Langkau ke kandungan utama

🔥🔥PERTEMBUNGAN BUKU DENGAN RUAS🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Seorang nenek tua alami tubuh badan yang tidak bermaya selepas menjalani sedikit pembedahan ibu jari kaki berkaitan dengan sakit kencing manis. Kemudian dalam beberapa hari keluar lendir. Anak lelakinya yang sudah berkahwin ini syak ibunya itu alami gangguan misteri.

Ibunya kerap bercakap seorang diri bagaikan ada seseorang disebelahnya. Selepas pembedahan kecil itu ibunya sihat tapi kalau ikut logik akal pembedahan tersebut tidak ganggu sistem dalam badan. Semakin lama ibunya semakin lemah dan kini terlantar tanpa apa-apa simptom sakit lain selain kencing manis. 

Menantu perempuan pesakit juga alami gangguan sejak menjaganya. Merasakan ada seseorang tidur bersamanya walhal suaminya masih belum balik dari kerja. Malah wajah suaminya kerap menjelma dirumah walau suaminya masih tiada dirumah.

Selain itu isteri anak lelaki pesakit ini kerap melihat kelibat nenek kebayan dan wanita depan rumah. Kadang-kadang nampak suasana meriah depan rumah walau tiada apa-apa disitu. Dapat dirasakan persekitaran rumah tersebut agak keras walau ada kejiranan yang dekat.

Ustaz Nas dan team Jejak Alam Mistik dipanggil untuk memulihkan pesakit nenek tua tersebut yang telah dikenal pasti ada gangguan saka dan pulihkan rumah dari gangguan makhluk halus.

Semasa bacaan ruqyah oleh Ustaz Nas kepada pesakit nenek tua tersebut, keadaan menjadi kecoh apabila menantu perempuan pesakit keluar rumah. Bagaikan terpukau dan menantu yang lain juga ada gangguan saka harimau. Terbongkar semua masalah yang dihadapi dalam keluarga ini.

Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video rawatan pada kisah ini.

Tonton rakaman video ini:


🔴Selepas tonton jangan lupa SUBSCRIBE Channel Ustaz Nas ini dan tekan 🔔 di YouTube untuk dapatkan notifications video-video terbaru akan datang.
🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...