Seorang suami menceritakan berkenaan gangguan yang dialami oleh isterinya sejak bertahun-tahun lamanya. Pada mulanya Isteri kerap alami kegatalan pada bahagian tangan kanan.
Tangan yang gatal itu macam tiada sebab ia gatal tapi tetap rasa gatal. Tiada penyakit kulit walau sudah buat pemeriksaan kesihatan di klinik. Isterinya pun di bawa ke tempat rawatan islam untuk dapatkan rawatan.
Selepas di bawa ke tempat perawat pulihnya hanya pada waktu yang sementara. Seminggu kemudian akan alami semula rasa gatal tersebut. Berulang-ulang ke tempat perawat hasilnya tetap sama. Perawat hanya kata gangguan biasa. Akhirnya mereka pasrah dan putus asa.
Sehinggalah mereka mendapat zuriat yang ketiga, gangguan semakin menjadi-jadi. Tangan semakin gatal-gatal, anak semakin menangis setiap malam, isteri mula melihat kelibat nenek tua dan isteri juga mulai alami pendarahan tanpa sebab pada bahagian dubur.
Bila mereka alami gangguan teruk itu, mereka terpaksa juga cari perawat untuk dapatkan rawatan. Akhirnya mereka ditemukan dengan rawatan Ustaz Nas yang juga diperkenalkan oleh perawat lain untuk dapatkan khidmat rawatan bagi memulihkan ganggu berat seperti itu.
Semasa proses scan, didapati isterinya alami gangguan saka selain gangguan rumah dan luar. Mereka semua terkejut kerana perawat sebelum ini tidak diberitahu adanya gangguan saka pada isteri. Pendarahan juga disebabkan adanya gangguan saka yang inginkan makan darah.
Ketika rawatan saka mulai bermain dengan psikologi kepada Ustaz Nas, suami dan keluarga pesakit. Kalau lemah semangat kita akan rasa sedih, kesian dan mudah tertipu dengan tipu dayanya. Itulah bahayanya saka dalam kehidupan manusia.
Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video rawatan pada kisah ini.
Tonton rakaman video ini:
Atau klik link ini: https://youtu.be/y_zMLTI-rDw
🔴Selepas tonton jangan lupa 'SUBSCRIBE' 'LIKE' & 'SHARE' channel 'JEJAK ALAM MISTIK' ini dan tekan 🔔 untuk dapatkan notifikasi video-video terbaru akan datang.
🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan
⚠️Anda terlepas tonton video rawatan lain sebelum ini? Ada banyak video dan kisah rawatan yang boleh didapati di website Jejak Alam Mistik disini:
www.jejakalammistik.blogspot.com
www.jejakalammistik.blogspot.com
#jejakalammistik #rawatanislam #perubatanislam #ustaznas
Ulasan
Catat Ulasan