Langkau ke kandungan utama

🔥🔥ORANG MELAYU KALAU BERNIAGA MESTI KENA SIHIR🔥🔥


Kenapa? Itulah persoalan dalam masyarakat melayu sendiri termasuk saya. Kalau orang melayu berniaga mesti kena sihir. Kenapa terlalu iri hati, benci, sakit hati.. Dah tak ada ke semangat untuk memajukan bangsa sendiri?

Walau apa pun itulah yang terpaksa kita hadapi dan harungi. Itulah yang terjadi pada pesakit ini. Dia berniaga makanan western supaya tidak menjadi pesaingan pada peniaga sekitar tapi ditetap disihir. Penyihir ni walau apa pun anda niaga walau online, kalau mereka tahu mesti disihirnya.
Pada mulanya pesakit cuba sapu minyak wangi kasturi pada sendinya dari adik iparnya yang juga pesakit saya sebelum ini. Tiba-tiba pesakit terus macam hayal dan terus pengsan. Adik iparnya terus hubungi saya untuk dapatkan rawatan.

Sampai sahaja ke rumah saya, pesakit tidak mahu turun dari kereta. Saya kata biarkan dulu. Saya perlahan-lahan tarik gangguan dari tubuhnya dari jauh. Beberapa ketika kemudian pesakit turun sendiri dari kereta dan terus masuk ke rumah saya untuk buat rawatan.

RAWATAN

Semasa rawatan pesakit mula hayal kembali ketika diruqyah. Saya tarik secara batin semua gangguan dalam tubuhnya dan pesakit terus rebah kebelakang kerana seluruh tubuhnya kejang umpama ingin mengeluarkan sesuatu yang berat dan besar mengikuti gerak tangan saya terus ke mulut pesakit.
Setelah beberapa kali tarikan yang saya lakukan akhirnya pesakit mulai sedar dan pulih sepenuhnya dengan wajah yang segar namun tubuhnya masih letih. Beberapa kali juga pesakit muntah yang menyebabkan dia keletihan namun selamat dari gangguan.

PUNCA
Selepas di scan, pesakit disihir kerana persaingan perniagaan. Mengikut keterangannya, lot kedai yang disewanya sebelum ini telah disewa oleh beberapa orang namun semua tidak bertahan lama. Semua jatuh sakit. Selepas pesakit ambil alih kedai itu, ternyata baru diketahui semua penyewa sebelum ini memang disihir oleh orang yang sama.

Saya pun dapat petunjuk siapa yang sihir termasuk namanya skali supaya pesakit berhati-hati dan saya juga berpesan jangan berdendam. Serahkan semua pada Allah. Biar Allah sahaja yang menghukumnya. Jangan pula kita jadi seperti dia.

Wallahu'alam

Ikhlas,
Ustaz Nas.

👉🏻Untuk dapatkan rawatan dengan Ustaz Nas sila hubungi di talian 0127152321 (whatsapp).

#rawatanislam #sihir #jejakalammistik #ustaznas #gangguanmakhlukhalus #rawatansihir #pusatperubatanislam #rawatansyafaat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...