Langkau ke kandungan utama

🔥🔥SAKA JELMAAN EMAK MENCARI WARIS🔥🔥 | JOHOR

Seorang ibu telah meninggal dunia menyebabkan keadaan waris (anak-anak) menjadi haru biru. Bukan disebabkan kematiannya tetapi disebabkan saka peninggalannya.

Diceritakan ketika ibunya meninggal bermacam-macam penampakkan dan gangguan yang dialami waris antaranya jelmaan arwah ibunya datang tetapi ia hadir secara berkembar. Satu kelihatan sakit seperti mana keadaan ibunya yang sakit ketika hayatnya dan satu lagi kelihatan sihat berdiri.

Kehadiran jelmaan arwah yg sihat itu juga memberitahu bahawa dia menjaga arwah ketika hayatnya tetapi kini arwah dah tiada maka dia kena cari pengganti.

Selepas diteliti oleh Ustaz Nas dan Ustazah Ita disahkan bahawa jelmaan ibunya yang sihat itu adalah saka dari ibunya. Saka tersebut datang dari turun temurun keturunan sebelah arwah ibunya.

Semasa hayatnya kemungkinan ibunya tahu bahawa dia ada saka tapi tidak diberitahu kepada anak-anaknya. Bila tidak diberitahu inilah yang menjadikan keluarga haru biru. Masing-masing bingung dengan kedaan dan situasi yang dialami.

Mungkin juga arwah nak buang saka tersebut semasa hayat tetapi belum lagi bertemu dengan mana-mana perawat yang berkeupayaan ketika itu.

Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video rawatan pada kisah ini.

Tonton rakaman video ini:


🔴Selepas tonton jangan lupa 'SUBSCRIBE' 'LIKE' & 'SHARE' channel 'JEJAK ALAM MISTIK' ini dan tekan 🔔 untuk dapatkan notifikasi video-video terbaru akan datang.

🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut  www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

✔️JOIN GROUP WHATSAPP JEJAK ALAM MISTIK✔️

Atas permintaan ramai Ustaz Nas menyediakan platform Group Whatsapp bagi memudahkan pesakit dan bakal pesakit mendapatkan maklumat berkaitan: 1) Rawatan 2) Produk 3) Cerita pengalaman dan kisah benar. 4) Testimoni dan lain-lain berkaitan Ustaz Naz, Team dan Jejak Alam Mistik. Peringatan: Stalker tidak dibenarkan join group ini. Perlu ikhlas dan niat hanya untuk mendapatkan atau mencari maklumat berkaitan rawatan islam. Link group: http://www.wasap.my/60127152321/NakJoinGroupJam Ikhlas, Admin. # groupwhatsappJAM # groupjejakalammistik # ustaznas # rawatanislam # rawatansyafaat # jejakalammistik