Langkau ke kandungan utama

🔥🔥DIHIMPIT JIN ASYIK GADIS ALAMI MINOR STROKE🔥🔥 | JOHOR

Pendapat mengatakan 'aku tak ganggu dia, dia tak ganggu aku'. Itu merupakan pandangan yang salah kerana jin (kufur), syaitan dan iblis tidak akan berhenti ganggu manusia sehingga kiamat. Itulah janji mereka kepada Allah pada mula-mula manusia dicipta.

Sekiranya anda alami simptom gangguan jangan abaikan perkara tersebut sesungguhnya gangguan jin, syaitan dan iblis mampu mencacatkan dan melumpuhkan tubuh manusia. Matlamat mereka supaya manusia tidak boleh solat dan menyesatkan hati dari jalan Allah. 

Kes kali ini seorang gadis alami minor stroke selepas beberapa tahun alami gangguan jin asyik sejak dia masuk IPT dan gangguan bermula di asrama tersebut.

Jin asyik adalah istilah bagi jin yang asalnya tidak bertuan, berkeliaran yang suka kepada seseorang manusia dan berkeinginan memiliki manusia tersebut walhal mereka berbeza alam.

Bila jin tersebut tidak sedar diri menjadikan mangsa terbeban dari segi fizikal sehingga mengalami minor stroke kerana fitrah jin dicipta dari api dan manusia fitrahnya dicipta dari tanah. Jadi 2 unsur tersebut bila bersatu, unsur tanah menjadi lemah.

Semasa proses rawatan pesakit merasakan ada sesuatu yang ditarik keluar dari tubuh bila Ustazah Ita tarik gangguan dari tubuhnya.

Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video rawatan pada kisah ini.

Tonton rakaman video ini:



🔴Selepas tonton jangan lupa 'SUBSCRIBE' 'LIKE' & 'SHARE' CHANNEL 'JEJAK ALAM MISTIK' ini dan tekan 🔔 untuk dapatkan notifications video-video terbaru akan datang.
🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥WAFAK JADI PUNCA GANGGUAN MAKHLUK HALUS? 🔥🔥

Isu wafak ini mungkin ada yang tak setuju dengan pandangan saya ini tapi apa yang akan saya tulis ini berdasarkan 100% pengalaman saya dalam bidang rawatan. Maaf jika ada yang tersinggung namun inilah hakikat yang ingin saya kongsikan.  Wafak atau Rajah merupakan sebahagian ilmu hikmah atau ilmu batin. Pengamal wafak ni mengambil dari potongan ayat-ayat Al-Qur'an. Kemudian mereka meletakkan ayat-ayat itu dalam wafak atau rajah yang biasanya berbentuk Piramid, Selipar Nabi Muhammad (katanya) dan ada kalanya berbentuk manusia, jin bertanduk, naga, pedang dan bermacam2 lagi. Pada hikmah dan pandangan saya kenapa perlu ayat-ayat suci Al-Qur'an diletakkan dalam bentuk wafak. Contoh.. Kenapa ayat suci Al-Qur'an perlu diletak dalam bentuk selipar nabi sedangkan kesucian ayat-ayat Al-Qur'an perlu dijunjung dan bukan tarafnya pada kaki. Jadi ini menunjukkan satu taktik tipu daya syaitan dan iblis pada umat Islam untuk menghina martabat dan kesucian Islam...