Langkau ke kandungan utama

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi:

1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir.
2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan.
3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir.

sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf



Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa.

Terdapat 3 kategori Khasyaf:
A) Kasyaf Kecil.
Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang disebabkan oleh masih bersihnya hati, jiwa dan roh setiap kanak-kanak tersebut kerana mereka masih jauh dari perkara-perkara dosa. Namun bila kanak-kanak ini mula meningkat dewasa, ada yang kasyaf masih terbuka hingga dewasa dan ada yang sudah tertutup. Bergantung kepada rezeki masing-masing.

B) Kasyaf Remaja dan Dewasa
Sekiranya seseorang tiba-tiba ada keupayaan kasyaf pada peringkat ini, kebiasaannya itu adalah tanda-tanda mereka alami gangguan makhluk halus dalam diri mereka. Keupayaan itu datang dari pinjaman melalui mata makhluk halus tersebut supaya kehadiran makhluk halus tersebut dalam diri atau keluarga dapat diterima atau itu sebagai tipu daya kepada manusia bahawa miliki makhluk halus dalam diri memberikan faedah dan manfaat dalam kehidupan manusia.

C) Kasyaf Takwa
Kasyaf pada peringkat ini adalah dari golongan dewasa yang telah Allah berikan jalan dalam kehidupannya dan dipertemukan kepada ilmu mengenal diri. Kebiasaannya ilmu ini untuk membenteng diri dan sangat berkait rapat dengan perubatan Islam. Peringkat ini mereka belajar melalui guru dan mengamalkan bagi membersihkan hati, jiwa dan roh. Proses pembersihan ini sangat penting sebagai pendinding diri dan bagi mengelakkan dari dorongan tipu daya jin, syaitan dan iblis.

Kasyaf terbahagi kepada 7 iaitu:
1) Kasyaf Mata
Kasyaf ini terbahagi 2 iaitu Mata Zahir dan Mata Hati.

  • Mata Zahir
Kasyaf ini mampu melihat secara terus pada sesuatu yang ghaib. Adakala kasyaf ini mudah tertipu dengan pandangan di atas upaya tipu daya jin terhadap manusia.

  • Mata Batin
Kasyaf ini dilihat melalui mata hati dengan cara memejamkan mata zahir dan ada sesetengah tidak perlu. Akan ada bayangan atau bentuk pada sesuatu perkara yang ghaib yang ingin dilihat. Jarang sekali kasyaf ini boleh dimanipulasikan oleh jin.

2) Kasyaf Telinga
Kasyaf ini mampu mendengar bunyi, suara atau bisikan halus dari sesuatu yang ghaib walau dengan kadar bunyi yang paling halus. Yang mendengar adakala hanya yang miliki kasyaf ini sahaja yang dapat mendengar.

3) Kasyaf Hidung
Kasyaf ini mampu menghidu sesuatu yang tidak mampu dihidu oleh orang biasa. Adakala berbau busuk, hanyir, wangi dan pelbagai lagi.

4) Kasyaf Mulut
Kasyaf ini adalah keupayaan berkata-kata sehingga mampu membuat orang disekeliling terpesona dengan kata-katanya. Setiap patah katanya menjadi doa dan dengan kata lain 'mulut masin'. Apa yang dikatanya pasti jadi.

5) Kasyaf Kulit
Kasyaf ini dapat merasakan aura sesuatu kehadiran makhluk halus dipersekitarannya. Dia juga mudah rasa meremang dan dapat merasakan sesuatu bentuk yang ghaib seperti rambut, pendek, tinggi dan pelbagai lagi.

6) Kasyaf Hati
Kasyaf ini mampu menilai atau membuat kesimpulan kepada sesuatu yang ghaib. Kasyaf ini juga mampu menilik kejujuran seseorang samada ia menipu atau tidak.

7) Kasyaf Rohani
Kasyaf ini adalah suluhan bagi semua kasyaf diatas kerana hanya rohani mengenal yang ghaib. Itu sebab ilmu mengenal diri sangat penting pada tahap ini.

Kenapa tiada Kasyaf Akal?
Akal tidak mampu mentafsir sesuatu yang ghaib dan pada yang tidak mampu dilihat. Akal hanya mahukan fakta dan pembuktian secara fizikal sahaja malah mudah di tipu. Akal hanya mencerap apa yang di baca, di fahami, di hafal dan di lihat apa yang terzahir sahaja. Akal sentiasa menolak apa yang dirasakan oleh hati dan rohani. Sebab itu sentiasa ada konflik antara akal kepada hati dan rohani sehingga manusia menjadi keliru dan berprasangka.

Oleh itu menilai kasyaf ini sangat luas skop perbicaraannya kerana tidak semua perkara mampu diterjemahkan melalui tulisan atau kitab-kitab. Syarat untuk mendapatkan atau fahami kasyaf perlu kuatkan asas pegangan agama dan baru kita boleh selami ilmu teras yang selanjutnya kerana ilmu ini adalah ilmu hidayah dari Allah semata-mata.

Wallahu'alam

Ikhlas,
Ustaz Nas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥WAFAK JADI PUNCA GANGGUAN MAKHLUK HALUS? 🔥🔥

Isu wafak ini mungkin ada yang tak setuju dengan pandangan saya ini tapi apa yang akan saya tulis ini berdasarkan 100% pengalaman saya dalam bidang rawatan. Maaf jika ada yang tersinggung namun inilah hakikat yang ingin saya kongsikan.  Wafak atau Rajah merupakan sebahagian ilmu hikmah atau ilmu batin. Pengamal wafak ni mengambil dari potongan ayat-ayat Al-Qur'an. Kemudian mereka meletakkan ayat-ayat itu dalam wafak atau rajah yang biasanya berbentuk Piramid, Selipar Nabi Muhammad (katanya) dan ada kalanya berbentuk manusia, jin bertanduk, naga, pedang dan bermacam2 lagi. Pada hikmah dan pandangan saya kenapa perlu ayat-ayat suci Al-Qur'an diletakkan dalam bentuk wafak. Contoh.. Kenapa ayat suci Al-Qur'an perlu diletak dalam bentuk selipar nabi sedangkan kesucian ayat-ayat Al-Qur'an perlu dijunjung dan bukan tarafnya pada kaki. Jadi ini menunjukkan satu taktik tipu daya syaitan dan iblis pada umat Islam untuk menghina martabat dan kesucian Islam...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...