Langkau ke kandungan utama

🔥🔥SAKA KELUARGA SUAMI ANCAM ISTERI🔥🔥 | JOHOR


Sepasang suami isteri alami kehidupan yang tidak tenteram dek kerana sikap ibu suami yang ingin anak lelakinya itu tunduk dengan segala arahan dan permintaannya.

Permintaan tersebut ada kaitan dengan gangguan saka yang ada pada ibunya. Saka tersebut telah meracuni hati dan fikiran ibunya untuk tundukkan semua ahli keluarga supaya saka tersebut dapat kawal keluarga ini.

Isteri pasangan ini menjadi sasaran saka keluarga tersebut kerana setiap sihir yang dibuat saka kepada suaminya, isteri menyerap segala sihir itu tanpa ia sedar. Ini bukan kelebihan tetapi itu tanda tubuh isteri lemah dan bahaya pada dirinya.

Sebab itulah saka meracuni fikiran dan hati ibu suami untuk membenci dan buat segala tekanan pada hati dan jiwa suami isteri tersebut sehinggakan suami merasakan segala usaha untuk menjaga ibu bagai menatang minyak yang penuh dibalas dengan caci maki dan hinaan.

Pelbagai penampakan dan gangguan sejak akhir-akhir ini kata mereka. Sebelum rawatan ini pun dijalankan, mereka tidak dapat tidur di rumah semalam kerana gangguan semakin kerap dan teruk. Sehingga mereka menginap di hotel terdekat.

SAKA tersebut telah mengetahui akan kehadiran Ustaz Nas untuk membuat rawatan dan pemulihan rumah. Ini menjadi ancaman kepadanya. Jadi dia cuba untuk menggagalkan usaha tersebut dengan menambahkan lagi tekanan dan ketakutan pada pasangan ini.

Ketika rawatan isteri banyak mengeluarkan muntah lendir kemerahan tanda ada gangguan sihir yang telah diserap ke dalam tubuhnya. Isteri menjadi mangsa keadaan namun kuasa Allah tiada siapa boleh halang untuk mereka masih kekal bersama.

Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video rawatan pada kisah ini.

Tonton rakaman video di sini:
https://youtu.be/gNNucNUjdPk


🔴Selepas tonton jangan lupa 'SUBSCRIBE' 'LIKE' & 'SHARE' channel 'JEJAK ALAM MISTIK' ini dan tekan 🔔 untuk dapatkan notifikasi video-video terbaru akan datang.

🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut  www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

⚠️Anda terlepas tonton video rawatan lain sebelum ini? Ada banyak video dan kisah rawatan yang boleh didapati di website Jejak Alam Mistik disini:
www.jejakalammistik.blogspot.com

#jejakalammistik #rawatanislam #ustaznas

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...