Langkau ke kandungan utama

BENTUK-BENTUK GANGGUAN JIN DAN SIHIR

Apa yang dinyatakan disini merupakan sebahagian dari bentuk-bentuk gangguan jin atau sihir. Adakalanya gangguan berlaku dengan sebab permainan sihir mereka yang mensyirikkan Allah S.W.T dan adakalanya berlaku oleh gangguan jin dan syaitan itu sendiri tanpa disuruh oleh mana-mana orang pun.

1) Kerasukan
Ini berlaku dengan sebab jin atau syaitan masuk ke dalam jasad manusia dan menguasai seluruh gerak geri dan pemikirannya.

2) Histeria
Pengidap histeria berpunca dari gangguan jin dan pengidap menjerit kerana melihat orang sekelilingnya berwajah menakutkan dan sebagainya.

3) Hantu Tindih
Tindakan jin atau syaitan keatas orang yang sedang tidur dan mangsa akan rasa separuh sedar semasa ditindih seolah-olah semua sendi tidak mampu digerakkan atau terasa berat. Sering kali terasa di hempap ketika tidur berkeadaan terlungkup.

4) Sawan
Gangguan datang secara tiba-tiba seperti anggotanya menjadi kejang, mulut berbuih-buih, menangis berpanjangan dan lain-lain.

5) Tangkal Pengasih
Ini dilakukan oleh ahli sihir. Biasanya ia gemar digunakan oleh pasangan yang sedang dilamun cinta atau cinta seseorang yang tidak berbalas atau pasangan suami atau isteri yang bimbang pasangannya akan bercinta dengan orang lain. Mangsa akan kelihatan seperti bodoh, bingung dan menurut sahaja kata-kata penyihir.

6) Sihir Pemisah
Digunakan sebab irihati, benci, dengki, khianat pada seseorang dan kebahagian orang lain.

7) Was-was
Was-was terbahagi kepada 2 iaitu Was-was dalam Akidah dan was-was dalam ibadah. Contohnya syaitan bisik bagaimana rupa tuhan, dimana Allah, Allah bermula mcm mana walau semua perkara itu telah diterangkan. Adakalanya berwuduk berulang kali, mandi wajib berjam-jam, mengulang-ulang takbir ketika solat, mengulang ulang huruf tertentu dalam bacaan solat dan lain-lain.

8) Jin Mencintai Manusia
Kita biasa dengar manusia kawin dengan orang bunian. Sebelum terjadinya perkahwinan seseorang akan selalu berminpi melihat wanita cantik atau jejaka tampan. Jikalau seseorang itu tidak suka ia akan diganggu seperti mimpi menakutkan, terasa ada sesuatu yang memerhati bila berseorangan. Ia dinamakan Jin Asyik.

9) Darah Istihadah
Bagi wanita adakalanya darah istihadahnya sedikit dan adakalanya banyak sehingga berbulan-bulan.

10) Halangan Bersetubuh
Suami yang normal dan bersyahwat. Bila ingin bersetubuh dengan isterinya alat kelaminnya kendur.

11) Mandul atau Keguguran
Pasangan yang telah buat pemeriksaan doktor-doktor pakar dan telah disahkan tiada masalah kesihatan, itu tandanya ada gangguan.

LAIN-LAIN BENTUK GANGGUAN
Pukau, Santau, Sakit Tanpa Sebab, Angin Ahmar, Mengigau, Janin Hilang, Mengamuk, Gila, Badi, dan lain-lain.

Semoga sedikit penerangan diatas dapat membantu kita mengenal pasti sendiri apa yang terjadi pada diri kita. Sekiranya ada tanda-tanda ini dapatkan segera rawatan alternatif secara Islam.

Ikhlas,
Ustaz Nas
0127152321 (wasap)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...