingin saya kongsikan.  Wafak atau Rajah merupakan sebahagian ilmu hikmah atau ilmu batin. Pengamal wafak ni mengambil dari potongan ayat-ayat Al-Qur'an. Kemudian mereka meletakkan ayat-ayat itu dalam wafak atau rajah yang biasanya berbentuk Piramid, Selipar Nabi Muhammad (katanya) dan ada kalanya berbentuk manusia, jin bertanduk, naga, pedang dan bermacam2 lagi. Pada hikmah dan pandangan saya kenapa perlu ayat-ayat suci Al-Qur'an diletakkan dalam bentuk wafak. Contoh.. Kenapa ayat suci Al-Qur'an perlu diletak dalam bentuk selipar nabi sedangkan kesucian ayat-ayat Al-Qur'an perlu dijunjung dan bukan tarafnya pada kaki. Jadi ini menunjukkan satu taktik tipu daya syaitan dan iblis pada umat Islam untuk menghina martabat dan kesucian Islam...