Langkau ke kandungan utama

⚠️⚠️MALAS MENCARI ILMU PUNCA MUDAH KENA GANGGUAN⚠️⚠️


Ada sebahagian besar kita mungkin tertanya-tanya kenapa ramai umat Islam mudah kena gangguan seperti sihir dan makhluk halus. Ada beberapa kategori berdasar pemerhatian dan pengalaman saya.

Golongan Tidak Percaya
Mereka dalam golongan ini sangat memandang rendah dengan perkara yang berkaitan makhluk halus atau benda-benda mistik dan ghaib. Logik akal adalah pegangan mereka. Tanpa logik akal mereka memperlekeh dan merendah-rendahkan hal tersebut. Kebanyakkan golongan ini tidak pernah alami pengalaman mistik dan kalau pernah pun mereka hanya anggap gangguan akal atau emosi sahaja.

Golongan Pentaksub
Mereka dalam golongan ini terlalu ghairah untuk mendapatkan pelbagai ilmu-ilmu kehebatan batin yang ingin dipandang tinggi oleh masyarakat terhadapnya. Mereka sangat takjub dengan ilmu-ilmu mistik dan ghaib. Disebabkan keghairahan mereka ini, mereka tidak sedar bahawa mereka bakal menghadapi risiko gangguan makhluk halus dan mudah diserang dengan sihir.

Golongan Beriman
Mereka dalam golongan ini sangat beriman dengan rukun iman. Mereka percaya adanya alam ghaib dan kewujudan makhluk halus yang diciptakan oleh Allah. Mereka akan belajar ilmu-ilmu berkaitan dengan menambah keimanan dan mengamalkan ilmu pendinding diri setiap selepas solat atau pada solat-solat tertentu. Mereka berguru dan mengamalkan supaya tidak sesat dari landasan yang sebenar.

Itulah antara golongan-golongan yang ada dalam masyarakat kita pada harini. Anda bagaimana? Anda dalam golongan yang mana?

Jadi saya sarankan jadilah golongan yang beriman dengan mencari ilmu yang betul dan tidak sesat. Berlumba-lumbalah mencari ilmu Allah dari kita sibuk dengan urusan dunia sehingga mengabaikan persediaan kita menentang sebarang gangguan dan sihir dalam kehidupan kita.

Ikhlas,
Ustaz Nas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥WAFAK JADI PUNCA GANGGUAN MAKHLUK HALUS? 🔥🔥

Isu wafak ini mungkin ada yang tak setuju dengan pandangan saya ini tapi apa yang akan saya tulis ini berdasarkan 100% pengalaman saya dalam bidang rawatan. Maaf jika ada yang tersinggung namun inilah hakikat yang ingin saya kongsikan.  Wafak atau Rajah merupakan sebahagian ilmu hikmah atau ilmu batin. Pengamal wafak ni mengambil dari potongan ayat-ayat Al-Qur'an. Kemudian mereka meletakkan ayat-ayat itu dalam wafak atau rajah yang biasanya berbentuk Piramid, Selipar Nabi Muhammad (katanya) dan ada kalanya berbentuk manusia, jin bertanduk, naga, pedang dan bermacam2 lagi. Pada hikmah dan pandangan saya kenapa perlu ayat-ayat suci Al-Qur'an diletakkan dalam bentuk wafak. Contoh.. Kenapa ayat suci Al-Qur'an perlu diletak dalam bentuk selipar nabi sedangkan kesucian ayat-ayat Al-Qur'an perlu dijunjung dan bukan tarafnya pada kaki. Jadi ini menunjukkan satu taktik tipu daya syaitan dan iblis pada umat Islam untuk menghina martabat dan kesucian Islam...