Langkau ke kandungan utama

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka.

Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gangguan.

Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa??

Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka.

Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga tersebut tapi ibunya mati-mati pertahankan yang rumah dan keluarga tersebut tidak ada gangguan. Walabagaimanapun Ustaz Nas masih menantikan apakah petunjuk yang bakal ALLAH berikan selepas rawatan ini.

Selang beberapa hari, isteri Ustaz Nas mengadu kepadanya ada binatang mati depan rumah. Ustaz Nas kemudian bergegas melihat binatang apakah yang mati itu. Agak mengejutkan, seekor KELAWAR mati. Pada dada kelawar tersebut ada satu lubang. Lubang itu yang menyebabkan dia mati. Kemudian Ustaz Nas berbincang dengan Ustazah Ita berkaitan perkara ini.

Tidak semena-mena ingatan berkaitan rawatan tempoh hari di Kota Tinggi menerjah ingatan Ustaz Nas. Pesakit mengatakan bunjut itu untuk halau kelawar. Maka harini kelawar betul-betul mati depan rumah.

Dengan penuh yakin kelawar ini memang ada kaitan dengan rawatan tempoh hari itu. Pesakit memang ada mengamalkan atau menerima sesuatu ilmu dan jin saka itu menjelma dengan bentuk kelawar.

Sehingga kini Ustaz Nas masih pantau keadaan pesakit dan melihat tindak balasnya bila saka jelmaan kelawarnya sudah mati. Anaknya kata ibunya berkeadaan marah-marah dengan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Kita lihat keadaannya dalam masa 40 hari. Insyaallah Allah permudahkan dengan izinnya. Aamiinn..

Wallahu'alam

Ikhlas,
Admin.

Untuk dapatkan rawatan dengan Ustaz Nas sila hubungi di talian 0127152321 (whatsapp).

#rawatanislam #saka #gangguanmakhlukhalus #jejakalammistik #ustaznas #rawatansyafaat #rawatanalternatif

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...