Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel penampakkan makhluk halus

🔥🔥PENAMPAKAN WAJAH-WAJAH MAKHLUK HALUS🔥🔥 | JOHOR

Kehadiran Team Jejak Alam Mistik di sambut baik oleh tuan rumah ketika kami tiba tepat pada waktu selepas maghrib seperti yang di janjikan. Rawatan selepas maghrib telah diminta oleh keluarga tersebut mungkin mereka semua baru pulang dari tempat kerja. Walaubagaimana sebenarnya rawatan pada waktu malam adalah waktu yang terbaik untuk buat rawatan untuk buang gangguan makhluk halus. Waktu siang boleh buat rawatan tapi frekuensi yang di hasilkan dari makhluk halus sangat rendah. Bila frekuensi tinggi mudah untuk perawat mengesan kehadiran dan kewujudan makhluk halus pada sesuatu tempat. Semasa di rumah pesakit ini, Ustaz Nas mulakan proses penerangan sebelum memulakan rawatan namun Ustaz Nas sedar gangguan tersebut telah berada di dalam tubuh pesakit terutama pada bahagian muka. Terlihat tindak balas pada kulit muka mulai kemerahan, mata pun kemerahan dan pergerakan tubuh pesakit telah dibaca oleh Ustaz Nas. Pesakit ke 2 juga alami gangguan yang sama iaitu anak pesakit. Ma...

🔥🔥SAKA JELMAAN EMAK MENCARI WARIS🔥🔥 | JOHOR

Seorang ibu telah meninggal dunia menyebabkan keadaan waris (anak-anak) menjadi haru biru. Bukan disebabkan kematiannya tetapi disebabkan saka peninggalannya. Diceritakan ketika ibunya meninggal bermacam-macam penampakkan dan gangguan yang dialami waris antaranya jelmaan arwah ibunya datang tetapi ia hadir secara berkembar. Satu kelihatan sakit seperti mana keadaan ibunya yang sakit ketika hayatnya dan satu lagi kelihatan sihat berdiri. Kehadiran jelmaan arwah yg sihat itu juga memberitahu bahawa dia menjaga arwah ketika hayatnya tetapi kini arwah dah tiada maka dia kena cari pengganti. Selepas diteliti oleh Ustaz Nas dan Ustazah Ita disahkan bahawa jelmaan ibunya yang sihat itu adalah saka dari ibunya. Saka tersebut datang dari turun temurun keturunan sebelah arwah ibunya. Semasa hayatnya kemungkinan ibunya tahu bahawa dia ada saka tapi tidak diberitahu kepada anak-anaknya. Bila tidak diberitahu inilah yang menjadikan keluarga haru biru. Masing-masing bingung dengan kedaan dan...

🔥🔥USTAZAH TERPERANJAT JIN SAKA MERANGKAK TURUN DARI POKOK🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Bukan semua orang mampu berdepan dengan makhluk halus yang pelbagai bentuk dan rupa yang mengerikan. Kadang kala kehadirannya depan mata dalam keadaan yang tidak diduga. Setiap tugasan adalah unik dan itulah cabaran bagi team Jejak Alam Mistik di setiap lokasi rawatan. Setiap lokasi berbeza dan ada juga terletak dilokasi yang sangat jauh dan terpencil. Tidak hairanlah ada generasi terdahulu ambil ilmu bersaka bagi melindungi rumah, tanah dan keluarga bagi menjamin kelangsungan hidup. Kisah kali ini berkaitan dengan gangguan Saka pada sebuah keluarga setelah ketua keluarga meninggal dunia. Ahli keluarga menjadi bingung apabila ada gangguan makhluk halus dalam keluarga. Sebelum ini mereka tidak diberitahu langsung tentang apa-apa gangguan atau adanya Saka dalam keluarga. Balu alami gangguan sehingga sukar untuk solat dan mengaji. Adakala rasa ditekan ketika tidur dan mimpi yang mistik. Disebabkan gangguan ini ingatannya mulai susut untuk mengingati bacaan Quran. D...