Langkau ke kandungan utama

🔥🔥SIHIR DI HANTAR KERANA TANAH PUSAKA🔥🔥 | JOHOR

Perebutan harta pusaka terutama tanah kerap kali kita dengar dan ada juga yang alami perkara bergini. Kadang kala ibu bapa tidak mewasiatkan secara bertulis kepada anak-anak dan lebih kepada lisan.

Ada juga yang diwasiatkan secara bertulis tetapi ada sebahagian waris tidak mencapai kata sepakat. Perkara inilah yang menjadi duri dalam daging dalam masyarakat kita sejak lama dulu.

Bila berlaku perebutan harta seperti ini ada yang sanggup buat secara halus iaitu dengan cara hantar sihir. Perbuatan ini sangat keji kerana sihir dihantar bukan setakat untuk menyakitkan tetapi sampai pada tahap membunuh.

Perbuatan sihir sangat di tegah dalam Islam kerana perbuatan tersebut sangat berdosa malah menyekutukan Allah dari yang lain.

Penyihir menyifatkan perbuatan mereka itu perlu demi membalas dendam atau nak dapatkan hak tetapi sebenarnya mereka menolak qada dan qadar dari Allah yang bahwasanya telah ditetapkan rezeki masing-masing sejak azali lagi.

Inilah yang terjadi pada sebuah keluarga alami gangguan sihir dari kalangan ahli keluarganya sendiri. Pesakit telah di sihir bertahun-tahun lamanya. Pelbagai usaha juga dibuat namun sihir tetap di hantar hingga saat rawatan ini dijalankan.

Semasa proses rawatan, jin sihir menunjukkan keberadaannya dalam badan pesakit. Pelbagai perkara diberitahu dan alhamdulillah proses rawatan ini Allah permudahkan.

Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video rawatan pada kisah ini.


Tonton rakaman video di sini:


🔴Selepas tonton jangan lupa 'SUBSCRIBE' 'LIKE' & 'SHARE' channel 'JEJAK ALAM MISTIK' ini dan tekan 🔔 untuk dapatkan notifikasi video-video terbaru akan datang.

🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut  www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

⚠️Anda terlepas tonton video rawatan lain sebelum ini? Ada banyak video dan kisah rawatan yang boleh didapati di website Jejak Alam Mistik disini:
www.jejakalammistik.blogspot.com

#jejakalammistik #rawatanislam #ustaznas

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

✔️JOIN GROUP WHATSAPP JEJAK ALAM MISTIK✔️

Atas permintaan ramai Ustaz Nas menyediakan platform Group Whatsapp bagi memudahkan pesakit dan bakal pesakit mendapatkan maklumat berkaitan: 1) Rawatan 2) Produk 3) Cerita pengalaman dan kisah benar. 4) Testimoni dan lain-lain berkaitan Ustaz Naz, Team dan Jejak Alam Mistik. Peringatan: Stalker tidak dibenarkan join group ini. Perlu ikhlas dan niat hanya untuk mendapatkan atau mencari maklumat berkaitan rawatan islam. Link group: http://www.wasap.my/60127152321/NakJoinGroupJam Ikhlas, Admin. # groupwhatsappJAM # groupjejakalammistik # ustaznas # rawatanislam # rawatansyafaat # jejakalammistik