Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup.
Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar.
Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita.
Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru.
Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat membahayakan kerana boleh terus membawa maut seperti kisah ini yang akan dikongsikan.
Pesakit dikatakan melanggan perkhidmatan urut selepas pantang bersalin dengan seorang bidan. Selepas berurut pesakit rasa sakit pada tubuhnya terutama pada bahagian pusat. Dikatakan bidan tersebut tekan dengan kuat pada bahagian pusat. Pesakit rasakan ada sesuatu yang tidak kena pada bahagian perutnya.
Selepas beberapa hari pesakit semakin teruk keadaannya sehingga kurus melidi dan dia dikejarkan ke hospital. Pihak doktor pun tidak dapat kenal pasti punca masalahnya sehingga pesakit mengadu kepada ahli keluarga mengatakan dalam perutnya ada hantu.
Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video rawatan pada kisah ini.
Tonton rakaman video di sini:
https://youtu.be/Ljpz21P2VSY
________________________________
🔴Selepas tonton jangan lupa 'SUBSCRIBE' 'LIKE' & 'SHARE' channel 'JEJAK ALAM MISTIK' ini dan tekan 🔔 untuk dapatkan notifikasi video-video terbaru akan datang.
🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan
#jejakalammistik #rawatanislam #ustaznas
Ulasan
Catat Ulasan