Langkau ke kandungan utama

🔥🔥TAPAK RUMAH BERKELIARAN DENGAN MAKHLUK HALUS🔥🔥 | JOHOR

Ramai antara kita yang tidak sedar kebanyakan gangguan dan sakit misteri yang di alami datang dari dalam rumah dan persekitarannya.

Ramai yang percaya pergi tempat perawat akan pulih walhal rumah bersarang dengan gangguan makhluk halus akan menyebabkan gangguan datang semula. Ada yang pulih ketika di tempat perawat tetapi bila pulang ke rumah akan alami gangguan semula.

Sakit gangguan makhluk halus tidak boleh lari dari proses pemulihan rumah sekali. Ini bukan sakit klinikal tapi sakit yang perlu di uruskan sekali pada tempat tinggal dan persekitarannya.

Pernah ada pesakit yang pergi ke tempat perawat tetapi ketika pulang ke rumah pesakit mengilai dan alami kerasukan sekali lagi. Ini kerana rumah tidak dipulihkan sekali dan tidak di pagar supaya makhluk halus tidak menyusup masuk ke dalam rumah.

Inilah antara kelemahan manusia dalam memahami sifat dan tindak tanduk serangan makhluk halus terhadap manusia. Kita sepatutnya lebih bijak menangani tipu dayanya.

Rawatan kali ini ada kaitan dengan apa yang diterangkan di atas namun pesakit tidak alami kerasukan tetapi hanya alami sakit tubuh badan di sebabkan gangguan makhluk halus di rumahnya.

Pesakit banyak pergi ke tempat perawat tetapi hasilnya tetap tidak berubah. Ada yang kata sebab saka tapi ketika team Jejak Alam Mistik scan di dapati hanya gangguan pada rumah dan persekitarannya.

Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video rawatan pada kisah ini.

Tonton rakaman video di sini:
https://youtu.be/Lzk5CuPeTME


🔴Selepas tonton jangan lupa 'SUBSCRIBE' 'LIKE' & 'SHARE' channel 'JEJAK ALAM MISTIK' ini dan tekan 🔔 untuk dapatkan notifikasi video-video terbaru akan datang.

🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut  www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

⚠️Anda terlepas tonton video rawatan lain sebelum ini? Ada banyak video dan kisah rawatan yang boleh didapati di website Jejak Alam Mistik disini:
www.jejakalammistik.blogspot.com

#jejakalammistik #rawatanislam #ustaznas

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...