⚠️⚠️SEJARAH AMALAN ILMU BATIN ZAMAN DAHULU KALA⚠️⚠️ Ada yang bertanya berkenaan ilmu batin zaman dahulu yang untuk menguatkan batin dipercayai boleh menjadi kebal, kuat dan tangkas; adakah masih boleh diamalkan atau tidak. Jawapan saya adalah: Kena faham, sebelum kedatangan agama Islam ke Nusantara alam Melayu ini masyarakat ketika itu mengamalkan amalan puja memuja atau jampi serapah dalam menuntut ilmu batin. Masyarakat ketika itu memuja kepada sesuatu untuk mendapatkan apa yang dihajatkan atau menyampaikan sesuatu hajat supaya mendapat manfaat pada sesuatu perkara. Sebagai contoh untuk mendapatkan kekebalan dalam persilatan atau ilmu mempertahankan diri yang melampaui fitrah manusia, mereka akan puja memuja melalui ayat, perbuatan dan pergerakkan pada sesuatu benda atau nama benda yang ditetapkan. Silat tidak salah kerana ia adalah pelajaran mempertahankan diri dari serangan musuh tapi bila disertakan ilmu batin yang menjauhkan hati kita dari Allah itu yang merosakkan ...