Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gangguan saka

🔥🔥PENAMPAKAN WAJAH-WAJAH MAKHLUK HALUS🔥🔥 | JOHOR

Kehadiran Team Jejak Alam Mistik di sambut baik oleh tuan rumah ketika kami tiba tepat pada waktu selepas maghrib seperti yang di janjikan. Rawatan selepas maghrib telah diminta oleh keluarga tersebut mungkin mereka semua baru pulang dari tempat kerja. Walaubagaimana sebenarnya rawatan pada waktu malam adalah waktu yang terbaik untuk buat rawatan untuk buang gangguan makhluk halus. Waktu siang boleh buat rawatan tapi frekuensi yang di hasilkan dari makhluk halus sangat rendah. Bila frekuensi tinggi mudah untuk perawat mengesan kehadiran dan kewujudan makhluk halus pada sesuatu tempat. Semasa di rumah pesakit ini, Ustaz Nas mulakan proses penerangan sebelum memulakan rawatan namun Ustaz Nas sedar gangguan tersebut telah berada di dalam tubuh pesakit terutama pada bahagian muka. Terlihat tindak balas pada kulit muka mulai kemerahan, mata pun kemerahan dan pergerakan tubuh pesakit telah dibaca oleh Ustaz Nas. Pesakit ke 2 juga alami gangguan yang sama iaitu anak pesakit. Ma...

🔥🔥RUMAH DI TINGGALKAN KERANA PENGHUNI ALAMI PELBAGAI GANGGUAN🔥🔥 | JOHOR

Kesan gangguan pada diri seseorang mampu memberikan tekanan dan trauma yang amat buruk sekali sehingga mampu membawa kepada kematian. Kesan fizikal dan mental memberikan impak yang besar terhadap sesebuah keluarga samada kepada yang kecil atau dewasa apatah lagi membawa kematian kepada salah seorang ahli keluarga. Kematian ibu yang dikasihi disebabkan oleh gangguan memberikan tamparan yang besar kepada ahli keluarga ini. Bingung dengan keadaan ini mereka berusaha juga memulihkan gangguan yang menghantui keluarga ini walau setelah kematian ibu. Semasa hayat ibu, mereka berusaha juga berubat di merata tempat tetapi tidak memberikan kesan kepada gangguan tersebut malah gangguan semakin menjadi-jadi dan melampaui batas. Sehinggalah kesannya membawa kepada kematian. Rata-rata perawat mengatakan disebabkan gangguan sihir yang dihantar namun tidak diketahui oleh siapa. Namun pemeriksaan Team Jejak Alam Mistik mendapati mereka alami gangguan dari saka keturunan. Itu adalah punca u...

🔥🔥SAKA KELUARGA SUAMI ANCAM ISTERI🔥🔥 | JOHOR

Sepasang suami isteri alami kehidupan yang tidak tenteram dek kerana sikap ibu suami yang ingin anak lelakinya itu tunduk dengan segala arahan dan permintaannya. Permintaan tersebut ada kaitan dengan gangguan saka yang ada pada ibunya. Saka tersebut telah meracuni hati dan fikiran ibunya untuk tundukkan semua ahli keluarga supaya saka tersebut dapat kawal keluarga ini. Isteri pasangan ini menjadi sasaran saka keluarga tersebut kerana setiap sihir yang dibuat saka kepada suaminya, isteri menyerap segala sihir itu tanpa ia sedar. Ini bukan kelebihan tetapi itu tanda tubuh isteri lemah dan bahaya pada dirinya. Sebab itulah saka meracuni fikiran dan hati ibu suami untuk membenci dan buat segala tekanan pada hati dan jiwa suami isteri tersebut sehinggakan suami merasakan segala usaha untuk menjaga ibu bagai menatang minyak yang penuh dibalas dengan caci maki dan hinaan. Pelbagai penampakan dan gangguan sejak akhir-akhir ini kata mereka. Sebelum rawatan ini pun dijalankan, mereka ...

🔥🔥ISTERI ALAMI GANGGUAN SUAMI SAKIT HATI🔥🔥 | KUALA LUMPUR

Sepasang suami isteri alami gangguan terutama kepada isterinya yang alami gangguan saka. Pelbagai usaha untuk buang saka tersebut tetapi masih belum diizinkan Allah lagi. Isterinya tidak pasti adakah keturunannya ada saka atau tidak namun dia pernah bermimpi kehadiran susuk makhluk berupa manusia tetapi berpakaian sampin dan tanjak. Gangguan saka ini menyebabkan hubungan suami isteri sikit tegang, hubungan rakan-rakan menjadi renggang dan sentiasa alami gangguan kesihatan kewanitaan. Tidak ramai perawat yang berkeupayaan dalam buang gangguan saka ini berdasarkan pengalaman Ustaz Nas. Namun pasangan ini tetap berusaha mencari perawat untuk buang gangguan tersebut yang ganggu. Gangguan ini menjadi beban kepada pasangan ini supaya ia tidak menjadi masalah yang besar pada kemudian hari. Sehingga pada ketika rawatan ini mereka belum lagi dikurniakan anak walau dah berkahwin selama 3 tahun. Ramai pesakit seperti ini yang Ustaz Nas jumpa yang masih belum dikurniakan anak walau su...

🔥🔥SAKA NENEK TUA DAH TUA NAK MELAWAN🔥🔥 | JOHOR

Seorang suami menceritakan berkenaan gangguan yang dialami oleh isterinya sejak bertahun-tahun lamanya. Pada mulanya Isteri kerap alami kegatalan pada bahagian tangan kanan. Tangan yang gatal itu macam tiada sebab ia gatal tapi tetap rasa gatal. Tiada penyakit kulit walau sudah buat pemeriksaan kesihatan di klinik. Isterinya pun di bawa ke tempat rawatan islam untuk dapatkan rawatan. Selepas di bawa ke tempat perawat pulihnya hanya pada waktu yang sementara. Seminggu kemudian akan alami semula rasa gatal tersebut. Berulang-ulang ke tempat perawat hasilnya tetap sama. Perawat hanya kata gangguan biasa. Akhirnya mereka pasrah dan putus asa. Sehinggalah mereka mendapat zuriat yang ketiga, gangguan semakin menjadi-jadi. Tangan semakin gatal-gatal, anak semakin menangis setiap malam, isteri mula melihat kelibat nenek tua dan isteri juga mulai alami pendarahan tanpa sebab pada bahagian dubur. Bila mereka alami gangguan teruk itu, mereka terpaksa juga cari perawat untuk dapa...