Langkau ke kandungan utama

🔐🔓ILMU KENAL DIRI⌛⏳


Ramai yang ingin tahu apakah ilmu yang saya amalkan dalam perubatan Islam yang saya bawa. Bagaimana ilmu yang saya fahami dan pelajari boleh berkebolehan menjadi perawat.

Mempelajari ilmu Islam sebenarnya tidak terhad atau terbatas. Ianya sangat luas kerana Allah menciptakan langit dan bumi seluas-luasnya begitu juga alam semesta. Tiada had, tiada batasnya.

Melihat sesuatu bukan hanya menilai secara luaran yang unsurnya adalah terbatas hanya pada pandangan mata. Ianya lebih dari itu. Untuk melihat selain luaran kita memerlukan satu pandangan melalui jiwa, rasa dan roh.

Sebagai contoh, kita melihat gunung yang berdiri teguh dan kukuh. Itu pada sudut pandangan pada mata namun bila dipandang melalui jiwa, rasa dan roh dapati tiada apa yang kuat dan kukuhnya gunung itu selain dengan keizinan dari Allah S.W.T semata-mata.

Dengan contoh diatas ternyata Allah yang mencipta segala langit dan bumi juga semesta alam termasuk diri anak adam. Rahsia Allah ada tertanam dalam diri anak adam dan rahsia itulah yang membawa keupayaan dalam melaksanakan dalam rawatan gangguan makhluk halus.

Pemahaman dalam ilmu makrifat yang saya fahami, selami dan amalkan zikirullah, Allah mengizinkannya. Sesungguhnya ilmu makrifat bukan untuk dipelajari tetapi perlu dihayati. Tidak semua orang mampu fahami kerana ia juga bergantung pada hidayah dari Allah. Ilmu makrifat tidak boleh dijangkau dengan akal fikiran.

Syariat itu adalah ilmu asas. manakala ilmu makrifat itu adalah ilmu teras. Asas dan teras hendaklah bersama.

Ikhlas,
Ustaz Nas
0127152321 (wasap)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

✔️JOIN GROUP WHATSAPP JEJAK ALAM MISTIK✔️

Atas permintaan ramai Ustaz Nas menyediakan platform Group Whatsapp bagi memudahkan pesakit dan bakal pesakit mendapatkan maklumat berkaitan: 1) Rawatan 2) Produk 3) Cerita pengalaman dan kisah benar. 4) Testimoni dan lain-lain berkaitan Ustaz Naz, Team dan Jejak Alam Mistik. Peringatan: Stalker tidak dibenarkan join group ini. Perlu ikhlas dan niat hanya untuk mendapatkan atau mencari maklumat berkaitan rawatan islam. Link group: http://www.wasap.my/60127152321/NakJoinGroupJam Ikhlas, Admin. # groupwhatsappJAM # groupjejakalammistik # ustaznas # rawatanislam # rawatansyafaat # jejakalammistik