Langkau ke kandungan utama

🔥🔥WARIS BINGUNG MEWARISI RUMAH BERPUAKA🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Tiada pilihan lain bila pewaris diamanahkan mewarisi harta pusaka berupa rumah yang dihantui oleh pelbagai gangguan saka dan sihir sejak bertahun-tahun.

Itulah ujian besar yang dihadapi pesakit menjalani kehidupan yang penuh menguji ketahanan hati. Pelbagai tekanan yang ditanggung demi memegang amanah yang berat ini.

Arwah bapanya pernah berpesan disaat akhir hanyatnya supaya 'cari orang yang pandai dan pulihkan rumah'. Pada ketika itu waris kurang memahami apakah yang dimaksudkan. Setelah arwah bapanya meninggal dunia, baru waris tahu apa yang dimaksudkannya itu setelah menghadapi sendiri ujian gangguan saka beserta sihir pada rumah tersebut.

Semasa pemeriksaan menggunakan Meter EMF menunjukkan peningkatan yang tinggi pada bilik pesakit. Dikatakan ada satu Saka yang besar bertongkat. Tongkat itu merupakan satu tanda bahawa ia berkuasa mengawal keluarga tersebut. Selagi tongkat itu dipegang, tiada peluang untuk memutuskan perjanjian Saka tersebut pada keturunan keluarga pesakit.

Pesakit mengatakan bahawa Ustaz Nas adalah perawat yang 'ke seratus lebih' yang dipanggil untuk pulihkan rumah tersebut. Katanya semua perawat sebelum ini gagal mendapatkan tongkat dari Saka tersebut. Ustaz Nas agak terkejut dengan perkara itu.

Semasa rawatan pesakit muntah beberapa kali. Sebelum ini pesakit mengatakan dia tidak pernah muntah masa rawatan. Cuma kali ini agak berbeza. Terdapat juga gangguan 5 beranak makhluk halus kerana rumahnya dulu pada sebuah pokok dimusnahkan oleh keluarga pesakit.

Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video rawatan pada kisah ini.

Tonton rakaman video ini:


🔴Selepas tonton jangan lupa SUBSCRIBE Channel Ustaz Nas ini dan tekan 🔔 di YouTube untuk dapatkan notifications video-video terbaru akan datang.
🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...